SH4

76 13 6
                                    

"Eh Isya, kau dah balik?" Tegur Efraz sambil tersenyum ke arah Isya.

"Taklah. Aku masih kat sekolah. Masih belajar lagi ni" Jawab Isya malas. Dah nampak orang kat rumah masih juga ditanya.

Efraz mencebik. "Orang tanya baik-baik kot" bisik Efraz sendiri. Dia menyambung semula kerjanya.

Isya melabuhkan punggungnya di birai katil. "Apa kau buat tu?" Soal Isya sambil menjuih bibir ke arah kerja Efraz.

"Aku tengah tidur lah. Lena ni. Tak nampak ke liur bertakung ni" ajuk Efraz. Dapat juga peluang untuk membalas. Syukur..

Isya terpaku seketika. Ouh.. pandai kenakan orang balik. Isya tersenyum sinis. "Lena eh? Meh aku kejutkan" balas Isya seraya menarik cuping telinga Efraz. Lelaki itu meronta minta dilepaskan.

"Aduh!! Bahaya lah dekat dengan kau ni! Sekali tarik boleh tercabut telinga aku!" Efraz mendengus geram. Isya melepaskan telinga Efraz.

"Padan muka! Menjawab lagi!" Ujar Isya seraya menjelir lidah. Efraz hanya memuncungkan bibir. Dah macam itik kalau tengok sekilas. "Mama ajar kau lapit buku?" Soal Isya. Tangan Efraz yang tak berapa lincah itu ditenung.

Efraz hanya mengangguk. Satu buku lagi sudah siap dibalut. Efraz mengambil lagi buku yang belum dibalut. Ini ialah yang terakhir. Huh.. satu jam hendak menyiapkan semua ni. Dari tadi dia asyik salah buat dan terpaksa mengulang semula.

"Betul ke kau Efraz?" Kali ini, Isya mengambil peluang untuk menyelidik lelaki yang mengaku dirinya Efraz itu. Lagipun, niatnya ke bilik Efraz adalah untuk menanyakan perkara ini.

Efraz terhenti. Dia menoleh ke arah Isya. "Kau tak percaya lagi rupanya" keluh Efraz. "Aku.. Muhammad Efraz.. Own Character kau dalam buku. Kau Nur Isya Miqaila telah ciptakan aku pada tanggal 26. 07. 2***"

"Aku tak percaya"

"Habis macam mana nak buat kau percaya?"

Pandangan Isya tertumpu ke arah Efraz. Kali ini, lelaki itu mengubah posisi menghadap ke arahnya. Isya mengeluh. Kenapa dia susah hendak mempercayainya.

Keadaan di dalam bilik itu terasa sunyi seketika. Efraz tahu. Hendak percaya itu sangat susah. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Efraz berdiri mengejut.

Isya tersentak. Dia memandang ke arah Efraz. Tanpa amaran tiba-tiba berdiri. "Kau pehal! Serangga masuk baju ke?" Soal Isya pelik. Sedikit marah kerana Efraz membuatnya terkejut.

Efraz duduk bersila dihadapan Isya. "Cuba kau bercakap dalam hati. Aku pasti kau tertanya-tanya selama ni kan"

"Cakap apa?"

"Apa-apa je" Efraz menggesa. Mungkin dengan cara ni Isya boleh yakin. Isya mendiamkan diri. Seketika kemudian, Efraz mendengar jelas suara Isya di kotak fikirannya.

Serta merta Efraz membuat wajah poker face. "Efraz budak 1 tahun?! Hey aku tua setahun dari kau tau tak!" Marah Efraz. Mulutnya muncung sedepa.

"Alalala.. comeynya merajuk. Betullah! Mata kau besar. Bibir kau pink macam budak-budak! Tak padan-padan dengan form 5" Isya ketawa terbahak-bahak.

Seketika kemudian, Efraz tersenyum. "Jadi kau dah percaya sekarang?" Soal Efraz. Isya yang tadinya ketawa riang beransur reda. Dia tersenyum.

"Aku tak percaya 100% tapi aku percaya sedikit. Kau dapat baca fikiran aku dengan sangat tepat" Ujar Isya sambil kepalanya mengangguk perlahan. Semua ciri-ciri Efraz yang ditulisnya dulu di dalam buku sama dengan ciri-ciri lelaki yang berada di hadapannya sekarang.

Oh ya.. ciri-ciri! Apa kata tambah sikit ciri-ciri Efraz. Nak tengok perubahannya. "Buatlah kerja kau. Nanti tak habis pula" tegur Isya.

Efraz berpaling semula. Baru teringat yang buku teks nya perlu dibalut. Beruntunglah dapat buku teks yang baru.

Isya tersenyum. Dia memandang buku teks yang dibalut Efraz sebelum kaku. "Eh..eh berhenti" Gesa Isya secara tiba-tiba. Tangan Efraz terhenti serta merta.

Entah kenapa setiap kali Isya memberi arahan sebegitu dia spontan melakukan. Adakah ini juga yang dirasakan oleh manusia biasa atau dia sahaja? Soalan itu bermain di minda Efraz.

Isya merampas buku teks yang dipegang Efraz. "Kenapa form 4? Kau tua setahun dari aku kan?"

"Hmm.. mama yang atur. Aku mana tau. Lagipun aku memang taknak kalau tak sekelas dengan kau. Aku nak jaga kau kan. Untuk pengetahuan kau.. kita classmate!!" Efraz berkata riang sambil kedua tangannya diangkat.

Senyuman hambar mekar di bibir Isya. 'Jadi dia nak sekelas dengan aku hanya untuk jaga aku?' Bisik hati Isya. Seketika dia terharu.

"Aku dengar.." Efraz bersuara. Sekali lagi Isya hanya tersenyum hambar. Dia berdiri ingin menuju ke biliknya. Biarlah Efraz mendengarnya sekalipun. Semoga dengan kehadiran lelaki ini bakal membuat hidupnya tidak kesunyian.

Sampai dibiliknya. Isya mencari-cari buku diarinya. Isya mengambil sebuah buku yang sederhana besarnya berwarna kelabu lalu membawanya ke meja tulis. Pen yang berada berhampiran dengannya diambil. Dia berfikir seketika.

"Nak tambah apa ya?.. ouh.. untuk tengòk kebenaran dia Efraz ke tak. Dia kena sayang haiwan walau sekecil manapun. Tapi haiwan yang paling dia sayang of course kucing. Macam aku" Isya berkata sendiri sambil tersengih.

Ada yang disebutnya tadi ditulis kedalam buku diarynya. Selain itu, dia juga menambah ciri-ciri lain seperti 'kemahiran bermain gitar' dan cepat menangkap sesuatu perkara.

Jika Efraz tidak ditambah kemahiran itu, mungkin dia tidak akan faham apa yang cikgu katakan. Jenuh juga Isya menjawab nanti.

Setelah selesai menulis, Isya merebahkan badan ke atas tilam. Matanya ditutup dan akhirnya lena dibuai mimpi.

*    *    *

Isya duduk sambil menongkat kepala. Suara riuh rakan-rakan sekelas tidak diendahkan. Sudah biasa dengan keadaan seperti ini.

Sekali sekala mata Isya tertumpu kepada Hazrieyl yang berada tidak jauh darinya. Teringat fasal kisah seminggu yang lalu membuatnya tidak tenteram. Isya membuang pandang ke luar jendela. Makin lama memandang Hazrieyl makin terluka dia dibuatnya.

Tiba-tiba seisi kelas sunyi sepi. Isya sedikit pelik. 'Apa jadi? Malaikat limpas ke?'. Isya memandang ke hadapan dan terlihat sesosok tubuh manusia yang sangat dikenalinya. Hmm.. malaikat hensem ni rupanya yang membuat seisi kelas terdiam. Mungkin tergoda dengan mata ikan lelaki itu.

Kalau diamati warna mata Efraz, ianya akan kelihatan kelabu. Itu warna sebenar matanya. Cuma yang menampakkan tidak begitu ketara kerana warnanya gelap. Jika dilihat dibawah sinaran matahari, warna itu akan terlihat jelas. Kelabu ialah warna kegemaran Isya.

Tiba-tiba bahunya dipukul kuat. Isya menoleh ke arah Aineesa yang tak lekang memandang Efraz. "Wehh beb.. ni lah lelaki yang aku kata tu! Oh my god! Tak sangka dapat sekelas dengan dia. Dia sememangnya berharap lelaki itu satu kelas dengannya dan akhirnya jadi kenyataan.

Isya hanya mengangguk malas. 'Heh. Kalau bukan sebab aku. Tak berpeluang  kau nampak muka angel ni depan-depan' Getus Isya dalam hati. Apalah agaknya reaksi Aineesa kalau dia tahu bahawa Efraz ni ialah Own Characternya yang dia selalu sebut dahulu.

Efraz melihat sekeliling sebelum matanya tertumpu kepada Isya. Dia tersenyum manis. Serentak dengan itu, para pelajar perempuan mula menjerit keshoitanan.

"Baik.. perkenalkan diri kamu" suara Cikgu Aslinah kedengaran.

To be continue..

Sweet HurtWhere stories live. Discover now