Dari pulang sekolah tadi Isya tidak banyak membuka mulut. Satu disoal, satu juga dijawabnya. Tidak seperti biasa. Mama ada juga bertanya tentang Isya dengan Efraz namun Efraz hanya mengangkat bahu.
Efraz membuka pintu bilik Isya. Dari kaca sliding door kelihatan Isya sedang mengetik gitarnya disusuli dengan alunan merdu yang keluar dari mulutnya.
Perlahan-lahan Efraz melangkah masuk ke dalam bilik Isya. Berusaha sedaya upaya untuk tidak membuat bising.
Bruuk!!
Pintu yang terbuka tadi tertutup dek angin kuat yang masuk dari sliding door yang terbuka luas.
Efraz menutup mata. Alahhhhhh kacau daun betul pintu ni!
"Efraz? Nape masuk tak ketuk pintu? Kalaulah tadi aku tengah pakai baju. Malu tau tak?!" Isya bercekak pinggang sambil menayangkan wajah bengis.
Efraz tersengih. "Kau macam mama lah kalau marah. Nampak tua" ujar Efraz disusuli tawànya.
"Efraz!!!" Isya mengangkat tangan ingin memukul Efraz namun niatnya terhenti.
"Hahahahahahaha... kau ni dah gila agaknya sama macam Efraz tu"
Suara Aineesa kembali terngiang-ngiang di mindanya. Betul ke Efraz ni..
Isya mendengus kasar. 'Fikir fasal Efraz ni oc aku ke tak buat aku hampir gila je sama macam dia'. Isya beredar semula menuju ke balkoni.
Efraz mengerutkan dahinya. "Apa maksud kau? Aku oc ke tak.. gila macam aku??" Soal Efraz.
Isya terhenti. Lupa pula dia yang Efraz boleh membaca isi hatinya. Isya menutup mata rapat. Dia menoleh ke arah Efraz yang menatapnya bingung. "Kenapa kau boleh baca fikiran aku dan kenapa aku tak boleh baca fikiran kau. Ini tak adil!" Bentak Isya.
Efraz terdiam. Bagaimana hendak menjawab soalan Isya. "Ermm.. aku pun tak tau.. tapi aq memang boleh baca fikiran kau" ujarnya.
Isya membuat role eyes sebelum mengambil gitarnya. Dia mula memetik gitar sementara Efraz mengambil tempat di sebelah Isya.
Isya mula menyanyikan lagu.
"Di matamu masih tersimpan
Selaksa peristiwa.
Benturan dan hempasan terpahat
Di keningmu..""Lagu apa tu?" Soal Efraz. Tangan kanannya menongkat wajahnya.
Isya berhenti. "Titip rindu untuk ayah" jawab isya.
"Hmm.. papa.."
"Ya. Dia bahagia dengan isteri baru dia" ujar Isya perlahan. Matanya melihat ke arah bintang-bintang yang bertaburan di langit.
"Aku rindu dia sangat-sangat.. tapi dia menjenguk pun tak pernah. Aku pernah minta kat mama. Pindah dari tempat ni tapi mama tak nak. Waktu tu aku masih kecik. Aku tak faham apa sebab mama tak nak pindah sedangkan rumah ni menyimpan beribu kenangan bersama papa. Tapi sekarang aku dah faham kenapa" Isya berhenti seketika. Dia menarik nafas sebelum menyambung.
"Mama tak nak pindah sebab dia nak tunggu papa kat sini. Walaupun dah bercerai, mama nak papa datang jenguk aku tapi apa yang dia buat? Pandang rumah ni pun tak da kot. Dah bahagia sangat mungkin" Isya menyeka air matanya.
Efraz mendiamkan diri. Dia tahu tentang semua ni dari awal lagi. Dulu Isya selalu meluah dekat diarynya. "Kau tau kan. Allah takkan uji lebih dari kemampuan seseorang itu" Efraz menoleh ke arah Isya. Isya pula hanya mengangguk.
Senyuman kecil terbit di bibir Efraz sebelum dia memandang semula ke hadapan. "Kat luar sana lagi ramai yang lebih susah. Berbagai bentuk ujian. Kau kuat. Kau masih mampu tampung ujian tu. Aku yakin. Nanti kau akan jumpa juga balik dengan papa. Aku pun nak jumpa juga" Efraz tersengih.
YOU ARE READING
Sweet Hurt
Teen Fiction[Slow Update] Nur Isya Miqaila, seseorang yang telah lama memendam perasaan terhadap rakan sekelasnya. Namun, lelaki yang dicintainya tidak pernah mempunyai perasaan yang sama. Muncul pula Muhammad Efraz yang berniat ingin membantu. Mengakui bahawa...