Nayeon menemani Taehyung sehingga ke airport.
Sebelum Taehyung pergi, Nayeon mengatakan sesuatu.
"Taehyung.. Aku mintak maaf sebab selama ni banyak menyusahkan kau. Terima kasih jugak sebab selalu jaga aku!"
Taehyung menatap wajah Nayeon.
"Kau ni banyak mintak maaf la." Taehyung mencuit hidung Nayeon.
Nayeon menggosok-gosokkan hidungnya.
Nayeon berasa sebak. Dia tidak dapat berselindung lagi dengan perasaannya. Iya dia mengaku. Dia sayangkan lelaki itu. Dia sudah jatuh cinta dengan Taehyung. Namun dia tidak mampu mengungkapkannya.
Nayeon memeluk Taehyung secara tiba-tiba membuatkan Taehyung terkejut. Namun dia membalas kembali pelukan Taehyung dan cuba menenangkannya.
"Nayeon.. Kau okay ke?" Tanya Taehyung. Dia berasa risau dengan keadaan Nayeon namun dalam masa yang sama Flightnya sudah hampir tiba.
"Jangan tinggalkan aku sekali lagi!" Nayeon bersuara lirih. Sungguh dia perlukan lelaki itu. Nayeon berharap sekali Taehyung memahaminya.
Taehyung terkesima. Dia merungkaikan perlahan-lahan pelukan Nayeon. Taehyung menatap wajah Nayeon yang menunduk itu.
"Nayeon.. Aku harus pergi. Tapi kau jangan risau, aku tetap akan balik sini nanti jumpa kau!" Kata Taehyung.
Nayeon memandang wajah Taehyung. Hatinya remuk. Tidakkah Taehyung mengerti perasaannya. Mungkinkah dia hanya bertepuk sebelah tangan.
Flight akan bermula sekarang. Taehyung menggenggam tangan Nayeon sebelum mengangkat begnya. Dia perlahan-lahan menjauhi Nayeon. Dilambaikan tangannya kepada Nayeon.
Nayeon menyambut lambaian Taehyung. Dia hanya tersenyum pahit. Setelah itu, Taehyung pun hilang daripada pandangannya setelah menaiki kapal terbang.
Entah berapa tahun lagi kau akan balik ke sini? Kali ini. Aku takkan sia-siakan kau lagi.. Aku akan menanti kepulangan kau. Kata Nayeon terluah di dalam hati.
❤🎵Remuk jantungku ~ Geisha❤🎵
Sulit ku kira kehilangannya
Sakit terasa memikirkannya
Hancur warasku kau telah brlalu
Tinggalkan aku begitu
Rapuh hidupku
Remuk jantungkuSemua salahku tak jaga dirimu
Untuk hatiku sungguh ku tak sanggup
Semua terjadi seperti mimpi
Mimpi burukku kehilanganmuKerna kamu nyawaku
Kerna kamu nafasku
Kerna kamu jantungku
Kerna kamu
Rapuh hidupku
Remuk jantungkuBersambung...
YOU ARE READING
Hey, I love you!
Fanfic{ COMPLETE } Im Nayeon disuruh keluarganya menjemput kepulangan bapa saudaranya daripada luar negara. Ketika itu juga dia tidak menyangka akan bertemu sepupunya yang sudah sekian lama tidak berjumpa iaitu Kim Taehyung. Pertemuan Nayeon dengan Taehyu...