Pagi itu, Nayeon turun ke bawah dan ternampak ibunya di dapur.
"Selamat pagi eomma!" Nayeon memanggil ibunya.
"Selamat pagi.. Nayeon, awal kamu bangun harini.. Biasanya waktu hujung minggu macam ni, tengahari baru kamu reti nak bangun!" Balas ibunya.
"Ala eomma ni.. Biarlah Nayeon bangun awal.. Perli pulak." Nayeon memuncungkan mulutnya tanda merajuk.
Ibunya menggeleng-gelegkan kepala dengan karenah Nayeon.
"Ne.. Tapi eomma rasa, kamu tak saja-saja bangun awal.. Ni mesti ada apa-apa kan." Cakap ibunya.
Nayeon tersenyum sumbing, macam tahu tahu pulak eomma ni!
Sebenarnya memang ada perkara yang dia ingin beritahu dan meminta keizinan ibunya.
"Hehe.."
"Hmm... Eomma.." Nayeon memanggil dengan suara yang lembut.
"Wae?" Ibunya memandang Nayeon.
"Hmm.. Boleh tak kalau Nayeon pergi parti rumah kawan." Ujar Nayeon.
"Parti? Rumah siapa?" Soal ibunya.
"Kawan sekelas Nayeon eomma.. Dia buat birthday party. Boleh kan eomma? Boleh la.." Pujuk Nayeon. Dia membuat muka comel di depan eommanya.
"Boleh."
"Hah! Boleh? Betul ke eomma, yey.. Sayang eomma!" Nayeon berasa girang lalu memeluk ibunya.
"Tapi dengan satu syarat.." Ibunya bersuara lagi.
"Ala.. Syarat apa pulak ni eomma." Nayeon mulai berasa cuak.
"Kamu kena pergi dengan Taehyung!"
Haih.. Tak habis-habis dengan Taehyung! Asal semua benda aku buat kena pergi dengan mamat tu.
"Taknaklah eomma.. Nayeon tak suka la pergi dengan dia. Biarlah Nayeon pergi sendiri." Nayeon menjuihkan bibirnya tanda tidak setuju.
"Kalau macam tu.. Eomma tak benarkan Nayeon pergi!"
Nayeon yang mendengar kata-kata ibunya mulai membentak.
"Apa ni eomma.. Tak aci la macam ni. Nayeon dah besar la.. Nayeon boleh pergi sendiri."
"Eomma kata tak boleh! Tak boleh.. Kalau nak pergi, pergi dengan sepupu kamu, Taehyung. Faham!" Arah ibunya.
"Ne.. Arasso!" Terpaksalah dia mengalah lagi. Kalau tidak dia tidak dibenarkan pergi ke parti temannya itu.
Bila la kau nak balik rumah kau kat oversea tu.. Sejak kau datang sini, macam macam jadi dalam hidup aku tau. Nayeon meluahkan rasa kesal di dalam hati.
Bersambung...
YOU ARE READING
Hey, I love you!
Fanfic{ COMPLETE } Im Nayeon disuruh keluarganya menjemput kepulangan bapa saudaranya daripada luar negara. Ketika itu juga dia tidak menyangka akan bertemu sepupunya yang sudah sekian lama tidak berjumpa iaitu Kim Taehyung. Pertemuan Nayeon dengan Taehyu...