6🐸

446 89 22
                                    

++++++

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

++++++

“ Haih, apalah nasib kita. Dahlah sesat, lepas tu kena hadap nenek tak betul tu pulak. " rungut Minghao.

“ Dah nak 6 petang. AKU NAK BALIKKKK " rungut Junhui.

Dah dekat 20 kali dia dok usha handphone dia untuk tahu pukul berapa.

Handphone tu pun bosan dah tengok muka tuan dia.

“ Aku laparlah. " kata Minghao.

“ MEMANG TIME NI KAU NAK LAPAR PUN! "

“ Rileklah Jun, gelabah sangat kenapa? "

“ Mana aku tak gelabah, tadi dah jumpa hantu nenek. Lepas ni apa? Hantu atuk? "

“ Alah nanti kita menganjing je dia macam tadi. " kata Minghao.

Padahal dia tak tahu, mereka berdua dah betul-betul disumpah tanpa disedari.

“ Senangnya hidup si katak ni haih. "

Mereka pun terus berjalan tanpa arah tuju sehinggalah Minghao tiba-tiba berhenti.

“ Cop! Aku ada satu persoalan! "

Junhui tepuk dahi. Ingatkan apa yang suspen sangat tadi.

“ Apanya? "

“ Nenek tu kata apa tadi? Dia sumpah kita? Aku tak rasa apa-apa pun. " soal Minghao.

“ Dah dua kali weh kau tanya benda ni. Kau tanya aku macam aku tau! "

“ Aku curious. Kau kena faham tu. "

“ Tapi kan, macam mana dia tau kita ni cina? Kita bagitau nama pun tidak. " soal Junhui.

“ Bengapnya kamu, kan kita bagitau nenek kita duduk China. Sah-sahlah kita cina. Pastu tengok muka kitalah. Lainlah kalau muka kau macam bangla. Mesti nenek tu kata kau anak bangla. " terang Minghao.

“ Eh melampau sampai ke bangla perginya- "

++++++

“ Aku masih tertanya dengan nenek tadi tu, apa yang dia tak puas hati sebenarnya sampai nak sumpah kita? "

“ Dia bergurau je kot. Dah sejam sejak dia sumpah kita, tak jadi apa-apa pun. "

“ Hoho lantaklah jom balik~ "

“ Kejap kenapa aku rasa macam diri aku makin mengecil. Rasa tak sedap badan pun ada ni.. "

“ Halamak anak Xu ni, apahal? " kata Junhui sambil melihat Minghao.

Dari tadi dia cakap dengan Minghao tapi dia bukannya pandang pun muka Minghao.

Pandang depan je. Pandang Minghao buat apa? Bukan ada jalan pulang pun kat dahi dia.

“ Jun..kenapa tangan aku jadi hijau.. "

Junhui yang terperanjat melihat Minghao pun terus menjerit,

“ KATAK!!! "

“ KATAK?! MANA DIA?! "

“ BUKAN, KAU DAH JADI KATAK, MINGHAO! "

“ APA?! " dia yang baru tersedar bahawa dirinya telah berubah menjadi seekor katak, terkejut beruk.

Dia melihat tangannya sendiri.

Hijau beb.

Junhui yang masih lagi terkejut mengambil Minghao dan meletakkannya di atas tapak tangannya.

Alah comel je.

How come seh? " soalnya.

“ ALAH TAKYAHLAH ACAH CAKAP OMPUTEH!! TOLONGLAH AKU!! "

“ Muka aku ni nampak macam ahli sihir ke sia- "

“ Huwaaa aku taknak jadi katak!!! "

“ Tak sangka kau masih boleh bercakap walaupun dah jadi katak haha! "

“ Diam lo Junhui. Aku taknak habiskan sisa hidup aku sebagai seekor katak tau tak?! "

“ Sisa hiduplah sangat. Kahwin pun belum. "

Baru lepas 10 saat Junhui letakkan Minghao di atas bahunya, dia pula rasa tak sedap badan.

Tak akanlah dia jadi katak juga?

𝗮 𝗰𝗮𝘁 𝗮𝗻𝗱 𝗮 𝗳𝗿𝗼𝗴. [✓]Where stories live. Discover now