++++++
Setelah 15 minit Junhui si kucing berlari, akhirnya mereka jumpa jugak jalan keluar yang dicari-cari.
Masalahnya time jadi manusia tak pulak jumpa jalan keluar.
Pelik.
“ Uyoo cayalah Jun, kita dah boleh keluar dari hutan ni akhirnya yay!! " kata Minghao sambil menari lagu Mansae.
Pepandailah hangpa bayang macam mana katak menari. HAHAHAHA
“ Ya Tuhan, penatnya. " kata Junhui sambil terbaring di atas rumput yang dibasahi embun.
“ Laju gila kau lari tadi, mabuk aku dibuatnya. " puji Minghao.
“ Eh beshe, aku time jadi manusia ada dua kaki pun lari laju. Apatah lagi bila jadi kucing then ada empat kaki. "
“ Ala berlagaklah tu. Mentang-mentang dia boleh lari. Aku ni melompat sikit pun dah mengah. " rungut Minghao.
“ Kita rehat dululah Hao, aku penat ni. "
“ Yelah kau tidur je dulu. Aku nak menikmati pemandangan kat sini. " kata Minghao.
Minghao melihat pemandangan sekeliling.
Indah sekali. Tambahan pula dengan matahari yang menunggu masa untuk terbenam.
Hampir menangis Minghao dibuatnya kerana keindahan ciptaan Tuhan.
Sedang dia emo, dia ternampak sebuah rumah yang sangat familiar bagi dia.
Itu dorm Seventeen!
Walaupun dari jauh, dia masih boleh nampak.
“ Nak kejut Jun ah, mesti dia suka punya tengok matahari terbenam ni. " Minghao pun berpaling ke belakang untuk mengejutkan Junhui dari tidur.
“ Alololo comel je dia. Weh Jun, bangun oi! "“ 5 minit lagi please, meow~ "
“ Ala bangunlah kejap. Aku nak tunjuk sesuatu ni. " pujuk Minghao.
“ Apa dia? Huarrghhh~ "
“ Tengok tu! "
“ Eh dorm kita?! "
“ Kan kan! Maknanya sekarang kita dah tak sesat! " kata Minghao dengan gembira.
“ Sekarang pukul berapa? " soal Junhui.
“ Entah. "
“ Tolong unlock handphone aku weh, kang aku yang buat mau calar skrinnya huhu. "
“ Jap...ok sekarang pukul 6.45 petang. "
Mesti korang pelik, macam mana diaorang boleh bawa handphone walaupun dah jadi haiwan kan?
Senang je. Minghao ikatkan handphone diaorang berdua kat belakang Junhui.
Tak akan nak tinggalkan?
Dahlah handphone mahal memasing.
“ 6.45 petang? Huhu tak jadilah nak sambung tidur. Hao, ikatkan balik handphone tu. AKU TAK SABAR NAK BALIK WUHUUU "
“ Jangan gembira sangat, aku ni macam mana? Aku tak bersedia lagi nak kena libas dengan penyapu Mingyu! " soal Minghao.
“ Masuk jelah ikut pintu belakang. Bodoh sangat kenapa? " kata Junhui tanpa ada sebarang tapisan ayat.
“ Auch dia panggil kita bodoh hiks "
“ Eii takyah nak hiks hiks sangat, jom naik cepat. Dahlah tak reti nak jalan sendiri. Aku cakar kang ha. "
“ Fine! "
“ Pegang handphone tu elok-elok. "
“ Ye tau Jun oi. "
Maka dua ekor haiwan tersebut berlari menuju ( actually Junhui je yang lari hshshs ) ke dorm Seventeen.
YOU ARE READING
𝗮 𝗰𝗮𝘁 𝗮𝗻𝗱 𝗮 𝗳𝗿𝗼𝗴. [✓]
FanfictionMulut yang celupar sentiasa mendapat balasan. Sama ada cepat atau lambat. Balasan apa agaknya? 🌸START : 30 April 2020 🌸END : 25 Julai 2020