Nayeon sedang duduk di atas sofa sambil menonton tv.
"Nayeon!" Abangnya JB memanggilnya.
"Wae?" Balas Nayeon namun matanya masih leka ke arah tv tersebut.
"Dengarlah.."
"Apa?" Tanya Nayeon dengan nada acuh tak acuh.
Ohh nak tengok tv sangat eh! Kejap. JB mengambil remote tv lalu menutupnya.
Nayeon berpaling. Dia marah dengan tindakan abangnya.
"Yahh.. Oppa! Aku nak tengok tv la.. Kau ni dah kenapa! Nak cakap, cakap sajalah."
JB ketawa melihat wajah adiknya yang sudah cemberut itu.
"Lepas aku cakap ni, kau nak sambung tengok tv kau tengoklah. Sekarang ni ada hal mustahak yang aku nak bagitau kau!" Ujar JB.
"Betul ke ni? Macamlah aku tak kenal kau JB Oppa! Cakap kau tu bukan boleh pakai sangat. Ada saja nak kenakan aku kan?" Kata Nayeon. Dia berasa musykil dengan abangnya.
"Andwae! Kalini aku cakap, confirm boleh pakai punya!" Balas JB.
Nayeon mengecilkan matanya. Betul ke abang aku ni! Seperti kurang percaya dia.
"Hmm.. Apadia? Cakaplah! Aku nak tengok tv ni.." Nayeon mengalah. Dia menunggu bicara daripada JB.
"Sebenarnya kan.. Ada sebab tau kenapa sepupu kita Taehyung tu datang ke sini.." JB memberitahu begitu kepada Nayeon.
Nayeon mengerutkan dahinya pula, sebab?
"Sebab apa?"
"Sebab.. Eomma dan appa nak bincangkan tentang perjodohan korang berdua!"
"What?!" Nayeon terjerit kuat.
"Oppa kau cakap betul-betul.. Benda macam ni kau jangan nak main-main eh." Kata Nayeon sambil menunjukkan jari telunjuknya kepada JB.
"Ne! Takkan lah benda macam ni aku nak main-main pulak. Memang aku selalu mengusik kau, tapi yang ni betul memang aku tak tipu!" Kata abangnya.
Nampaknya abangya berkata benar. Aduh! Takkanlah aku nak kahwin dengan Taehyung pulak!
"Nonsense la.. Dia tu sepupu kita tau tak! Takkan aku nak kahwin dengan dia." Nayeon mulai berasa cemas.
"Sepupu dengan sepupu kan boleh kahwin je!" Selamba saja abangnya menjawab.
Nayeon mencubit lengan abangnya. Geram dengan bicara JB itu.
"Aduh.. Kau ni tak payah la cubit aku! Sakit tau tak.." Adu JB.
"Ohh sakit.. Sakit lagi hati aku kau cakap macam tu, bukan nak backup adik sendiri!" Nayeon merungut.
"Hmm.. Dah tu aku nak buat macam mana. Memang betul kan.." JB masih menggosok-gosok lengannya itu. Berbisa jugak cubitan adiknya, Nayeon.
"Tapi aku masih sekolah lagi la.. Aku baru 17 tahun! Dia pulak.. Sama umur dengan kau pulak tu.. Eiyy!"
"Hey.. Kitorang masih muda tau! Kau takpayah nak eiyy sangat. Aku tua 3 tahun je.." JB membalas.
"Tua la tu!" Kata Nayeon tidak mahu kalah dengan abangnya.
"Ehh.. Yang penting kau suka ke tak! Kau tetap kena kahwin dengan Taehyung!" JB membahas isu itu kembali.
"Erghh.. Aku taknak la!" Nayeon segera bangun, malas mahu mendengar abangnya bercakap lagi.
"Kau nak pergi mana tu?" Soal JB.
"Aku nak masuk bilik!"
"Taknak tengok tv dah ke?"
"Dah tak ada mood!" Sahut Nayeon lalu masuk ke dalam biliknya dan menghempas pintu dengan kuat.
"Aikk!"
Hehehe. Bolehlah aku pulak tengok tv. JB tersengih lalu membuka siaran tv.
Nasib la Nayeon dapat abang kaki mengusik seperti JB itu.
Bersambung...
YOU ARE READING
Hey, I love you!
Fanfiction{ COMPLETE } Im Nayeon disuruh keluarganya menjemput kepulangan bapa saudaranya daripada luar negara. Ketika itu juga dia tidak menyangka akan bertemu sepupunya yang sudah sekian lama tidak berjumpa iaitu Kim Taehyung. Pertemuan Nayeon dengan Taehyu...