++++++
“ Ala bodohlah kau ni, Soonyoung. Memang time ni pun kau nak sakit kan? " rungut Jeonghan.
Mana taknya, Soonyoung ni tiba-tiba je demam. Makan panadol pun tak jalan.
“ Nak buat macam mana, dah memang takdir aku sakit. " kata Soonyoung.
Jeonghan dah pandang Soonyoung kecik besar kecik besar je.
“ HAAH TAKDIR. YANG KAU PEGI MAIN HUJAN 3 HARI LEPAS TU PUN MEMANG TAKDIR KAN? HA MAKAN NI " kata Jeonghan sambil menyuapkan sesudu bubur yang telah dicampurkan dengan sos pedas.
“ ......HYUNG PEDAS!!!! " laung Soonyoung. Ha padan muka kamu.
“ Lain kali mainlah hujan lagi ya. "
++++++
“ Aku risau betul dengan si hamster tu, dah berhari-hari dia demam tak sembuh-sembuh. Kalau dia bawak virus macam mana? " soal Mingyu.
“ AIP AIP MULUT TU JAGA SIKIT, AKU KOYAKKAN KEJAP LAGI. " marah Seungcheol. Iyolah, mulut celupar sangat.
Maka mereka semua pun senyap sambil memikirkan macam mana nak sembuhkan Soonyoung.
Dan akhirnya Jihoon bersuara,
“ Aku ada jumpa kat Google, dia kata guna daun herba.... "
“ Daun herba? Daun ketum? Buat minum ke? " soal Dokyeom.
“ Ketum tu kau je minum eii bagilah aku habis cakap dulu. "
“ Ok habiskan. "
“ Daun herba tu hanya boleh didapati di dalam hutan....kalau cari kat pasar memang tak ada. " kata Jihoon sambil membaca maklumat yang ditemuinya.
“ So kita kena masuk hutan? " soal Seungkwan.
“ Yep, tapi aku tak rasa semua boleh pergi masuk dalam hutan tu. Tak adalah, aku takut kita pergi 12 orang, nanti masa balik tiba-tiba ada 14 orang...ha seram tak? " terang Jihoon dengan panjang lebarnya.
“ Jadi kita nak pergi berapa orang? " soal Seungkwan lagi.
“ Dua orang cukuplah. "
Seungcheol yang khusyuk mendengar penerangan Jihoon dari tadi, tiba-tiba angkat tangan.
Semua pandang Seungcheol. Dia kan ketua. Mesti dia nak umumkan sesuatu.
“ Ok aku cuma nak bagitau aku tak akan masuk dalam hutan haha lantaklah si Soonyoung tu. " sejurus selepas itu, Seungcheol terus angkat kaki dan berlari ke bilik.
“ Tak guna punya leader. "
“ Macam nilah, apa kata kita main apa-apa game untuk tentukan siapa yang akan masuk dalam hutan yang nauzubillah menyeramkan tu? " cadang Joshua.
“ Nice jugak... "
“ Kita main batu kertas gunting! "
“ HEK ELEH BENDA LAIN AH, NOOB AH "
“ KAU DIAM MINGYU "
++++++
Setelah 15 minit bermain permainan entah apa-apa, akhirnya ada juga kata putus siapa yang akan pergi ke hutan untuk cari daun herba.
Manusia-manusia yang bertuah tersebut ialah Junhui dan Minghao.
“ WEHHH AKU TAKNAKKKK " rungut Junhui buat kali ke-129.
“ Haih Jun, kita pergi jelah. Bukannya ada apa pun kat hutan tu. " kata Minghao.
Minghao memang dah redho dari awal.
Sebab dalam setiap game yang diaorang main, memang muka dia je yang kalah.
Kesian.
“ AKU TAKNAKKKKK " rungut Junhui lagi. Dah kali ke-130 dah.
Minghao pun terus tarik baju Junhui dan beredar ke luar rumah.
“ ALAH APA NI AKU TAKNAKKK "
“ IKUT JELAH JUNHUI OI, MENGADA SANGAT APAHAL?! " marah Minghao.
Sekali pandang macam mak marahkan anak je gayanya.
“ Bye bye korang! Jangan bawak balik daun ketum pulak, tak pepasal kena tangkap nanti HAHAHAHAHAHAHA " kata Dokyeom sambil melambaikan tangan.
“ SHUT UP YOU, DOKYEOM. " jerit mereka berdua.
Kesian.
Soonyoung punya pasal, diaorang kena masuk hutan pulak.
YOU ARE READING
𝗮 𝗰𝗮𝘁 𝗮𝗻𝗱 𝗮 𝗳𝗿𝗼𝗴. [✓]
Hayran KurguMulut yang celupar sentiasa mendapat balasan. Sama ada cepat atau lambat. Balasan apa agaknya? 🌸START : 30 April 2020 🌸END : 25 Julai 2020