9 permulaan

2.4K 158 15
                                    

RAIHANA bersiap awal hari ni.Biasanya dia keluar rumah pukul 9 pagi ke atas.Namun,harini pukul 7.30pagi siap nak keluar.

"Morning pa"tegurnya.

Pipi papanya dikucup sekilas.

"Morning anak dara.Awal siap.Cantik"pujinya.Surat khabar diletakkan di tepi.

Mata tuanya memandang anak dara dia yang mengambil tempat di sebelah.

"Thank you.Papa pun hari hari segak.Jatuh tergolek anak dara kat luar sana"usiknya sambil tergelak.

Dato Fauzi hanya senyum.Anaknya memang penghibur hatinya yang sunyi setelah sekian lama.Arwah isterinya yang lemah lembut berbeza dengan anaknya yang sedikit errr peramah mungkin.

"Ada ada je kamu ni.Makan laa.Kan lewat pula.Ni nak drive ke?"soalnya sambil menghirup kopi.

Raihana menggeleng.

"Tumpang papa aje laa.Nanti dah biasa Raihana drive sendiri"

Dato Fauzi angguk.

Selesai makan,mereka berangkat sekali.Setelah menghantar Raihana ke pejabat milik anak kawan baiknya.

Pak Mat disuruh olehnya untuk ke pejabatnya pula.

Raihana memulakan langkah dengan penuh debar.Mulut terkumat kamit membaca ayat.Macam nak halau hantu lun ada.Tapi dia betul betul berdebar.

Namun,dia salah langkah setelah melanggar seorang lelaki yang datang dari arah bertentangan dengannya.

"Maaf encik.Tak sengaja"habis jatuh segala kertas ke bawah.Raihana lantas membantu lelaki itu.

Setelah selesai,dia menghulurkan semula kertas kepada lelaki itu.

"Terima kasih.Pekerja baru ke?"soalnya mesra.

Raihana angguk.

Senyuman diukirkan oleh lelaki itu.

"Oh kerja sebagai apa?"

"Pa Rayyan Hadif"jawabnya

Serta merta wajah yang manis tadi bertukar hambar.

"Oh.Baik laa.Saya Saiful"

"Raihana"jawab perkenalannya.

Saiful angguk.

"Saya pergi dulu.Nanti ada masa kita jumpa lagi"ujarnya meminta diri.

Raihana angguk.

Setelah hilang lelaki itu dari pandangannya dia terus menuju ke kaunter.

"Asslaamualaikum cik"tegurnya.

Wanita yang anggun itu segera berdiri sambil tersenyum.

"Waalaikumusalam.Ya ada apa cik?Boleh saya bantu?"

"Err kat mana office Rayyan Hadif Coop?"tanya lancar.

Wanita itu senyum lagi.

Selepas mendapat tahu keberadaan pejabat Rayyan,Raihana segera bergerak ke lift.



Rayyan mendengus.Sudah pukul 8.30pagi namun kelibat gadis itu masih tiada.Hari pertama dah lewat?

Ketukan di pintu membuatkan Rayyan bangun dari kerusinya.

Tak sampai lima saat dia kembali duduk.

Buat apa nak bangun.

Rayyan berdehem kecil.

"Masuk"dia menatap komputernya yang kosong sedari tadi.

Raihana melangkah masuk ke dalam bilik Rayyan dengan jantung yang berdebar laju.Tunggu masa nak jatuh keluar aje.

MR ICEWhere stories live. Discover now