++++++
“ Hai gais! Kenapa semua bermasam muka je ni? Cuba senyum macam aku ni! Ngeeee~ " kata Soonyoung sambil tersenyum lebar.
Oh ya, dia baru bangun tidur. Tak sihat katakan.
Dan dia langsung tak tahu yang Junhui & Minghao hilang.
“ Engko anak Kwon, duduk. Jangan nak merepek memalam ni. " Jihoon mengarahkannya dia supaya duduk di kerusi yang kosong.
“ Tapi... " eh si hamster ni, orang suruh duduk tu duduk jelah.
“ AKU KATA DUDUK KAN?! " marah Jihoon sambil memegang garfu, tunggu masa je nak baling kat Soonyoung.
“ Baik...aku duduk. " Soonyoung mengangkat kedua belah tangan, mengaku kalah.
Eh tibe.
Soonyoung pun melihat kesemua kawannya. Tiba-tiba rasa macam ada something wrong.
Dia pun membuka mulut,
“ Nanti, mana Jun dengan Minghao? " soalnya.
“ Diaorang berdua hilang. " jawab Mingyu, ringkas.
“ EH HOW COME— " Soonyoung tiba-tiba menggelabah, siap berdiri atas kerusi.
Tapi lepas tu dia duduk balik, sebab Jihoon jeling dia macam nak ngap.
“ Haih, kitaorang yang salah. Suruh masuk hutan bagai. Padahal benda yang dicari tu ada kat belakang rumah je. " terang Seungcheol.
“ Benda apa? " soal Soonyoung dengan muka kelirunya.
“ Daun herba, sebab kami nak sembuhkan kau. Tak tahu pula daun tu ada kat belakang rumah je. Kesian anak cina dua ekor tu. Tak pepasal kena masuk hutan lepas tu sampai sekarang tak nampak batang hidung diaorang. " terang Jeonghan dengan panjang lebar.
Soonyoung yang mendengar penerangan Jeonghan tadi terus dilanda rasa bersalah.
Kalau dia tak sakit, mesti Junhui & Minghao tak hilang.
“ Aku minta maaf...sebab aku sakit, diaorang pulak jadi mangsa... " kata Soonyoung dengan nada suara yang sedih.
“ Takpe Soon, benda nak jadi. Bukan salah kau, salah Jihoon tu ha. Suruh masuk hutan bagai. " pujuk Joshua.
Bukan apa, kesian pulak bila tengok Soonyoung buat muka sedih tu.
Jihoon pula hanya mampu memandang semua orang dengan maksud, ok-memang-salah-aku.
“ Huhu. Itu kucing siapa? Sejak bila dorm ni ada kucing? " soal Soonyoung lagi bila dia ternampak seekor kucing berwarna oren putih berada di riba Wonwoo.
“ Tak tahu kucing siapa. Dia sendiri yang mengiau lepas tu datang ke kami semua. " jawab Wonwoo.
Soonyoung menganggukkan kepala.
“ Wonu, bak jap kucing tu. " pinta Soonyoung.
“ Weh, Kyeom. Bagi si kucing ni kat dia. " Wonwoo memberikan kucing tersebut ke Dokyeom.
“ Okie, SOONYOUNG HYUNG, TANGKAP!!! " Dokyeom mencampakkan kucing tadi ke arah Soonyoung.
Akhirnya Junhui dapat terbang.
Ok tibe.
“ YANG KAU CAMPAK KUCING TU KENAPA BANGANG " marah Wonwoo.
“ Eh takpe, nasib baik aku dapat tangkap. Eiii comelnya dia! " puji Soonyoung sambil membelai si kucing itu.
Korang faham-fahamlah, kalau kucing suka kena belai, mesti keluar bunyi purrr purrr purrr tu.
Kantoi ah Junhui suka kat Soonyoung hshshshshs
“ Eiii dia suka kita belai dialah! Alololo manjanya dia~ "
Sedang semua menyampah melihat Soonyoung bermanja dengan kucing itu, tiba-tiba kedengaran suara Seungkwan menjerit dari dapur.
“ ARRGHHHHH KATAK!!! "
++++++
siapa tak vote, aku doakan lipas lalu kat muka engko time tido.
YOU ARE READING
𝗮 𝗰𝗮𝘁 𝗮𝗻𝗱 𝗮 𝗳𝗿𝗼𝗴. [✓]
FanfictionMulut yang celupar sentiasa mendapat balasan. Sama ada cepat atau lambat. Balasan apa agaknya? 🌸START : 30 April 2020 🌸END : 25 Julai 2020