Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
++++++
“ Nenek, kenapa bagi dia bogel? Bukan ke sebelum nenek sumpah dia, dia pakai baju? Mana bajunya woi?! " marah Dokyeom.
Semua masih terkejut beruk tengok Minghao 100% bogel.
Padahal dah pernah tengok sebelum ni.
“ Dino sayang, tutup mata! Kang tercemar kau punya mata ish ish. " kata Seungcheol sambil menarik Chan ke arahnya.
“ Hyung, ingat aku nak sangat tengok? Badan aku pun macam tu jugaklah halah halah. " balas Chan sambil mencebik bibirnya.
Minghao sudah naik malu sebab semua orang nampak dia bogel.
“ Nenek, kalau ye pun marahkan saya sebab menganjing nenek tadi, janganlah bagi saya bogel! Saya pakai baju kot tadi! Pulangkan semula hoodie dengan seluar tracksuit yang saya pakai tadi eiii! " marah Minghao.
“ Yelah cu, naik jijik pula nenek tengok orang bogel. " nenek itu berkata dengan nada menyampah.
Pertama kali dia berjumpa dengan sekumpulan manusia yang annoying sebegitu.
“ Jangan lupa pulangkan boxer dia sekali! " sempat lagi Mingyu mengarahkan si nenek itu.
“ Banyak bunyi betul manusia-manusia ni... " dia memetik jarinya dan sekelip mata saja Minghao sudah berbaju semula.
“ YAY HOODIE KESAYANGAN AKU DAH KEMBALI THANKS NENEK! " Minghao bersorak gembira.
Meow...
“ Nak apa Jun hyung? " soal Seungkwan.
Meow...
“ Aku tak fahamlah hyung! " Seungkwan membuat muka aku-tak-faham-bahasa-kucing-woi.
Nenek tadi mula ketawa besar.
“ Kesian kamu ya, tiada siapa faham apa yang kamu kata. Maklumlah cuma perkataan ‘meow' saja yang boleh keluar dari mulut kamu. HAHAHAHAHA!! "
Dan secara tiba-tiba sebiji batu kecil hinggap di kepala nenek tersebut.
“ Nenek jangan main-main, kang saya baca ayat ruqyah mau terbakar nenek nanti. Baik pulihkan semula si Jun tu! " marah Jihoon sambil tangannya mengutip batu-batu kecil untuk dibaling.
Nenek tersebut mula gelabah. Sebab dulu dia pernah kena sebegitu dengan ustaz. Terbakar teruk dia.
Apa? Engko ingat kat Korea takde ustaz?
“ Baik, baik. Nenek pulihkan dia semula! Tolong jangan bakar nenek, sakit cu, sakit! " dia pun mula membaca mantera yang tidak difahami sekali lagi dan...
Poof!
“ Yay aku dah jadi manusia semula! " Junhui bersorak gembira dan terus memeluk soulmate kesayangannya iaitu Minghao.
“ Nasib baik dia tak bogel. " kata Vernon perlahan.
Si hantu nenek itu hanya memerhatikan gelagat 13 lelaki hanat tersebut.
Sorang berguling atas timbunan daun. Sorang panjat pokok. Sorang lagi korek tanah.
“ Kalau macam nilah perangai manusia, hantu pun seram tengok. " bisik nenek itu.
++++++
“ Jun, Hao. Pergilah minta maaf kat nenek tu. Korang kuangajo kat dia kan? Sebab tu kena sumpah. Pergi cepat! " Seungcheol menolak mereka berdua ke arah nenek hantu tersebut.
Oh ya, nenek tu tak berambus lagi. Tak larat nak terbang katanya.
“ Ok ok, kami pergi! Takyahlah tolak aku huk aloh. " Junhui menguis lengan bajunya perlahan.
Macamlah jijik kena pegang dengan Seungcheol tadi.
“ Semekom nek, kami datang nak minta maaf. " kata Minghao.
“ ... "
“ Oh maaf saya lupa, hantu mana boleh jawab salam. Sorry, sorry! Saya bukannya biadab. Saya tersasul. Sorry nek! " Minghao mula menampar pipinya perlahan.
Kang tersalah cakap tak pepasal kena sumpah jadi haiwan lagi.
“ Kami nak minta maaf, kami bergurau je semalam. Tak tahu pula tu dikira sebagai biadab. Maklumlah kami semua ni memang jenis gurau kasar. Mak pun boleh tiba-tiba jadi hijau. " kata Junhui dengan nada suara yang paling sopan.
“ Saya retweet apa yang Jun cakap tadi. " Minghao tersengih.
“ Nenek maafkan. Tapi lain kali jangan biadab sangat. Ini nasib kamu jumpa hantu yang macam nenek ni. Kalau jumpa hantu lain? Mahu dibunuhnya kamu berdua ni. " kata nenek itu sambil tersenyum.
Terserlah giginya yang tinggal sebatang.
Saya cadangkan nenek pergi buat gigi palsu pastu beli Polident sekali.
“ Terima kasih nek sebab kembalikan kami ke rupa asal, saya tak boleh bayangkan kalau saya jadi katak seumur hidup. " kata Minghao.
“ Whatever, nenek pergi dululah. Nak cari mangsa lain. Bye cucu-cucuku! Semoga tak jumpa lagi! "
Nenek itu terus lesap dengan sekelip mata.
“ Eh tak terbang pulak dia? " soal Junhui.
“ Lantak dialah. Asalkan dia bahagia. " Minghao hanya melihat batu besar yang diduduki oleh nenek tadi.