SH5

55 11 10
                                    

"Baik.. perkenalkan diri kamu" suara Cikgu Aslinah kedengaran.

Efraz mengangguk seketika. "Assalamualaikum semua.. nama saya Muhammad Efraz" Efraz tersenyum. Dia menjeling Isya seketika.

"Aik. Tu je? Tak nak cakap apa-apa lagi?" Soal Cikgu Aslinah.

Efraz hanya menggeleng. Senyuman tak lepas di bibir. "Tak perlu kot" Efraz meramas tengkung. Dia sebenarnya mengharapkan Isya menyebut sesuatu untuk membantunya. Namun, penantiannya hanya sia-sia.

Cikgu Aslinah mengangguk. Buat apa dia memaksa Efraz untuk memberitahu lain-lain lagi. "Kamu boleh duduk sebelah Hazrieyl" Cikgu Aslinah menunjuk ke satu sudut kelas.

Efraz memandang ke hadapan. Melihat lelaki yang sedang menyelak buku. Dia melihat ke arah Isya. "Saya nak duduk sebelah Isya boleh tak?" Soal Efraz.

Seisi kelas spontan menoleh ke arah Isya. Yang lain mula berbisik sesama sendiri.

Isya membulatkan matanya. Apa yang Efraz cakap ni?? 'Duduk jelah sebelah hazrieyl!! Yang kau nak duduk sebelah aku kenapa?! Dah buta ke? Tak nampak ada orang duduk sebelah aku?' Isya berkata dalam hati. Pandangan tajam Aineesa tak diendahkan.

"Kamu kenal Isya ke?" Soal Cikgu Aslinah. "Keluarga Isya ke?" Lagi-lagi soalan dilontarkan.

Efraz menoleh ke arah Cikgu Aslinah. Dia tersenyum. "Takpelah Cikgu.. saya.. duduk situ jelah" Efraz melangkah mendekati Hazrieyl lalu melabuhkan punggung di kerusi yang terletak bersebelahan dengan Hazrieyl.

Selepas itu, sesi pembelajaran pun bermula..

*    *    *

"Siapa Muhammad Efraz tu? Kenapa dia kenal kau?" Aineesa menoleh ke arah Isya dan mengajukan pertanyaan.

Isya memandang ke arah Aineesa. Belum sempat membuka mulut, Muhammad Efraz dengan selamba badaknya duduk di sebelahnya. 'Kacau daun betul!' Getus hati Isya.

"Apa kacau daun? Aku duduk dengan kau ni mama yang suruh tau. Sebab aku takde kawan" ujar Efraz tiba-tiba.

Aineesa mengerutkan dahinya. "Kau cakap dengan siapa?" Soal Aineesa. Dah gila  agaknya Efraz ni.

"Isya" jawab Efraz singkat sebelum memasukkan makanan yang baru dibelinya di kantin tadi.

Isya mengeraskan badannya. 'Efraz! Apa kau buat ni?' Ujar Isya di ďalam hati tanpa memandang ke arah Efraz.

"Apa yang aku buat? Mana ada aku buat apa-apa?" Soal Efraz semula. Pandangannya dialihkan ke arah Isya.

Kerutan di dahi Aineesa semakin melebar. "Kau dah gila ke?" Semakin pelik dia dibuatnya apabila Efraz bercakap tiba-tiba sebanyak dua kali.

"Aku bercakap dengan Isya lah" jawab Efraz.

'Efraz!!!' Jerit Isya dalam hati lagi. Geram dengan perangai Efraz.

"Aduh!! Apa jerit-jerit ni Isya" Efraz menekup telinganya.

"Kau dah kenapa Efraz? Isya mana ada jerit apa-apa. Bercakap pun tak. Kau dah gila ke?" Aineesa meluahkan rasa peliknya.

Efraz tersedar. Jadi tadi.. Isya bercakap dalam hati? Patutlah Aineesa menganggapnya gila dari tadi. Efraz tersengih.

Isya menepuk dahinya. Tak padan-padan dengan kecomelan. Gila rupanya. Tapi Isya pun bodoh juga. Kenapa ketagih sangat nak bercakap dalam hati.

Nasib cuma mereka bertiga sahaja yang mengetahui hal sebenar yang terjadi disini.

"Maaf.." Itu sahaja yang Efraz katakan. Sebelum keheningan menerpa mereka.

Aineesa menutup buku yang baru dibacanya sebentar tadi. Dia memandang ke arah Isya. "Kau tak sempat bagitahu aku tadi kan. So sekarang aku tanya balik. Siapa Efraz tu? Dia memang suka bercakap sendiri ke?"

Isya menguap sambil membetulkan urat-urat sarafnya. Dia ragu-ragu hendak memberitahu. "Ingat tak aku pernah sebut nama Efraz dgn kau?" Isya membalikkan tubuh menghadap Aineesa.

Aineesa mengangguk. Dia memang rasa familiar dengan nama Efraz.

"Kau ingat kan aku pernah cakap kat kau. Efraz tu OC aku" ujar Isya.

Aineesa menumpukan sepenuhnya perhatian ke arah Isya. "So.. kau nak kata yang Efraz tu OC kau?"

Isya memandang tepat ke arah anak mata Aineesa. Dia menarik nafas seketika sebelum mengangguk perlahan. Dalam mindanya hanya satu sekarang. Aineesa percaya ke tak.

Mata Aineesa terkedip-kedip memandang ke arah Isya. "Bhahahahahah!!! Apa kau ni? Kau dah gila agaknya sama macam Efraz tu.. hahahaha!!" Aineesa ketawa terbahak-bahak.

Beberapa pelajar yang berada berhampiran dengan mereka memandang dengan riak wajah tidak berpuas hati. Isya menutup mulut Aineesa. "Apa kau ketawa cam orang gila ni?" Soal Isya perlahan. Beberapa saat kemudian dia menjatuhkan tangannya.

"Aku gila? Ke kau yang dah gila? Efraz kau tu cuma Own Character. Kau meluah dalam buku kononnya dia dengarlah lepastu dia bagi kata-kata semangat. Hey Isya. Semua tu kau sendiri yang buat. Bukan Efraz" Aineesa berkata dengan nada yang perlahan sebelum ketawa lagi sambil menutup mulutnya.

Isya sedikit terluka mendengar kata-kata Aineesa. Apa selama ini Aineesa tak pernah mempercayainya? Isya berdiri secara tiba-tiba membuat Aineesa yang tadinya ketawa terhenti. Isya berjalan keluar dari perpustakaan itu. Panggilan kuat Aineesa tidak dipedulikan. Dia benar benar terluka dengan sikap Aineesa.

Kring!!!

Bunyi loceng kedengaran menyuruh pelajar untuk kembali ke kelas. Isya masuk ke dalam kelas dengan wajah sayunya. Dia duduk di atas kerusi sebelum menekup wajah ke meja.

Seisi kelas memandang Isya kehairanan. Termasuk Efraz. "Kenapa dengan Isya" Efraz berkata sendiri. Dia berdiri lalu mendekati Isya.

"Isya.."

'Jangan dekat dengan aku Efraz'

Efraz menghentikan langkah. Takpelah. Mungkin dia perlukan masa. Fikirnya sebelum kembali ke tempat duduknya.

Hai semua..
Sorry lambat update..
Ada sesiapa ke yg menunggu? 🤕

Sweet HurtWhere stories live. Discover now