SH1

114 12 0
                                    

Cahaya terang menerangi wajah Isya. Dia tersedar. Jam didinding ditoleh sebentar. 'Ahh..hari ni cuti. Tak pelah bangun lewat.' Berapa saat kemudian dia tersedar. Sepanjang malam dia tidur di atas meja berlapikkan buku diary kesayangannya.

"Morning Efraz" Isya menggeliat. Buku diary itu diperhatikan lama. Ada setitik air. Dia sendiri tidak pasti sama ada itu ialah air mata ataupun.. air liur?? Yang pasti semalam dia tengah bersedih disebabkan terlalu berfikir yang lelaki idamannya takkan pernah jatuh hati dengannya.

Mungkin berfikir begitu ialah perkara yang memalukan namun tidak bagi Isya. Dia sudah puas menyelidik dan menyiasat latar belakang lelaki itu dan akhirnya 'tertangkap basah' oleh lelaki itu sendiri. Dan lelaki itu berkata..

"Maaf..saya langsung takde perasaan sedikit pun dan tak pernah terfikir yang awak cintakan saya. Berhentilah kejar saya. Mulakan hidup baru." Sejujurnya.. ia mungkin memalukan.

Berhenti mengejar? Mulakan hidup baru? Kata kata itu terlalu mudah diucapkan namun adakah melakukannya semudah menyebutnya? Setelah bertahun-tahun di memendam perasaan dan menyimpan rapi perkara ini daripada pengetahuan lelaki itu. Maaf?? Isya sendiri tidak pasti sama ada dia mampu memaafkan setelah dia dikecewakan dengan perkataan 'saya langsung takde perasaan sedikit pun pada awak'.

Mungkin itu salahnya. Salahnya kerana terlalu mengharap. Salahnya kerana menyimpan perasaan pada lelaki itu dan akhirnya dia sendiri yang terluka.

Isya dapat melihat betapa selambanya lelaki itu berkata demikian menunjukkan yang dia memang tidak berminat. Satu kelas menyaksikan adegan itu. Mujurlah hari ini cuti umum, jika tidak dia mungkin boleh mati akibat malu yang mencengkam perasaan.

Sepanjang malam itu, Isya berfikir sambil menangis. 'Mulakan hidup baru'. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa dalamnya calar hatinya kali ini. Mungkin dia tidak akan menjadi begini jika perkataan yang diucapkan ialah 'mulakan hidup baru bersama saya'. Isya akan berbahagia menerimanya. Betapa indahnya jika itu yang diucapkan. Namun, hakikatnya bukan itu yang dikatakan.

Entah kenapa dia benar-benar malu untuk menunjukkan wajahnya di dalam kelas. Entah apa reaksi mereka nanti. "Argh! Tak nak datang sekolah" isya menjerit kecil. Telinganya ditutup rapat sambil badan direbahkan di atas tilam.

Selalunya, dia akan meluahkan semuanya pada mamanya. Namun kali ini bagaimana hendak meluahkan? Sudah pasti mama akan dapat tahu yang dia cintakan seseorang dan perkara ini tidak pernah diluahkan pada mamanya.

"Isya!! Dah bangun ke?!! Mari sini kita makan. Nanti cuci pinggan lagi." Puan Noryati menjerit kuat. Isya bangun dari tilamnya. Inilah yang berlaku setiap hari. Cuti umum tidak semestinya dapat berehat tanpa membuat kerja apa-apa.

"Eh ya Isya.. cuci baju sekali.. dah banyak baju yang belum dicuci tu!!" Sekali lagi jeritan Puan Noryati kedengaran. Malangnya. Hari ini dia akan mempunyai banyak tugasan.
Mamanya selalu berkata padanya.

"Sebagai seorang perawan.. kenalah rajin buat kerja."

"Isya!!"

"Ya..ya..datang ni" tanpa disedari, dia sedang termenung panjang memikirkan kisah hidup. Isya melangkah menuju ke dapur. Hidangan sudah tersedia di atas meja. Isya menarik bangku lalu melabuhkan punggung.

"Tak cuci muka dulu ke?" Soal mamanya. Isya berdiri semula dan berlalu ke tandas.

                         *     *     *

Isya merebahkan badannya ke atas tilam. Dia sudah menyelesaikan tugasnya mencuci pinggan dan baju. Jam menunjukkan pukul 2:30 petang. Dia selalu terjadi begini, lambat selesai kerja. Bukan apa, semua kerja di rumah hanya dia seorang yang menguruskan semuanya memandangkan dia anak tunggal keluarga itu.

Isya bangun dari tilam setelah beberapa minit merehatkan badàn lalu menuju ke arah meja tulis. Buku diary itu ditenung sekali lagi. "Tak mungkin kot ni air liur. Kalau air liur mesti bertompok besar dan mana mungkin aku nak jatuhkan air liur aku tepat ke atas nama kau kan raz?" Soal isya sambil memandang buku diary itu.

Bercakap sendiri? Ini sudah menjadi kebiasaan pada isya ketika dia sedang bersendirian. Dia akan berimaginasi bahawa dia sedang bercakap dengan own character nya. Sedangkan dia sendiri juga yang menjawabnya.

Menyedihkan!

"Aduh, raz.. aku malulah.. malu nak datang sekolah. Kalau kau ada mungkin kau boleh temankan aku.." buku diary itu dipeluk erat membayangkan itu ialah own characternya (OC).

Buku itu sudah penuh muka suratnya. Semuanya kerana rasa kecewanya semalam mendorongnya untuk memenuhkan muka surat buku itu dengan luahan hati. "Buku ni dah habis." Keluh isya. Dia meletakkan semula buku itu ke atas meja. "Kena beli baru lagi. Cubalah kau wujud kat dunia reality ni Raz.. tak payahlah aku kena beli buku lagi. Terus je luah kat kau." Keluh isya

"Raz.. kau dah lama jadi OC aku kan.. kau tak rasa ke kau patut ada untuk aku sekarang. Muncul di dunia realiti. Sebab aku betul-betul perlukan kau sekarang." Ujar isya sambil memandang buku diarynya.
"Kau kata kau nak buat aku bahagia."

Buku diary itu langsung tidak berkutik. Isya menundukkan wajah. "Tak mungkin kau ada di dunia realiti kan? Aku cuma berangan yang kau ada. Tapi sebenarnya, kau betul-betul tak wujud." Usai berkata. Isya berdiri lalu mengambil gitarnya yang terletak di tepi meja tulis itu.

"Isya!!" Baru sahaja hendak megetik, mamanya sudah terlebih dahulu memanggilnya.. "ya?!" Gitar diletakkan semula ke tempat asalnya lalu ke berlari ke dapur. Kelihatan mamanya sedang memegang plastik sampah.

"Buang ni kat tempat sampah tu. Nah.. pergi.. pergi."
Plastik sampah itu diberi kepada isya lalu bahu isya ditolak perlahan.

Isya berasa sedikit pelik. Gaya macam nak menghalau je aku tengok. Getus hati isya. Plastik sampah diangkat. Dia membuka pintu rumah, menuruni tangga sambil membawa plastik sampah. Sampai di bawa, dia pun pergi ke tempat pembuangan sampah.

Sampah yang dipegangnya dilempar ke dalam kawasan itu. Namun, plastik sampah itu tersasar melintasi tong sampah yang tersedia. "Biarkanlah." Isya bersedia untuk beredar.

"Shh." Langkah isya terhenti. Seperti da seseorang memanggilnya. Isya menggengam penumbuk, bersedia untuk mengeluarkan semua ilmu pertahanan dirinya.

"Shh." Sekali lagi bunyi itu kedengaran. Jantung isya berdegup kencang. Tak mungkin hantu kot tengah hari buta seperti ini!
Isya membuka langkah pertama seperti hendak memulakan ilmu silat.

"Hey isya." Bahu isya disentuh. Isya berpaling lalu menghadiahkan sebuah penumbuk ke wajah seseorang yang memanggilnya.

"Kau siapa!!" Isya menjerit lantang bak seorang komendar askar. Lelaki itulah yang memanggilnya tadi. Lelaki itu memandangnya bibir lelaki itu pecah nampaknya akibat tumbukan sulung isya tadi.

"Tenanglah."

Entah kenapa isya seperti mengenalinya. Baju lelaki itu, gaya rambut lelaki itu dan jam tangan lelaki itu. Tapi di mana? Siapa lelaki ini?.

Sweet HurtWhere stories live. Discover now