Nayeon kembali tidur di dalam kereta setelah disuntik ubat oleh doktor di klinik tadi. Taehyung cuba mengejutkannya lagi apabila sampai di rumah.
"Nayeon.. Bangun. Dah sampai rumah." Panggil Taehyung.
Namun kali ini, Nayeon tidak terjaga, cuma dengkuran halus yang kedengaran. Taehyung tidak sampai hati untuk mengejutkannya lagi.
Biarlah dia tidur. Tak larat sangat tu!
Taehyung mencempung tubuh Nayeon dan dibawa keluar dari kereta. Dia mendukung Nayeon dengan sekuat tenaganya.
Berat jugak dia ni. Kalaulah Nayeon tahu yang dia mendukung gadis itu, kena marah tak ya?!
Sampai di bilik Nayeon. Taehyung membaringkan Nayeon di atas katilnya. Dia menyelimutkan gadis itu.
Sempat lagi Taehyung memandang Nayeon yang terlena itu. Dia tidak pernah mempunyai niat untuk mengambil kesempatan ke atas gadis itu. Selalunya Taehyung ikhlas apabila menolong Nayeon.
Taehyung turun ke bawah semula sementara menanti Nayeon bangun dari tidurnya.
Sejam kemudian,
Taehyung kembali menaiki bilik Nayeon. Kelihatan dia membawa sedulang makanan untuk Nayeon.
Eh tak sedar lagi.. Tidur mati ke perempuan ni. Fikir Taehyung.
Dia mengampiri Nayeon dan duduk di sampingnya. Lena sungguh Nayeon tidur. Mungkin kesan ubat itu agak kuat.
Taehyung mengambil peluang ini untuk menatap wajah Nayeon sepuasnya. Entah bila lagi dia dapat lihat wajah Nayeon seperti ini. Tak lama lagi dia akan pulang ke rumahnya di luar negara.
Nayeon sudah terjaga dari tidurnya. Dia membuka mata, alangkah terkejutnya dia apabila melihat Taehyung berada di depan matanya.
"Arghh!!" Nayeon terjerit.
"Kenapa kau ni?" Taehyung mulai berasa pelik. Tiba-tiba saja menjerit.
"Kau buat apa kat dalam bilik aku ni? Kau nak apa-apakan aku eh?!" Tuduh Nayeon. Dia berasa cemas melihat Taehyung yang memandangnya tadi.
"Hey, kau cakap elok sikit.. Aku takdak niat pun nak buat macam tu la.. Orang dah tolong dia. Dia tuduh kita pulak.." Balas Taehyung. Kesal pulak dengan kata-kata Nayeon.
Nayeon melihat di sekelilingnya. Bukan ke tadi aku ada di dalam kereta?
"Macam mana aku boleh ada di dalam bilik? Bukan ke tadi kita dalam kereta?" Soal Nayeon. Dia tidak mengetahui apa-apa.
"Tu la.. Tadi aku kejutkan kau, kau tak jaga.. Aku angkat la kau bawak naik atas. Dahlah! Tu aku dah masakkan bubur.. Kau makanlah.. Nanti jangan lupa makan ubat. Aku keluar dulu." Taehyung berkata dan keluar dari bilik Nayeon.
Alamak! Dia sentap ke.. Ishh apasal la mulut kau ni celupar sangat Nayeon. Dia nak tolong kau je.. Tapi yang kau pergi tuduh dia tu kenapa!
Eh kejap.. Bubur? Dia masakkan bubur untuk aku.. Biar betul! Nayeon mulai berasa bersalah. Mesti susah payah lelaki itu memasak untuknya.
Nayeon merenung melihat bubur yang dimasak Taehyung itu. Caring jugak lelaki itu dalam sikap dinginnya.
Bersambung...
YOU ARE READING
Hey, I love you!
Fanfiction{ COMPLETE } Im Nayeon disuruh keluarganya menjemput kepulangan bapa saudaranya daripada luar negara. Ketika itu juga dia tidak menyangka akan bertemu sepupunya yang sudah sekian lama tidak berjumpa iaitu Kim Taehyung. Pertemuan Nayeon dengan Taehyu...