"Jimin! Jimin aku ada benda penting nak bagitau kau ni!" jerit J-Hope sambil membuka pintu bilik Jimin.
Terkejut Jimin yang ketika itu sedang menyusun barang.
"apa kau ni? Terjerit-jerit, terkejut lah!" marah Jimin
"Seo Hyun nak jumpa kau kat taman belakang rumah dia. Dia kata ada benda penting, antara hidup dan mati" ujar J-Hope tercunggap-cungap
"yeke? Apsal dia tak call aku pun?" jawab Jimin
"kau tengok muka aku ni main-main ke? Dia nak jumpa kau kat taman, dah lama dia tunggu tu"J-Hope tunjuk muka serius
Jimin mencapai kunci motornya
"eh kau nak pergi mana?" soal J-Hope selepas melihat Jimin mencapai kunci
"pergi jumpa dialah! Tadi kau juga yang suruh"jawab Jimin sambil bercekak pinggang
"dia ada dekat taman belakang rumah dia!"laung J-Hope
(Di taman)
"mana dia ni? Lambat betul. Ish pantang aku dengan orang lambat ni!" bebel Seo Hyun.
Tak lama kemudian Jimin datang tercungap-cungap
"apsal kau nak jumpa aku ni? Mesej jelah, bukan payah pun"soal Seo Hyun
"bila masa pula aku nak jumpa kau? Bukan kau ke yang nak jumpa aku?"soal Jimin sambil duduk di hadapan Seo Hyun
"habistu tadi Hyuna cakap kau nak jumpa aku?" Seo Hyun menyoal balik
"takdelah. J-Hope suruh aku datang sini, dia cakap kau nak bagitau sesuatu yang penting" soal Jimin.
Seo Hyun menggaru kepala yang tak gatal, sekarang siapa yang nak jumpa siapa.
Pening!
"confirm kita kena tipu dengan diorang"kata Jimin sambil ketawa
"eii tak guna betul Hyuna, berani dia tipu aku!"marah Seo Hyun
"Urm jom jalan-jalan? Alang-alang kita dah kat luar ni" ajak Jimin sambil menggaru belakang kepalanya
"Pergi mana? Aku tak bawak purse. Datang sehelai sepinggang je ni" jawab Seo Hyun
"Jalan dekat-dekat sini je. Aku bawa duit banyak ni, aku belanja kau makan" Jimin sengih
"Okey jom, kat depan sana ada 1 kedai. Masakan dia sedap sangat! Confirm kau suka! Aku selalu makan dengan Jungkook kat situ kalau Eomma & Appa takde" ucap Seo Hyun
"Amboi kalau bab makan semangat betul kau" Jimin ketawa
Seo Hyun tersengih malu
******
"Nak lagi?" tanya Jimin selepas melihat mi Seo Hyun yang hampir habisSeo Hyun mengeleng sambil mengunyah mi
"So urm..." ayat Jimin tergantung
"Ye kenapa wahai Park Jimin?" tanya Seo Hyun sambil mengelap bibirnya sedikit comot
"Kau dengan Shin macamana?" tanya Jimin
"Macamana apa? Macam tu la" jawab Seo Hyun selamba
"Kenapa kau reject dia?" soal Jimin
"Dia buka Mr. Right yang selama ni aku cari" jawab Seo Hyun
"So Mr. Right tu kosong lagi?" soal Jimin. Seo Hyun mengangguk
"Kalau aku nak masuk boleh tak?" ucap Jimin
"Bayaranya mahal. Mampu ke?" Seo Hyun mengangkat keningnya
"Berapa? Aku sanggup bayar" Jimin melempatkan wallet nya di atas meja.
Tindakanya itu membuatkan Seo Hyun ketawa kuat
*****
"Agak-agak diorang ni dah confess ke belum?" bisik Hyuna. Dari tadi diorang mengekori Jimin & Seo Hyun dari jauh"Dah kot" balas J-Hope pula
"Seo Hyun tu ego, malu nak luahkan perasaan sebenar" ujar Hyuna
"Jimin pun sama. Elokla diorang tu. Sama-sama ego" balas J-Hope
"Harap plan kita menjadi" ucap Hyuna
"Kau lapar tak? Jom makan. Aku belanja"ajak J-Hope
"Nak! Nak!" jawab Hyuna bersemangat
"Okey jom" ajak J-Hope
Sekolah dah start buka minggu depan. So bertabahla. No more school holiday 😂
Okei next part is the last part. Kalau korang nak tau apa jadi, baca lah next part ye!
YOU ARE READING
[C] Mr. Right [PARK JIMIN : 박 지민]
FanfictionRupanya, dia Mr. Right yang selama ni aku cari......