Sebingkai gambar yang terletak elok di atas meja pejabatnya diambil. Spontan bibirnya mengukir senyuman. Senyuman yang terselit kesedihan di hatinya. Gambar itu direnung dalam.
"Isya.. dah dah lah bersedih tu."
Suara garau menyapanya secara tiba tiba. Nur Isya Miqaila menoleh ke arah pemilik suara. Lelaki itu tersenyum memandangnya. "Mana ada bersedih. Orang senyum ni" nafi Isya. Dia terketawa kecil.
Hazrieyl merampas bingkai gambar itu daripada Isya. "Awak bohong" usai berkata, Hazrieyl berlari dengan gambar dipeluk erat mengharap Isya mengejarnya. Nampaknya harapannya tertunai melihat Isya berdiri dari kerusi.
"Hey Arieyl! Bagi balik gambar tu!"
"Kejar saya kalau awak dapat" Hazrieyl menjelir lidah. Isya mengeluh seketika. Tiada pilihan lain selain mengejar Hazrieyl. Mereka berlari sehingga keluar pejabat guru. Cikgu cikgu yang lain pula tersenyum namun tiada siapa yang marah. Dah bergelar sepasang tunang. Tiada siapa yang mahu mengganggu jadi mereka memilih untuk membiarkan sahaja pasangan itu. Lagipun mereka sudah biasa melihat gurau senda mereka.
Berlari dan berlari akhirnya sampai blok sekolah. Hanya bunyi ketawa mereka sahaja yang kedengaran. Pada musim peperiksaan begini, kawasan sekolah menjadi sangat sunyi. "Arieyl dah lah tu.. penat lah." Keluh Isya perlahan. Mereka berdua duduk bersandar pada dinding.
Hazrieyl ketawa kecil melihat wajah Isya yang merah padam akibat penat berlari. "Nampaknya Cikgu Isya penat sangat. Nak Cikgu Arieyl bantu?" Hazrieyl mengusik.
"Tak nak.. bagi je gambar tu balik boleh kan Cikgu Arieyl?" Isya menjulur tangan ke arah Hazrieyl. Sebelum bingkai gambar itu sampai ke tangannya, Hazrieyl sempat mencuit pipi Isya. Isya meraung kecil. Bingkai itu dimasukkan ke dalam pelukannya.
"Sya.."
"Hmm??"
"Kalau saya tanya jangan marah eh?"
Isya menumpukan perhatian kepada Hazrieyl. "Tanya je.. saya takkan marah." Jawab Isya perlahan.
"Awak rindu dia?"
"Mestilah.." Isya menundukkan wajah menahan sebak. "Mungkin tanpa dia saya takkan bergelar tunang awak macam sekarang." Kini pandangannya tertumpu ke hadapan. Terkadang merenung sekolah ini membuatkan dia teringatkan seseorang itu. Dahulu, di sekolah ini Isya, hazrieyl dan lelaki itu hanyalah seorang pelajar. Kini Isya dan Hazrieyl menjadi seorang guru. Tapi tidak bersama dengan lelaki seorang itu lagi.
Hazrieyl mengangguk perlahan. "Mungkin dia memang ditakdirkan untuk menyatukan kita." Senyuman terukir di bibirnya.
Isya mengangguk. "Kadang-kadang saya teringin nak ulang masa tu balik. Tapi dah lumrah alam, masa berlalu takkan berundur walau sedetik." Isya berkata perlahan. Gambar itu direnung sebak sambil mengingati setiap detik yang tersimpan dalam memori.
Setiap kenangan bersama seorang yang sangat disayanginya. Dari pertama kali bertemu sehingga detik terakhirnya melihat wajah itu.
YOU ARE READING
Sweet Hurt
Teen Fiction[Slow Update] Nur Isya Miqaila, seseorang yang telah lama memendam perasaan terhadap rakan sekelasnya. Namun, lelaki yang dicintainya tidak pernah mempunyai perasaan yang sama. Muncul pula Muhammad Efraz yang berniat ingin membantu. Mengakui bahawa...