"Cantiklah bangunan tu Isya!"
"Isya! Tengok! Burung tu terbang tinggi sangatlah. Aku teringin ada sayap macam diorang!"
"Isya! Restoran tu besarlah!"
"Isya kenapa kita berhenti ni?"
"Isya"
"Isya"
"Isya"
"Isya!!"
Isya menutup telinganya rapat. "Kau tak boleh diam ke Efraz? Sakit telinga aku tau!" Jerit Isya sedikit kuat. Mamanya yang memandu hanya tergelak kecil.
Efraz memuncungkan mulut. "Alaa.. bukan bising sangat pon" ujar Efraz sambil menyilangkan tangan di dada lagak kanak-kanak merajuk.
"Tak bising kau kata! Dari masuk kereta sampai pertengahan jalan ni kau asyik pot pet pot pet je! Kalau kau bising lagi aku bagi kau penyepak!" Marah Isya. Pipi lelaki itu ditojol kuat.
"Takyah lah jahat sangat dengan Efraz tu Isya. Layan je" ujar mamanya.
Efraz mengangkat wajah. "Ha! Kau tengok! Mama support aku!" Ujar Efraz bangga.
"Budak-budak memang selalu kena support" ujar Isya selamba.
"Siapa yang kau kata budak?!"
"Siapa lagi? Kau lah!"
"Mana ada aku budak!"
"Dah dah! Nak sampai dah ni" Suara pn. Noryati menghentikan pergaduhan antara Isya dan Efraz.
Mata Efraz bersinar-sinar. Dia memandang ke luar jendela. "Waaahh yeke mama?" Soal Efraz teruja.
"Kau jangan jakun sangat boleh tak?" Isya berkata sambil tangan disilang ke dada.
Efraz berpaling menghadap Isya. "Jakun? Jakun tu apa?" Soal Efraz bingung. Dia membuka tali pinggangnya tatkala kereta sudah memasuki parking.
Isya juga membuat perkara yang sama sebelum keluar dari kereta. Soalan Efraz dibiarkan begitu saja.
"Woi!"
Efraz keluar dari kereta. Sakit hatinya melihat Isya yang mengabaikan soalannya. Tiba-tiba
"Isya!!!"
Jeritan nyaring Efraz terdengar diikuti dengan bunyi hon kenderaan yang dipandu laju. Isya menoleh ke kanan. Dia terpaku. Hendak lari namun dia merasakan dirinya tidak sempat berbuat apa-apa lagi.
Tik! Tok! Tik...
Masa seolah terhenti. Kereta yang dipandu laju tadi kini sipi-sipi mengena hujung bajunya, mamanya pula dalam keadaan terkejut tetapi tidak bergerak.. semuanya.. terhenti. Isya pula bebas bergerak. Dia memandang kiri kanan. Apa jadi ni?
Air matanya jatuh setitik. Dia takut. Dia berharap ini mimpi. Kedua-dua telapak tangannya dilekapkan di telinga sambil matanya terpejam rapat.
'Ini mimpi ke?'
Tiba-tiba dia merasakan ada sesorang menyentuh bahunya. Isya terkejut. Tubuhnya ditarik ke belakang dan..
Peeeeeettttt---
Bunyi hon kereta sekali lagi kedengaran. Kereta itu meluncur laju. Mamanya sudah kembali bergerak. Isya terpaku. Apa semua ni?
Isya menoleh ke belakang.Efraz..
Kenapa lelaki itu kelihatan sedikit pucat?
'Kejadian tadi..Ada kaitan dengan dia ke? Masa betul-betul terhenti ke? Kenapa semua tu boleh berlaku?' Banyak persoalan bermain di mindanya saat ini. 'Efraz.. kau dengar ke?'
YOU ARE READING
Sweet Hurt
Teen Fiction[Slow Update] Nur Isya Miqaila, seseorang yang telah lama memendam perasaan terhadap rakan sekelasnya. Namun, lelaki yang dicintainya tidak pernah mempunyai perasaan yang sama. Muncul pula Muhammad Efraz yang berniat ingin membantu. Mengakui bahawa...