Nayeon berasa tidak sedap badan pada pagi itu. Badannya panas, hidungnya mula terbersin dan batuk-batuk.
"Nayeon.. Kamu dah bangun ke belum? Sekolah!" Panggil ibunya dari luar bilik.
Nayeon yang masih berselimut itu cuba untuk bangun. Namun kepalanya terasa pening dan tekaknya berasa mual.
"Eomma.. Nayeon tak larat la.." Balas Nayeon dengan suara yang serak.
Ibunya segera masuk ke dalam bilik Nayeon. Dilihat anaknya yang masih terbaring di atas katil.
Ibu Nayeon mendekatinya dan memegang dahinya.
"Uishh.. Panasnya.. Nayeon demam ni." Kata eomma.
Nayeon terbatuk-batuk kecil.
"Kwaenchana.. Eomma beritahu cikgu sekolah yang kamu tidak ke sekolah harini sebab demam."
Nayeon mengangguk mendengar kata-kata ibunya.
Ibunya menelefon guru sekolahnya dan memberitahu keadaannya.
"Sekejap, eomma panggilkan Taehyung bawakan klinik ya." Kata eomma setelah habis menelefon.
Nayeon menggeleng-gelengkan kepalanya. Dalam pada sakit pun masih ada degilnya.
"Nayeon.. Jangan degil. Sekejap lagi eomma nak pergi kerja. Nayeon pergi ambik ubat dengan Taehyung ya."
"Nayeon tak suka makan ubat." Ujar Nayeon. Dia cukup bencikan ubat. Sejak kecil lagi dia memang payah untuk memakan ubat.
"Kalau tak makan ubat macam mana nak sihat. Dah jangan nak degil." Tegas ibunya lalu keluar dari bilik.
Nayeon terpaksa akur.
Dalam perjalanan ke klinik, Taehyung yang sedang memandu melihat Nayeon yang tertidur di sebelahnya di dalam kereta.
Teruk ke demam dia ni? Dipegang dahi Nayeon untuk merasai suhu panasnya.
Panas betul! Ditarik kembali tangannya. Bimbang jika gadis itu sedar dan ternampak pula dia pegang dahinya.
Sudah sampai di klinik, Taehyung mengejutkan Nayeon daripada tidurnya.
"Nayeon.. Nayeon.." Panggil Taehyung. Wajah dan badannya dipalingkan menghadap Nayeon.
Nayeon membuka matanya perlahan-lahan. Badannya terasa lesu sekali.
"Huh? Kita dah sampai klinik ke?" Tanya Nayeon perlahan pula.
"Ne.. Kau larat tak nak keluar?" Soal Taehyung kembali. Dia mulai berasa risau dengan keadaan Nayeon.
"Hmm.. Boleh tak kalau aku taknak turun." Nayeon berkata.
"Eh mana boleh.. Kita dah sampai kan. Lagipun demam kau tu teruk la. Kau kena ambik ubat!" Taehyung cuba bertegas.
"Aku tak larat la nak berjalan.." Balas Nayeon. Suaranya kedengaran perlahan sekali.
"Biar aku tolong kau."
Nayeon melihat Taehyung.
"Tak payahlah susah-susah.." Nayeon masih lagi berdegil.
"Boleh tak kau jangan degil.. Apa aku nak jawab dekat eomma kau nanti kalau dia tanya, kenapa kau taknak ambik ubat."
Nayeon mengeluh.
"Hmm.. Iyalah." Akhirnya Nayeon mengalah.
Taehyung tersenyum. Namun cepat-cepat dia mematikan senyum kembali.
"Jom.." Taehyung menolong Nayeon keluar dari kereta. Dia memapah Nayeon perlahan-lahan masuk ke dalam klinik.
Bersambung...
YOU ARE READING
Hey, I love you!
Fanfiction{ COMPLETE } Im Nayeon disuruh keluarganya menjemput kepulangan bapa saudaranya daripada luar negara. Ketika itu juga dia tidak menyangka akan bertemu sepupunya yang sudah sekian lama tidak berjumpa iaitu Kim Taehyung. Pertemuan Nayeon dengan Taehyu...