++++++
Pada jam 7 pagi, si ketua a.k.a Seungcheol telah bangun terlebih dahulu.
Lepas selesai mandi tukar baju semua, dia pun mula mengejutkan anak-anak buahnya yang tidur tak ingat dunia.
" MANUSIA-MANUSIA TERENCAT AKAL SEKALIAN, SILA BANGUN YA KALAU TAKNAK KENA SEBAT BONTOT TU! BANGUN!!!! " jerit Seungcheol dengan menggunakan microphone.
Bukan apa, dia malas nak pergi bilik, kejut satu-satu.
Selepas jeritan Seungcheol yang kuat gile itu bergema, cuma ada satu makhluk je yang bangun.
Meow~
" Alahai, kau je ke yang bangun? " Seungcheol menepuk dahinya.
Dan tiba-tiba dia mendapat sebuah idea yang bernas.
" Jun, alang-alang kau dah bangun ni...apa kata kau tolong aku kejutkan diaorang? Kau gigitlah kaki diaorang ke ape. Asalkan diaorang bangun. Boleh? "
Meow! ( boleh! )
" Wah, kau jadi kucing, dengar kata pulak. Kalau dulu bukan main degil. " perli Seungcheol.
++++++
Setelah 10 minit, semua member Seventeen turun ke bawah dengan muka tak puas hati.
" Alhamdulilah, bangun jugak anak-anakku ni. Asal muka memasing cemberut je? " soal Seungcheol.
Semua menudingkan jari ke arah Junhui yang sedang duduk elok di sofa.
" JUN GIGIT KAKI AKU WEH, BERLUBANG KAKI AKU HUWAAAA "
" JUN HYUNG JILAT MUKA AKU, EUW DIA INGAT MUKA AKU NI GULA-GULA KE? "
" JUN HYUNG CAKAR KETIAK AKU WEH. PEDIH BODO PEDIHHHH "
" DIA MENGIAU BETUL-BETUL DEKAT TELINGA AKU, BAPAK SEMAK SIA "
Seungcheol hanya mampu ketawa.
Padan muka korang, kejut cara baik taknak bangun. Jadi guna jelah cara kasar hehe.
++++++
Selepas berdrama sangat di rumah tadi, akhirnya mereka ber-13 masuk ke hutan dengan penuh perasaan terpaksa.
Seperti biasa, Mingyu yang membawa bekas berisi katak ( Minghao ). Nak biar dia meloncat, kang hilang mamat cina sorang tu.
Junhui pula berjalan di hadapan sekali.
Acah nak tunjuk jalanlah kononnya. Padahal semalam sesat.
Setelah 20 minit, mereka berhenti di sebuah tempat.
" Eh Jun, kenapa berhenti sini? " soal Joshua.
" Alalalala biar jelah dia berhenti sini kejap. AKU PENAT TAHU TAK PENAT. " rungut Jeonghan.
Semua mengambil keputusan untuk berehat sebentar bersama Kitkat.
Ok gurau.
" Aku bawak vitamin, ada sesiapa nak makan? " soal Seungkwan.
" Bak sini sebiji. "
" Aku nak dua biji. "
" Aku nak sebotol dengan tuannya sekali. " kata Vernon sambil wink.
" Eiii ape ni Benon, malulah kita! " Seungkwan pun mula menggedik macam makwe yang baru kena cium dengan pakwe dia. Euw.
Semua pun memandang mereka berdua dengan pandangan, apa-bende-dorang-ni-geli-sial.
" Jun, kalau kau rasa nak cakar tenuk dua ekor ni, kami izinkan. " kata Jihoon.
" Manusia sebegitu memang layak dicakar. " Wonwoo menyokong kata-kata Jihoon tadi.
Secara tiba-tiba...
HIHIHIHIHIHIHIHIHI~
Terkejut mereka semua.
" DOKYEOM, KENAPA KAU MENGILAI MACAM TU BODO "
" APA KAU, AKU DARI TADI DIAM JE TAHU TAK?! "
Hurm nenek buat comeback gais.
++++++
korang lagi suka Jun versi kucing or versi manusia?
YOU ARE READING
𝗮 𝗰𝗮𝘁 𝗮𝗻𝗱 𝗮 𝗳𝗿𝗼𝗴. [✓]
FanfictionMulut yang celupar sentiasa mendapat balasan. Sama ada cepat atau lambat. Balasan apa agaknya? 🌸START : 30 April 2020 🌸END : 25 Julai 2020