++++++
" Mana katak? Mana dia? Meh sini aku libas dia dengan penyapu! " kata Mingyu sambil memegang sebatang penyapu.
" Tu ha!! " Seungkwan menunjukkan di mana katak tersebut berada. Iaitu di bawah singki.
" Eh kejap. Mingyu, ko saba jap. " Wonwoo mengarahkan Mingyu supaya meletakkan dahulu penyapu itu ke tepi.
" Kenapa hyung? " soal Chan yang sedang menyorok di belakang Joshua.
Hek eleh katak je pun.
" Kat bawah singki, ini bukan ke handphone Jun & Minghao? " kata Wonwoo dan dia terus menunduk ke bawah singki untuk mengambil dua buah handphone tersebut.
" Eh haahlah... "
" Tadi masa call Minghao, takde pulak dengar bunyi handphone kat sini. "
" Ah betullah, handphone Jun dah habis bateri. Patut dapat voicemail je tadi. "
Seventeen mula berpandangan sesama sendiri, dilanda kepelikan.
Jadi tadi tu, si kucing dengan si katak yang ada kat sini yang jawab call?
Misteri nusantara sungguh.
Tiba-tiba...si katak tadi meloncat ke arah Seventeen. Maka Mingyu pun mengambil penyapu tadi untuk melibasnya keluar tapi...
MEOW!!!
...si kucing menghalang Mingyu dari berbuat demikian. Nak tahu dia buat apa? Dia panjat kaki Mingyu lepas tu dia gigit.
" ARGHHHH SAKIT!!! " Mingyu menjerit kesakitan sehingga penyapu yang dipegang tadi terlepas dari tangannya.
Si katak tadi itu pun meloncat lagi, tapi kali ini dia naik ke atas badan si kucing.
Seventeen dilanda kepelikan lagi.
Sampailah tiba-tiba Vernon memetik jari dan berkata,
" Ahh! I get it! Aku tahu kenapa kucing ni gigit kaki Mingyu tadi! Sebab dia taknak si katak tu kena pukul. Maybe dua ekor ni berkawan. "
Meow!
Ha dia dah mengiau tu, maknanya betullah apa yang Vernon cakap tu.
Bukan selalu si Vernon ni ada function.
" ...Tapi tak pelik ke kucing berkawan dengan katak? " soal Seungkwan.
" Kau tak tengok lagi kucing berkawan dengan babi. " jawab Jeonghan pula.
" Ok fine. "
++++++
" Korang tak pelik ke? Handphone Jun & Minghao boleh tiba-tiba ada kat dapur padahal diaorang bawak masa masuk hutan tadi! " kata Dokyeom, memecahkan kesunyian ruang tamu rumah itu.
" Betul juga...lepas tu tiba-tiba muncul si kucing dan katak ni. " sokong Jihoon.
" Entah-entah... " kata Joshua dan membuatkan semua orang memandangnya.
" Apanya Shua, cer cakap bagi habis. Aku cium kang. " Ugut Seungcheol.
" CHOI SEUNGCHEOL TOLONG DIAM YA " marah Jeonghan.
Jeles ke bang.
" Haih! Aku nak cakap pun susah, merajuk ah gini. " Joshua memeluk tubuh, nak tunjuk yang dia bebetul merajuk.
" HALAH HALAH JOSHUA CAKAP JELAH " marah semua orang.
MEOW!
" Hyung tengok! Kucing ni pun marah tau! " kata Chan.
Oh kalini Junhui ada kat riba Chan pulak.
Haih kalau jadi manusia jangan haraplah nak buat macam ni, kena sepak adalah.
Minghao pulak? Dia ada dalam bekas. Itupun Wonwoo yang letakkan dia dalam tu.
Siapa je yang nak riba katak berlendir macam tu?
" Ok aku cakap. Tapi jangan nak kecam pendapat aku pulak. Pada aku, aku dapat rasakan kucing tu adalah Jun dan katak dalam bekas tu ialah Minghao. Itu sahaja hipotesisnya. Sekian. " kata Joshua sambil menundukkan badan.
Engko ingat tengah buat presentation ke apa?
Chan pun menilik si kucing itu dari atas sampai bawah.
" Hurm, aku rasa betullah hipotesis tadi tu. Tengok kat mulut kucing ni, ada tahi lalat kat atas mulut dia. " kata Chan sambil menunjukkan bukti.
" Jun ada tahi lalat ke? " soal Soonyoung kepada Chan. Aduh dia ni, dah bertahun kenal pun tak cam lagi.
" Ada hyung, kat atas bibir dia. "
" LAH YEKE, AKU TAK PERASAN PUN. "
Semua hanya mampu menepuk dahi melihat kebodohan Soonyoung.
" Habis katak tu Minghao? " soal Seungkwan.
" Mungkin. Lagipun diaorang berdua kan selalu berkepit. Jadi tak hairanlah kalau diaorang berdua boleh jadi haiwan dalam waktu yang sama. " terang Joshua.
Meow!
" Ahh, jadi betullah apa yang aku cakap ni? " soal Joshua kepada kucing itu...or should I call it Junhui?
Meow!
" Betul? Jadi katak yang dalam bekas tu Minghao kan? " soal Joshua lagi.
Meow!
Alahai comel je.
" JADI MAKSUDNYA DIAORANG BERDUA TAK HILANG, ALHAMDULILAH!! " jerit Seungcheol.
" Tapi...macam mana diaorang boleh jadi haiwan? " soal Dokyeom.
Mereka terdiam lagi.
Kalau tanya Junhui pun, mesti keluar meow je.
Macamlah mereka faham bahasa kucing.
++++++
siapa tak vote, saya cium anda HAHAHAHA
YOU ARE READING
𝗮 𝗰𝗮𝘁 𝗮𝗻𝗱 𝗮 𝗳𝗿𝗼𝗴. [✓]
ФанфикMulut yang celupar sentiasa mendapat balasan. Sama ada cepat atau lambat. Balasan apa agaknya? 🌸START : 30 April 2020 🌸END : 25 Julai 2020