Tilam yang tersedia di bilik itu dipandang sebelum badannya direbahkan. Bilik itu sudah berkemas jadi tiada sarang labah-labah lagi dan kelihatan cantik. Seketika dia teringatkan Efraz. Lelaki itu tadi hanya melihatnya tanpa membantu pun.
Isya sakit hati waktu itu namun ditahan sahaja. Siling kosong itu ditenung lama. Tiba-tiba Efraz muncul di muka pintu sambil membawa sebuah gelas menuju ke arahnya.
"Kau mesti penat kan? Minumlah.. aku ada tengok drama tu tadi. Dia sediakan air untuk orang yang tengah penat. Jadi aku buatlah.. hehe" ujar Efraz sebelum menyerahkan gelas itu kepada Isya.
Isya tersenyum. Pandai juga Efraz mengambil hati merujuk sebuah drama. Dia mengambil gelas itu. "Air apa ni?" Soal Isya sambil memandang ke arah Efraz.
"Air lenon"
"Lenon?"
"Ya.. drama tu kata air lenon"
Isya tergelak kecil. Betul-betul merujuk drama lelaki ni. "Air lemon lah.. bukan lenon" ujar Isya.
Efraz berfikir sejenak sebelum tersengih. "Oh.." dia meramas belakang kepala.
Isya pula hanya menggeleng perlahan sebelum menghirup sedikit air lemon buatan Efraz. Seketika kemudian dahinya berkerut.
PHUUHHHH!!!
Tidak dapat ditahan, Isya menyembur keluar air yang berada di dalam mulutnya. "Apa masin sangat ni Efraz?!" Hujung mulutnya diseka menggunakan hujung lengan bajunya. "Apa yang kau letak dalam air tu?"
Efraz memandang ke atas. Cuba mengingat sesuatu. Bagaimana hendak beritahu kalau nama bahan itu pun dia tidak tahu. "Urm.. ikut aku. Bahan tu ada kat dapur" Efraz bergerak keluar dari bilik.
Isya pula dengan langkah malasnya mengikuti Efraz dari belakang. Tiba di dapur, Efraz menunjukkan bahan bahan yang dia gunakan untuk air itu.
Mata Isya membuntang. Dia menepuk dahinya kuat. Mulutnya terkumat kamit beristighfar sebelum terketawa perlahan. Lelaki ini betul-betul seperti budak budak. Dia diibaratkan kanak-kanak yang mampu bercakap tetapi tidak tahu apa-apa. Padanlah dengan wajah baby facenya.
"Kau tau tak apa yang kau isi tadi duhai Efraz?" Soal Isya lembut. Dia tidak boleh berkasar lagipun lelaki itu tidak sengaja.
Efraz menggeleng. Sudah semestinya. Sebab itu dia membawa Isya sekali pergi sini kerana dia tidak tahu. Dia cuma merujuk drama dan melihat kalau kalau ada bahan yang serupa di dapur.
"Efraz.. itu ialah garam. Itu kan yang kau isi tadi?"
Efraz mengangguk.
"Yang tu betullah lemon. Kalau kau campurkan garam dengan lemon. Rasanya akan jadi macam ni" Isya memberikan gelas tadi kepada Efraz. "Minum tu" arah Isya sambil tersenyum.
Efraz menghirup sedikit air itu.
1 saat
2 saat
PHUUUUUUUUUUUHH!!!!!
Keadaannya sama seperti Isya. Dia menyemburkan air di dalam mulutnya ke arah Isya. Efraz terkedu.
"Efraz!! Kenapa sembur dekat aku!!" Isya memukul belakang Efraz sebelum lelaki itu terkedek-kedek melarikan diri. "Jangan lari!!" Suara Isya sekali lagi bergema satu rumah.
Efraz melarikan diri. Dia sudah mengagak Isya akan memarahinya. "Eh.. janganlah pukul. Tangan kau tu bahaya. Tumbuk sekali boleh pecah kitew ni" ujar Efraz sambil membuat langkah seribu.
"Apa!!!!" Isya masih mengejar dengan tangan diayun ayunkan ingin memukul Efraz. "AKU TAKKAN BERHENTI MENGEJAR SAMPAI AKU DAPAT KAU!!!" Jerit Isya lantang.
* * *
Seminggu Efraz hanya duduk di rumah sahaja. Akhirnya keluar juga untuk mendaftar sekolah di sekolah yang sama dengan Isya. Sekolah itu besar. Harapannya untuk berjumpa Isya punah apabila dia langsung tidak melihat kelibat Isya sepanjang dia di sini.
Mungkin Isya sengaja tidak mahu berjumpa dengannya. Mencari Isya. Itu ialah perkara gila yang tidak akan Efraz lakukan. Dengan keadaannya sekarang ini diperhatikan ramai. Ada juga yang berbisik-bisik sambil menjuih bibir ke arahnya.
Pelajar perempuan kebanyakannya memandangnya sambi tersenyum. Tapi.. Pelajar lelaki pula.. mak aihh.. pandangan tajam dihadiahkan. Nasiblah sekarang dah dalam perjalanan pulang.
Efraz sedikit gerun. "Ma.. Kenapa diorang pandang macam tu tadi? Raz takde buat salah kan?" Efraz memandang Pn. Noryati bingung.
Pn. Noryati hanya tersenyum. "Tu lah.. Raz handsome sangat. Nanti Efraz sekolah, hati-hati. Mana tau diorang datang kerumun Efraz ataupun Efraz kena buli" ujar Pn. Noryati sambil berjalan menuju ke tempat letak kereta.
Efraz memandang mamanya dengan wajah bingung. "Buli tu apa mama? Kenapa diorang nak kerumun Raz?" Soal Efraz dengan wajah
Pn. Noryati tersenyum. "Nanti tanya Isya okay" Pn. Noryati membuka pintu kereta sebelum masuk ke bahagian pemandu manakala Efraz pula masuk di bahagian penumpang. "Okay.." Efraz menjawab.
* * *
"Weh beb.. ada murid baru nak masuk sekolah ni. Aku nampak tadi dia guna hoodie. Comel tau tak.. baby face gitu.. hah mesti dia ada ramai peminat nanti. Tengok jelah tadi geng gedik pandang lelaki tadi tu semacam" panjang lebar Aineesa berkata sambil menggoncang tubuh Isya.
"Eihh. Apa ni. Kau suka dia kau jelah. Tak payah libatkan aku. Sana" Isya menolak badan Aineesa. Aineesa memuncungkan bibir. "Ha aku tarik muncung kau tu baru tau"
"Hmph! Taknak kawan"
"Taknak kawan sudah" Isya menyambung membaca diarynya. Betulkah itu Efraz? Kepalanya ligat berfikir. Dari pertama kali dia berjumpa Efraz hingga sekarang dia belum lagi berpeluang untuk menanyakan soalan tersebut.
"Kalau kau nampak lelaki tu. Kau mesti sangkut. Kau tak kurang apa pun. Mesti lelaki hoodie tadi suka kau. Move on jelah dari seseorang tu" Aineesa sedikit berbisik.
Aku membuat role eyes. Baginya, hanya dua orang sahaja lelaki kacak yang berada di dalam fikirannya, Efraz dan Hazrieyl. Isya memandang Aineesa sambil mendengus. Dia tau siapa seseorang tu. Move on? Bertahun dia menyimpan perasaan kepada Hazrieyl, bukan mudah untuk move on. "Tak berminat aku!" Isya menongkat kepala sambil memandang keluar jendela.
Keluhan meniti di bibir Aineesa. Kesal juga dia berkata begitu. Bukan apa, sebenarnya dia berasa simpati kepada Isya. Bertahun menaruh harapan akhirnya ditolak mentah-mentah.
* * *
"Ermm.. ma. Tadi kan..ada perempuan ni datang jumpa Raz kata nak kenalan. Raz tak tau apa nak cakap jadi Raz tengok dia je. Raz kurang ajar ke macam tu ma?" Efraz menoleh ke arah mamanya yang sedang memandu.
Pn. Noryati terketawa. Lelaki ini betul betul tak faham apa-apa. "Dia tertarik dekat Raz kot. Tu lah.. siapa suruh hensem sangat. Ni kalau pergi sekolah ni mesti tambah teruk" ujar Pn. Noryati dengan tawa yang masih tersisa.
"Mama..." Efraz mengeluh perlahan. Dua kali mamanya membalas dengan kata-kata yang hampir serupa. Orang serious ni!
"Itu.. diorang kata sombong lah. Sebab Raz tak layan diorang. Tapi baguslah tu. Mama pun tak suka Efraz layan perempuan" Pn. Noryati membalas.
"Isya?" Efraz sedikit gusar. Bagaimana kalau mamanya tidak suka dia layan Isya nanti.
"Isya tu lain lah sikit. Tapi tu pun Efraz tak boleh rapat sangat ok. Mama percayakan Raz, tapi nanti mama takut orang keliling cakap bukan-bukan" Pn. Noryati menoleh ke arah Efraz.
Efraz tersenyum ceria. Lega sedikit bila mamanya berkata demikian. "Baik mama. Raz janji Raz akan jaga Isya baik-baik" ujar Efraz bersemangat.
"Jangan Isya yang jaga Raz sudah.." ujar Pn. Noryati disusuli tawanya.
Efraz memuncungkan bibir. "Mama.." seketika kemudian Efraz juga turut terketawa.
😊
YOU ARE READING
Sweet Hurt
Teen Fiction[Slow Update] Nur Isya Miqaila, seseorang yang telah lama memendam perasaan terhadap rakan sekelasnya. Namun, lelaki yang dicintainya tidak pernah mempunyai perasaan yang sama. Muncul pula Muhammad Efraz yang berniat ingin membantu. Mengakui bahawa...