Nayeon membuat muka masam kepada Sana. Kononnya merajuk dengan temannya itu.
"Ala beb.. Janganlah merajuk! Sorry la.. Aku tadi memang nak ambik air. Lepastu Taehyung tegur aku.. Aku terlupa pulak." Sana tersengih.
"Ceh.. Kalau nak sembang sangat dengan mamat tu. Pergilah! Tak payah jumpa aku.. Jumpa je dengan dia." Nayeon mencebik bibirnya.
"Mianhae.. Aku pergi ambik air sekarang." Pujuk Sana.
"Taknak! Dah tak haus." Nayeon masih lagi memuncungkan mulutnya.
Dia sebenarnya bukan berkecil hati dengan temannya itu. Tapi hatinya terasa sakit melihat kemesraan Taehyung melayan Sana sebentar tadi.
"Beb.. Janganlah macam ni.." Sana membuat muka sedih.
Nayeon melihat Sana. Simpati pulak dia dengan Sana.
"Ne.. Lain kali jangan buat lagi." Kata Nayeon.
"Okay promise!" Kata Sana ceria sambil menunjukkan jari kelinkingnya.
Nayeon tersenyum dan mengambil jari kelingking sana dan memasukkan jari kelinkingnya juga.
"Kaulah.. Sembang dengan Taehyung sampai lupa aku eh." Kata Nayeon lagi.
"Haaa.. Kau jelous eh?" Usik Sana semula.
"Erk.. Mana ada. Buat apa aku nak jelous!" Nayeon menafikan perasaannya.
"Eleh taknak mengaku! Kalau kau suka dia.. Cakap je la. Kalau taknak bagi dekat aku. Hihi." Sana ketawa sendiri.
"Amboi gatal eh kau.." Balas Nayeon.
Mereka berdua ketawa bersama.
Saat itu, Taehyung masuk ke dalam bilik Nayeon membawakan segelas air.
"Okay beb.. Aku balik dulu eh!" Ujar Sana lalu membisik sesuatu kepada Nayeon.
"Jangan jelous jelous lagi tau!" Bisik Sana.
Nayeon mencubit perlahan lengan Sana. Memandai aje.
Sana mengaduh lalu ketawa. Dia keluar daripada bilik Nayeon.
Taehyung hanya memerhatikan mereka berdua.
"Kau okay tak ni?" Tanya Taehyung.
"Okay.." Balas Nayeon perlahan.
"Kalau macam tu aku keluar dulu la.. Nak apa-apa panggil aku!" Kata Taehyung lalu pergi ke pintu.
"Taehyung!" Panggil Nayeon.
Taehyung berpaling.
"Kau.. Cakap apa dengan Sana tadi?"
Aduh Nayeon kenapa kau tanya macam tu. Tak ada soalan lain ke!
"Kenapa kau nak tahu?" Soal Taehyung kembali. Pelik saja Nayeon ni.
"Erk.. Tak ada apa apa. Kau keluarlah!" Nayeon berdalih.
Taehyung membuat muka selamba. Setelah itu dia keluar dari bilik Nayeon. Sebaik saja dia menutup pintu itu. Taehyung tersenyum. Dia cemburu ke tengok aku cakap dengan Sana tadi? Desis hati Taehyung.
Bersambung...
YOU ARE READING
Hey, I love you!
Fanfiction{ COMPLETE } Im Nayeon disuruh keluarganya menjemput kepulangan bapa saudaranya daripada luar negara. Ketika itu juga dia tidak menyangka akan bertemu sepupunya yang sudah sekian lama tidak berjumpa iaitu Kim Taehyung. Pertemuan Nayeon dengan Taehyu...