-flashback
"Isya!!!"Efraz cepat-cepat keluar dari kereta lalu memetik jarinya. Serta merta semuanya terhenti.
Efraz menundukkan badannya ingin mencapai pergelangan kaki yang tadi terhantuk di pintu kereta ketika dia tergesa gesa keluar dari kereta.
Ringisan halus kedengaran di bibir Efraz. Seketika berkeadaan begitu, Efraz menegakkan badan semula. Dia tidak boleh lama-lama menghentikan masa seperti ini.
Dia memandang ke arah Isya. Perempuan itu sedang menekap telinganya dengan kedua telapak tangan. Efraz mengerutkan dahi. 'Pehal ngan dia ni?'
'Ini mimpi ke?' Suara Isya kedengaran di mindanya. Efraz hanya mengabaikaan.
Dia menghampiri Isya lalu menarik bahu perempuan itu membuatnya terdorong ke belakang. Efraz memetik jarinya lagi. Dan semuanya bergerak semula.
Keluhan kecil Efraz lepaskan. Ini efek dari menghentikan masa. Dia berasa penat kerana penghentian masa memerlukan banyak tenaganya.
Jika dia melakukan terlalu lama, mungkin dia akan pengsan.
Isya menoleh ke arahnya. Efraz tahu Isya perlukan penjelasan tapi sekarang bukan masa yang sesuai. Dia terlalu penat untuk mengeluarkan suara.
'Kejadian tadi ... ada kaitan dengan dia ke? Masa betul-betul terhenti ke? Kenapa semua tu boleh berlaku?'
Suara Isya kembali kedengaran. Efraz hanya memandang Isya kosong. Dia menarik nafas dalam cuba mengembalikan semula tenaganya.
'Efraz.. kau dengar ke?'
-end flashback
Efraz menghembuskan nafas. Dia memandang ke arah mamanya dan Isya yang sedang berjalan laju meninggalkannya dengan barang barang yang dibeli tadi.
'Diorang bolehlah berjalan laju sebab bawa barang ringan. Sikit pula tu. Aku ni yang kesian ditinggalkan. Dahlah ditinggalkan, bawa barang banyak, semuanya berat' Batin Efraz berkata.
Sepanjang jalan dia menayangkan wajah poker face. Seketika dia berasa menyesal mengikuti mereka bershopping.
Nun jauh kelihatan mamanya dan Isya memasuki satu kedai yang penuh dengan baju bling-bling. Baju kahwinlah mungkin. Efraz terhenti.
'Baju kahwin? Siapa nak kahwin? Isya ke? Buat apa masuk situ?'
Efraz berlari lari anak menghampiri Mamanya dan Isya. Semput jugalah berlari dengan membawa benda-benda berat ni. "Mama. Siapa nak kahwin?" Tanya Efraz dalam keadaan nafas yang tak teratur.
Mamanya menoleh. Wajah tua itu berkerut. "Soalan apa yang Efraz tanya ni? Siapa yang kahwin?" Soal mamanya semula.
Soalan dijawab soalan. "Habis kenapa pergi kedai ni?" Soal Efraz lagi.
Pn. Noryati terketawa kecil. Itu rupanya yang bermain di minda Efraz. "Ni butik mama sayang" jawab Pn. Noryati.
Efraz terangguk angguk. "Fikirkan mama nak kahwinkan Isya dengan Efraz" ujar Efraz selamba badak. Secara mengejutnya, kepalanya ditepuk kuat dari belakang.
Efraz meringis sambil memandang ke arah Isya. "Apa nie. Sakit tau tak? Nak tercabut kepala hensem aku"
Isya bercekak pinggang. Hampir sahaja dia gelak melihat wajah cemberut Efraz namun sedaya upaya dia menahan diri agar nampak ganas. "Siapalah nak kahwin dengan dia" ujar Isya.
Efraz meletakkan barang bàrang yang dibeli tadi ke lantai berdekatan bangku. Setelah itu dia pun melabuhkan punggungnya. Lega rasanya kaki.
"Ehh.. jangan main-main tau. Entah entah kau dah jatuh hati dengan aku dan melupakan si..."
PLAK!
Double kill!
"Aduhhhh.." Efraz mengusap belakang kepalanya. Malang betul nasibnya hari ni. "Kau ni tak kesiankan aku ke? Dah lah tadi aku hampir pengsan hentikan ma.." Kata-kata Efraz terhenti. Baru menyedari apa yang diucapnya tadi.
Nasib baik mamanya sudah berlalu semasa mereka bergaduh tadi. Kalau tak, nahaslah..
Isya memandang Efraz yang terdiam mendadak. Dia dapat mengagak apa yang Efraz ingin sampaikan. "Hentikan apa?" Isya mencangkung di tepi Efraz yang sedang duduk di bangku. Matanya memandang wajah Efraz ingin tahu.
Lelaki itu hanya diam sahaja. Duk menghayal jauh. Isya berasa geram lalu memukul lagi belakang kepala Efraz.
Triple kill!
Efraz tersedar. "Eishh. Sakitlah Isya. Mama!!! Isya membuli!" Laung Efraz kuat.
"Isya!! Dah dah lah buli si Efraz tu" Suara mamanya kedengaran entah dari mana.
"Heish! Aku.." Isya ingin memukul lagi namun sempat ditahan oleh Efraz.
"Aku nak rehat kejap. Kau pergi lah tempat mama" Efraz bersandar lalu memejamkan matanya.
Isya berdiri. Dia melihat lelaki itu. Terserlah kelelahan di wajah lelaki itu berserta dengan bibir yang sedikit kelihatan pucat. "Efraz. Pergilah tidur kat sofa hujung tu. Kalau kat sini kang patah tulang tengkuk kau padan muka" Bahu lelaki itu digoncang perlahan.
Efraz membuka sebelah mata. Perlahan-lahan dia berdiri lalu berjalan sedikit terhuyung hayang. Dia sangatlah keletihan sekarang. Lengannya dipegang oleh seseorang untuk membantunya berjalan.
Efraz menoleh sedikit. Isya. Efraz hanya membiarkan sahaja. Kalau dia dibiarkan berjalan sendiri mungkin boleh bertaburan segala benda yang dilanggarnya.
Isya mendengus perlahan. "Kenapa tak bagi tau kau penat tadi. Kalau tak bolehlah tolong. Kau tengok apa jadi. Tak ubah macam orang mabuk" bebel Isya.
Efraz hanya tersenyum kecil. "Kalau aku lemah macam mana nak lindungi kau" ujar Efraz sangat perlahan. Dia melabuhkan punggung ke atas sofa panjang itu lalu mengubah posisi kepada berbaring.
Matanya ditutup semula. Tak mengambil masa yang lama, Efraz sudah berada di alam mimpi.
* * *
"Itu ke anak angkat Puan yang Puan kata tu?" Soal pekerja butik yang bernama Fatimah itu sambil mulut dijuihkan ke arah Efraz yang sedang tertidur pulas.
Pn. Noryati hanya mengangguk sambil tersenyum. Dilihatnya Isya yang datang menghampirinya. "Kenapa dengan Efraz tu?" Soal Pn. Noryati.
"Penat katanya" Ujar Isya pendek. Mamanya terangguk angguk.
Terbit pula rasa kasihan di hati Pn. Noryati melihat Efraz yang kelelahan mungkin kerana mengangkat banyak barang tadi.
"Kacak bebenor budak tu" ujar Fatimah lagi. "Kamu tak berkenan ke dengan dia Isya?" Soal Fatimah.
Isya yang menghirup air mineral hampir tersedak. Nasib tak tersembur. Kalau tersembur, dah basah lencun makcik Fatimah ni. Isya menunjukkan riak meluat. "Tak" jawabnya.
"Jangan terlampau rapat tau. Dia bukan muhrim kamu. Abang angkat saja. Kamu lagi yang satu rumah dengan dia" Fatimah mencuit bahu Isya perlahan.
Isya hanya tersenyum. "Taknya. Dia perangai langsung tak matang. Nampak muka je hensem" ujar Isya perlahàn.
"Ye. Makcik cakap je. Kamu tu perempuan.. jaga diri" nasihat Fatimah lembut.
Pn. Noryati sekadar tersenyum.
"Assalamualaikum.."
Kedengaran suara dari ambang pintu butik itu membuat mereka bertiga menoleh.
"Ada tetamu Puan." Ujar Fatimah perlahan.
Pn. Noryati mengangguk.
To be continue..
YOU ARE READING
Sweet Hurt
Teen Fiction[Slow Update] Nur Isya Miqaila, seseorang yang telah lama memendam perasaan terhadap rakan sekelasnya. Namun, lelaki yang dicintainya tidak pernah mempunyai perasaan yang sama. Muncul pula Muhammad Efraz yang berniat ingin membantu. Mengakui bahawa...