"Sekali lagi aku tanya. Kau siapa?" Soal Isya. Lelaki itu sedang sibuk mengelap bibirnya yang berdarah. Sejujurnya, Isya tidak pernah mengkuti sebarang latihan ilmu pertahankan diri. Tadi itu pula, dia terkejut dan secara automatiknya tangannya dipenuhi tenaga dan bertindak menumbuk lelaki itu. Nampaknya, lelaki ini menjadi manusia yang pertama yang mendapat tumbukan sulungnya.
Mungkin jika lelaki ini tidak kelihatan sebaya sepertinya sekarang, dia akan melarikan diri dari situ sambil menjerit meminta pertolongan. Dua sebab kenapa dia tidak melarikan diri. Pertama, lelaki itu kelihatan sebaya dengannya dan tidak kelihatan seperti orang jahat. Kedua, dia seperti mengenali lelaki ini.
"Aku? Kau tak kenal aku?"
"Yelah..kalau aku kenal kau aku tak akan tanya kau siapa macam sekarang" Isya dengan wajah acah dinginnya memandang lelaki itu sambil menyilang tangan di dada.
"At least, minta maaf lah dulu. Aku bukan orang jahat. Kau tumbuk aku sampai pecah bibir ni. Tak kesiankan aku ke"
Isya membuat role eyes sebelum mendengus kasar. "Kau siapa?"
"Minta maaf dulu. Baru aku kenalkan diri"
Isya menarik nafas panjang. Lelaki ni memang semula jadi perangai macam ni ke.
"Kenapa aku pula yang minta maaf. Patutnya kaulah yang minta maaf. Dah kau yang bersalah!"
"Apa salahnya aku sapa orang yang aku kenal"
"Aku tak kenal kau!! Kau siapa?!" Isya meninggikan suara. Berang dengan perangai lelaki dihadapannya ini.
"No! Aku takkan bagi tau kau selagi kau tak minta maaf"
"Kau nak aku tumbuk kau sekali lagi ke?!" Isya mengepal penumbuk. Lelaki ini betul-betul mencabar tahap kesabarannya.
Lelaki itu mengeluh. " okeylah.. aku ni Muhammad Efraz. Tak kenal lagi ke Cik Nur Isya Miqaila. Dah kau yang nak aku datang. Sampai hati kau tak kenal aku.l"
Isya terpanar. Baju, rambut, jam. Semuanya sama macam lukisan tu. Sekali lagi, Isya memandang ke arah lelaki itu dari atas ke bawah. Mustahil! Efraz ialah own character aku. Bukan manusia.
"Ye.. aku bukan manusia. Tapi aku nampak macam manusia. Aku akan ikut kau pulang. Memandangkan kau nak aku wujud dalam dunia reality. Kau tak perlulah menulis kat buku diary lagi. Jom balik" Efraz bersedia hendak beredar.
Isya terpempam. "Hey mana boleh! Apa nak cakap kat mama nanti" Isya bengang. Dalam masa yang sama, dia berasa agak pelik. Lelaki yang mengaku dirinya Efraz itu seakan boleh membaca fikarannya sahaja.
Efraz memberhentikan langkah. "Urm.. kau bagilah alasan yang munasabah" Efraz tersengih. Dia ingin meneruskan langkah sekali lagi. Dan sekali lagi dihalang oleh Isya.
"Aku tak percaya lagi kau Efraz. Jangan nak menyamar okey" ujar Isya sambil bercekak pinggang.
Efraz terdiam. "Habis macam mana baru kau nak percaya yang aku ni Efraz?" Soal Efraz sambil memandang Isya.
Isya menarik nafas panjang. Amat susah baginya untuk mempercayai yang lelaki di hadapannya ini ialah Muhd. Efraz, own character yang hanya wujud di dalam buku diarynya. Itupun dia sendiri yang menulis percakapan Efraz di dalam buku tersebut. Bermula dari empat tahun yang lalu. Dan.. Muhd. Efraz hanyalah khayalannya sahaja. Bagaimana pula wujud di dunia nyata? "Ahh.. apa apa pun kau tak boleh ikut aku" ujar Isya memecah keheningan.
"Eh..eh.. at least bawalah aku ke rumah kau sekejap. Tak kesiankan aku ke? Kau nak aku pengsan kekurangan darah ke kat sini?" Efraz tidak mengalah. Dia masih ingin memujuk. Tak boleh pujuk Isya, mungkin boleh pujuk mak dia.
YOU ARE READING
Sweet Hurt
Teen Fiction[Slow Update] Nur Isya Miqaila, seseorang yang telah lama memendam perasaan terhadap rakan sekelasnya. Namun, lelaki yang dicintainya tidak pernah mempunyai perasaan yang sama. Muncul pula Muhammad Efraz yang berniat ingin membantu. Mengakui bahawa...