Nayeon segera keluar daripada teksi dan mencari-cari kelibat Auncle Jeong Gyun sebaik saja dia tiba di airport.
Ketika dia sedang berjalan terburu-buru, Nayeon telah terlanggar seseorang.
"Mianhae.. Maaf, saya tak sengaja!" Nayeon memohon maaf.
"Apa maaf-maaf! Kau jalan tengok mana? Lain kali jalan pakai mata tu, bukan letak dekat lutut!" Kata seorang lelaki yang dilanggarnya dengan nada yang angkuh.
Eh eh mamat ni, aku dah mintak maaf. Dia kata mata aku letak dekat lutut! Ishh sakitnya hati!
Nayeon tidak berkata apa-apa. Dia menjeling tajam ke arah lelaki itu sebelum pergi berjalan meninggalkannya.
Ketika itu juga dia ternampak Auncle Jeong Gyung yang sedang duduk di kerusi di hujung sana.
"Auncle Jeong Gyun!!" Panggil Nayeon. Nayeon berasa gembira akhirnya berjumpa juga dia dengan bapa saudaranya itu setelah sekian lama tidak berjumpa.
Auncle Jeong Gyun berpaling apabila mendengar suara memanggilnya.
Nayeon mendekati bapa saudaranya itu.
"Anyeonghaseyo.. Auncle, Ni Nayeon la.. Ingat lagi tak?" Kata Nayeon lalu tersenyum.
"Im Nayeon?" Soal Auncle Jeong Gyun.
Nayeon mengangguk kecil.
"Ohh dah besar ya Nayeon sekarang, cantik pulak tu.. Auncle sampai tak kenal tadi.. Sudah hampir 10 tahun Auncle tak jumpa dengan anak saudara Auncle ni ya.."
"Dulu masa Auncle duduk sini, kamu kecik lagi waktu tu.." Ujar Auncle Jeong Gyun.
"Hehe, tu dulu la Auncle.. Dah lama sangat dah!"
"Iya la.. Eomma dengan appa kamu mana? Kamu seorang saja ke?" Soal Auncle Jeong Gyun pula.
"Eomma dengan appa tak dapat datang! Oppa JB pun sama.. Jadi diorang suruh Nayeon yang datang jemput Auncle Jeong Gyun dekat sini!"
"Nasib Nayeon cuti sekolah harini.." Balas Nayeon.
"Ohh baiklah!"
"Jom Auncle! Kita pergi ke rumah!" Ajak Nayeon.
"Sekejap. Auncle tengah tunggu anak Auncle ni.. Dari tadi tak datang lagi kat sini!" Kata Auncle Jeong Gyun. Dia memerhati di sekeliling.
"Hah? Anak Auncle?"
"Kan abang sepupu kamu, Kim Taehyung.. Kamu lupa ke?"
Oh! Taehyung! Baru dia teringat. Hmm.. Bagaimana ya rupanya, sudah lama jugak dia tidak bertemu dengan abang sepupunya itu. Kali terakhir 10 tahun lepas. Mana nak ingat!
"Hehe.. Maaf Auncle!" Nayeon tersengih.
Mereka menunggu seketika menanti kehadiran Taehyung.
"Haa.. Tu Taehyung dah datang!" Auncle Jeong Gyun menunjukkan ke arah Taehyung.
Nayeon menoleh. Hah?! Terkejut dia. Tu kan mamat angkuh yang aku terlanggar tadi! Jadi itu abang sepupunya. Taehyung?!
Bersambung...
YOU ARE READING
Hey, I love you!
Fanfic{ COMPLETE } Im Nayeon disuruh keluarganya menjemput kepulangan bapa saudaranya daripada luar negara. Ketika itu juga dia tidak menyangka akan bertemu sepupunya yang sudah sekian lama tidak berjumpa iaitu Kim Taehyung. Pertemuan Nayeon dengan Taehyu...