++++++
“ Yeom, kau yang mengilai tadi kan? Baik kau mengaku sekarang! " kata Soonyoung sambil menggoncang-goncangkan bahu lebar milik Dokyeom.
Dokyeom apa lagi?
Berapi dibuatnya.
“ TAK, MASALAHNYA AKU DIAM JE TADI. KANG AKU SEBAT ENGKO PAKAI RANTING KAYU NI APA PUN TAK DAPAT. " marah Dokyeom sambil memegang ranting kayu yang dikutipnya tadi.
“ Dah tu, mengakulah yang kau mengilai tadi! " kata Soonyoung, cuba menambah api kemarahan Dokyeom yang sedang marak.
“ AKU DAH KATA BUKAN AKU- " belum sempat Dokyeom hendak menyebat Soonyoung dengan ranting kayu, terdapat sepasang tangan yang berkedut mencengkam lengan Dokyeom dengan kuat.
Tangan berkedut?
Uh, mestilah bukan Seventeen punya tangan kan?
Soonyoung yang terlihat pemilik tangan berkedut itu terus melarikan diri ke arah Jihoon.
Ahli Seventeen yang lain sudah mula ketakutan.
“ G-guys...makhluk apa yang pegang aku ni? A-aku takut nak pandang belakang... " Dokyeom bertanya dalam keadaan satu badannya menggigil.
Harapnya dia tak terkucil.
“ N-nenek...nenek tua... " jawab Seungkwan.
HIHIHIHIHIHIHI~
“ Nek, jangan begini nek. Kami datang dengan niat baik. Lepaskanlah kawan kami tu. Dia dahlah penakut. Kang dia terkucil nanti, nenek nak basuhkan ke? " kata Seungcheol dan dia sempat lagi memerli si Dokyeom.
Seperti yang disuruh, nenek tadi melepaskan pegangannya dari lengan Dokyeom dan mengilai lagi.
Sudahlah nek, kang sakit tekak aku taknak tanggung.
Dan selepas itu dia ternampak Minghao. Dia apa lagi?
Dia keluarkan Minghao dari bekasnya.
“ Haha, kena sumpah ke cu? Kesian...lagipun nenek main-main je masa nak sumpah kamu, tak tahu pula betul-betul menjadi HAHAHAHA "
Semua ahli Seventeen berpandangan sesama sendiri. Dan mereka pun mula berbisik.
“ Oh, rupanya nenek ni yang sumpah kawan kita! "
“ Kenapa nenek tu tak sumpah diaorang jadi unta je? Boleh aku buat korban tahun ni. "
“ Bacot punya nenek! "
Sedang mereka berbisik, Junhui sudah mula ketakutan. Dia menyorok di belakang Wonwoo.
“ Cu, tak payah nak menyorok. Nenek nampak kamu... " dia terus mengangkat Junhui.
Meow!!!
Junhui menggelupur dan tak sengaja mencakar muka nenek tersebut. Si nenek itu telah berasa tersakiti maka dicampaknya kucing oren tersebut di tanah.
“ Dasar kucing derhaka! Berani kamu cakar nenek! " marah nenek itu.
Sedang nenek itu marah-marah, Jihoon datang dan menepuk bahunya perlahan.
“ Chill nenek. Dia cakar je kot. Tak pernah lagi saya tengok orang mati kena cakar kucing. Jadi rileklah. Kesian si Jun ni kena campak. Dahlah semalam pun dia kena campak. " kata Jihoon panjang lebar.
Nenek tersebut mula geram kerana tiada siapa nak back up dia.
“ Tapi, mereka berdua ni biadab! Mereka berdua menganjing nenek! Ingat nenek ni siapa? Kawan sebaya?! " luah nenek tua itu.
“ Nek, biasalah orang muda. Bukan biadab, cuma mungkin bagi kami, menganjing orang tu benda biasa. Jadi nenek janganlah koyak sangat sampai nak sumpah anak orang huhu. " pujuk Jihoon.
“ Apa kamu tahu?! Kamu semua ni budak lagi! Nenek dah hidup lebih 200 tahun tahu tak! "
“ Uish 200 tahun, nenek ni hantu ke sia. " soal Vernon perlahan.
“ Nenek ni memang hantu, HAHAHAHAHA!! Sebab tu nenek boleh sumpah orang sesuka hati! "
Yang peliknya, semua orang cuma diam. Tak macam mula-mula tadi. Semua gelabah macam nak beranak.
Nenek itu mula kehairanan.
“ Nenek baru bagitahu kamu semua, yang nenek ni sebenarnya hantu. Kenapa kamu semua senyap saja? " soalnya.
Mingyu menjawab,
“ Nak takut apa makcik, berbanding dengan hantu dan Tuhan, kami lagi takut dengan Tuhan. Tadi tu takut sebab terkejut je. "
“ Lagipun perangai kami sendiri pun dah macam hantu, nek. " jawab Seungkwan.
Nenek hantu tersebut disahkan terciduk.
++++++
Sorry sebab lama tak update! (╥_╥)
Dan maaf sebab makin hambar hiks.
Insyaallah aku akan cuba habiskan story ini secepat mungkin.
Vote tau! ❤
YOU ARE READING
𝗮 𝗰𝗮𝘁 𝗮𝗻𝗱 𝗮 𝗳𝗿𝗼𝗴. [✓]
FanfictionMulut yang celupar sentiasa mendapat balasan. Sama ada cepat atau lambat. Balasan apa agaknya? 🌸START : 30 April 2020 🌸END : 25 Julai 2020