Nayeon pulang ke rumah. Dia menaiki tingkat atas itu, setelah selesai menyalin pakaian. Dia keluar dari biliknya.
Nayeon mengerling ke arah bilik yang diduduki Taehyung itu.
Patut ke aku tanya sekarang eh?
Nayeon mendekati pintu bilik Taehyung. Dia mengetuk pintu dan memanggil Taehyung.
Tok! Tok! Tok!
"Taehyung!!" Panggil Nayeon namun tidak disahut.
Ada ke tak ada ni?
"Taehyung.. Boleh aku masuk? Aku ada benda nak cakap dengan kau ni." Cakap Nayeon lagi namun tetap saja tidak ada yang berjawab.
Nayeon memulas tombol pintu bilik tersebut. Taehyung tidak ada di dalam. Dia memerhati sekeliling bilik Taehyung.
Kemas! Bilik aku pun tak kemas macam bilik dia. Agaknya dia kemas sendiri. Fikir Nayeon.
Tiba-tiba Nayeon terpandangkan sesuatu di atas meja di dalam bilik Taehyung itu.
Nayeon masuk ke dalam dan mengambil foto yang berada di atas meja itu.
Eh gambar ni? Foto mereka sewaktu kecil. Nayeon mengamati gambar yang berada di tangannya. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.. Serentak dengan itu dia teringat kata-kata Sana yang berkata Taehyung datang ke sini sebabnya.
Nayeon terkedu. Baru dia teringat janji Taehyung sewaktu kecil dulu. Aduh.. Kenapa la dia boleh terlupa bahawa sewaktu kecil dulu dia memang rapat dengan Taehyung sebelum Taehyung berpindah ke luar negara.
Nayeon berfikir bukankah perkara itu sudah lama berlalu namun mengapa Taehyung masih mengingatinya.
"Hoi.. Kau buat apa dekat bilik Taehyung ni?" Tanya JB yang entah dari mana datang.
Nayeon berpaling melihat abangnya. Dia menujukkan gambar yang dijumpai itu.
"Ohh.. Gambar ni. Aku tau dah semua.." Kata JB.
"Hah? Dah tau. Kau tau apa?" Nayeon menjadi curious.
"Tanya la Taehyung sendiri!" Balas JB sambil membuat mula selamba.
Ishh kenapa dengan semua orang ni. Asyik suruh aku tanya sendiri je dekat Taehyung tu. Sana dengan JB Oppa berkomplot ke?!
"Ishh.. Bagitau je la." Paksa Nayeon.
"Andwae. Kau pergilah tanya Taehyung.. Dia ada dekat luar rumah. Btw, esok dia dah nak balik luar negara tau!"
JB berbicara sebelum pergi meninggalkan Nayeon dalam keadaan yang terpinga-pinga.
Apa ni? Aku tak mengerti semua ini. Nayeon mengeluh. Ternyata Taehyung sudah mahu pulang ke luar negara kembali. Nayeon bergegas keluar dari situ dan mencari Taehyung. Dia harus mendapatkan kepastian daripada lelaki itu.
Bersambung...
YOU ARE READING
Hey, I love you!
Fanfic{ COMPLETE } Im Nayeon disuruh keluarganya menjemput kepulangan bapa saudaranya daripada luar negara. Ketika itu juga dia tidak menyangka akan bertemu sepupunya yang sudah sekian lama tidak berjumpa iaitu Kim Taehyung. Pertemuan Nayeon dengan Taehyu...