Seo Hyun tersedar dari tidurnya selepas terdengar bunyi bising dengan suara para peserta program. Nampaknya mereka dah sampai di destinasi .Segera dia membuka mata, Namun matanya segera terbuka luas apabila dia menyedari sesuatu yang ganjil.
"sedap tidur atas bahu aku?" soal Jimin dengan sinis. Spontan Seo Hyun berdiri tegak.
"mana ada!" kata Seo Hyun. Cuba untuk menyembunyikan rasa malunya, entah-entah air liurnya keluar tak tadi?
Jimin dan tersenyum-senyum melihat muka merah Seo Hyun.
"Ooo tak percaya, tengok ni" Jimin menunjukkan telefon bimbitnya. Bulat matanya melihat gambar dia tertidur di atas bahu Jimin.
Mak aii, dia terpeluk lengan Jimin!! Mana dia nak sorok muka lepas ni.
"padam gambar tu!" ujar Seo Hyun sambil cuba mengambil telefon di tangan Jimin.
"jangan harap!" balas Jimin dan turun dari train. Seo Hyun mengejar dari belakang
"padamlah!" jerit Seo Hyun sambil terlompat-lompat mengambil telefon di tangan Jimin.
"ha! ha! Ambilah kalau dapat" kata Jimin sambil mengangkat telefonya tinggi-tinggi.
"tak nak bagi ea? Ambik ni!" kata Seo Hyun sambil menyepak lutut Jimin dengan kuat.
"auw! Sakit!.sakit!" Terlompat-lompat Jimin menahan kesakitan, Seo Hyun cuba merampas telefon tersebut namun masih dipegang erat Jimin.
Sekali tengok dah macam peragut dengan mangsa ragut yang sedang bergelut.
"eh korang ni tak malu ke orang tengok" sampuk Hyuna. Baru Seo Hyun dan Jimin perasan yang beberapa orang sedang sedang memerhatikan gelagat mereka.
"ni semua kau punya pasal!" marah Seo Hyun dan meninggalkan Jimin di belakangnya.
****
"best tak Unnie belajar kat Universiti?" soal Hyuri, masa tu mereka sedang mengadakan latihan dalam kumpulan. Seo Hyun dan Jimin berpandangan,
soalan biasa ditanya budak-budak sekolah. Tak pelik pun.
"erm best! Kat Universiti ajar kita banyak benda, ajar kita hidup berdikari, semua benda kita kena buat sendiri. Lepastu macam mana nak bercakap depan orang ramai dan ajar kita cara-cara nak handle program. Lepastu takde sesiapa nak control hidup kita, nak tunggang terbalik ke takde orang kisah. Yang paling best, kalau tak siap tutorial atau kerja rumah dan tak datang kelas, lecturer tak marah pun. Dia cuma potong markah je" ujar Seo Hyun sambil bergelak ketawa.
"tapi bagi Unnie zaman sekolah la yang paling best. Tak perlu fikir pape, hanya perlu fikirkan belajar dan dikelilingi kawan-kawan. Macam kami ni dah kena start fikir pasal nak cari kerja, nak beli rumah, kereta dan segala bagai lah. Pendek kata dah kena start fikir perancangan 10 tahun akan datang" kata Seo Hyun.
"dan kat universiti juga tempat kita boleh cari girlfreind atau boyfriend yang sepadan. Kat Universiti ramai yang lagi handsome, cantik dan bijak. Masa ni lah kita nak cari partner, Silap-silap boleh dapat jodoh dari oversea tau" sambung Jimin.
"wahh, bestnya!" balas seorang student.
"apa kau ni? Bukan nak cakap benda elok, ajar diorang yang bukan-bukan pula" bisik Seo Hyun. Jimin buat muka tak bersalah.
"jomlah kita ambil gambar dulu. Jom saya ambil gambar Unnie dengan Oppa" ujar Hyuri sambil mengeluarkan kameranya. Seo Hyun dan Jimin hanya menurut.
"Oppa dengan Unnie ni bergaduh ke? Mana ada orang ambil gambar jauh macam ni. Rapatla sikit" Hyuri memberi arahan.
"Unnie tak boleh rapat, kalau girlfriend-girlfriend dia serang Unnie macamana? Girlfriend dia ramai tau, keliling pinggang. Kalau diorang bawak geng pukul-pukul Unnie habis lah" balas Seo Hyun. Muka Jimin dah berubah dan menjeling Seo Hyun.
"boleh tak kau jangan racun fikiran budak-budak ni? Bila masa pula aku ada girlfriend?" bisik Jimin.
"wah, ramai peminat rupanya Hyung ni" sampuk seorang student lagi.
"mestilah, Hyung kan handsome, mesti lah ramai peminat. Nuna ni pun salah satu peminat Hyung tau. Dia je malu nak mengaku" ujar Jimin sambil tersenyum. Seo Hyun mencebik, perasan betul.
Ingat dia kacak sangat ke? Rasanya V yang ala-ala alien pondan tu lagi kacak walaupun 'agak' lembut sikit.
"Dah, jom ambil gambar. Rapat sikit" Jimin menarik Seo Hyun agar lebih denganya, sempat Seo Hyun menepis tangan Jimin yang sengaja meletakkan tangan di atas bahunya.
****
Seo Hyun berjalan-jalan di sekitar galeri sekolah sementara rakan-rakan yang lain sedang memunggah barang masuk ke dalam bas. Sedang dia khusyuk melihat gambar, gambar yang berada di sudut galeri menarik perhatianya. Di bawah gambar tertulis'Best Student 2015'
"wow, student sini rupanya. Patutlah dia beria-ria nak datang sini. Belajar seni tapi sambung business, jauh sangat menyimpang. Haih rugi betul la" bisik Seo Hyun.
"handsome sangat ke gambar aku, yang kau usha sampai tak berkelip?"
"oh Eomma!" latah Seo Hyun. Terkejut ditegur tiba-tiba
"jangan perasan lah, tak handsome pun. Gambar pengetua kau lagi handsome" balas Seo Hyun dan meninggalkan Jimin keseorangan.
"eleh, malu lah tu nak mengaku" bisik Jimin sambil ketawa kecil.
*****
"Sorry Uncle, saya takkan buat benda tu. Itu hak milik keluarga saya!" marah Jimin.
"eh sedar diri tu sikit, sejak Appa kau takde, aku yang uruskan semua benda tau! So aku yang lebih berhak!" marah Haesik
"Uncle cuma menguruskan je. we have a contract, and that contract is valid. Uncle tak boleh buat apa-apa. Jangan sampai saya bawa benda ni ke balai polis" ugut Jimin"Ooo, sekarang kau nak ugut aku? Dah tak sayang nyawa eomma kau ke?" soal Haesik dengan sinis. Jimin sedaya upaya menahan marah.
"jangan sampai saya hilang rasa hormat terhadap Uncle. Saya hormat Uncle ni sebab Uncle ni saudara saya tau!" jawab Jimin.
"saudara tak saudara. Aku bagi tempoh 3 hari untuk kau fikir. Jangan sampai aku buat benda yang tak sepatutnya" Haesik memberi ugutan. Jimin masih lagi diam, ikutkan hati nak je dia baling kerusi dekat Uncle nya, biar mati terus.
"bye my boy, fikir masak-masak ye" bisik Haesik di telinga Jimin dan berlalu meninggalkan Jimin keseorangan. Jimin menyandar di kerusi restoran, tak tau apa yang patut dia lakukan.
Done update. Minggu depan dah raya. Tapi tak boleh pegi beraya 😂 duduk rumah jelah makan biskut raya sambil layan BREAK THE SILENCE : Docu Series .Aku baru sempat download 3 part. Why Jimeng sangat handsome dalam tu. I can'ttt.
YOU ARE READING
[C] Mr. Right [PARK JIMIN : 박 지민]
FanficRupanya, dia Mr. Right yang selama ni aku cari......