15 peristiwa hitam

2.2K 138 26
                                    

RAIHANA tersedar dari lenanya apabila kilat memancar hebat dan guruh berdentum kuat.Tubuhnya mengigil halus.

Sumpah!Dia takut dengan kilat menyambar ini.Hidupnya sentiasa dihantui dengan peristiwa hitam itu.

Dimana arwah mamanya kemalangan pada hari hujan dan kilat saling beradu tenaga.Tangisan kanak kanak perempuan yang baru berusia 12tahun ketika itu pecah apabila depan matanya melihat ibu kandungnya dilanggar sebuah kereta.

Kemalangan yang berlaku dalam sekelip mata sekaligus membawa maut kepada seorang ibu yang meninggalkan suami dan seorang anak perempuannya pada haru itu dalam keadaan hujan lebat dan kilat saling menyabung.

Bagai menangisi pemergian si ibu,hari tersebut membuatkan si anak gadis trauma sehinggalaa umurnya menginjak dewasa.

Gebar tebal ditarik menutup badannya.

Mulutnya terkumat kamit membaca ayat perlindung diri.Berharapa agar ada yang menemaninya dan menenangkan dirinya yang dilandai ketakutan itu.Air matanya usah dikata.Laju menuruni lekuk pipinya.

Ketukan bertalu dipintu membuatkan jantung Raihana makin laju.Siapa?

Jam sudah menginjak awal 1.30pagi.

Telefon dicapainya.Hanya nama Rayyan yang terlintas pada benak fikiran dirinya.

Sekali panggilan bersambung,Raihana segera meminta tolong daripada jejaka tersebut.

"Awak..awak tolong saya..saya takut..ada orang ketuk pintu..saya takutt"ujarnya bersama tangisan.

"Hey,hey.Calm down.Aku yang ketuk.Buka pintu sekarang."arahnya.

Segera kaki Raihana melompat turun dari katil lalu menerpa kearah pintu,dibuka pintu itu maka terjengul laa wajah Rayyan yang hanya memakai seluar pendek paras lutut dan berbaju t shirt hitam dengan rambut lebatnya itu sedikit serabai.

Tak semena tubuh Rayyan diterkamnya.Raihana memeluk erat tubuh itu bagai tidak mahu dilepas.

Rayyan tersentak.Namun dia tidak meleraikan pelukan itu.Jelas tubuh genit itu mengigil hebat.

Tangannya menutup pintu itu.Bersama Raihana di dalam pelukan,Rayyan menarik gadis iti ke katil sebelum dilabuhkan duduknya di birai katil.

Raihana mengogoi dalam pelukan sang jejaka.

Langsung tidak dapat berfikir apa.Rambutnya yang mengurai panjang tidak dihiraukan.Langsung tidak perasan bahawa auratnya yang dijaga selama ini sudah dijamag oleh sepasang mata kacukan itu.

Hati lelaki Rayyan tersentuh melihat gadis itu.Benar telahan dia,gadis ini memang penakut.

"Feeling better?"soalnya lembut.

Pertama kali dia berlembut dengan seorang perempuan.

Raihana diam tak berkutik.Guruh masih berdentum hebat.

Rayyan memberanikan dirinya mengusap belakang tubuh gadis yang mengigil itu.

Dia berharap dapat tenangkan si gadis ini.

Lagipun rasanya tidak akan timbul syak wasangka memandangkan hotel yang mereka diami sekarang bertaraf 5 bintang.Takkan senang senang diceroboh.

Akhirnya Rayyan mengintai sedikit seraut wajah Raihana yang ditutupi dengan rambutnya itu.

Dah tidur rupanya.

Rayyan menyelitkan jutaian rambut yang menutupi wajah Raihana ke belakang telinga.Perlahan dia merungkaikan tangan gadis yang memeluk erat pinggangnya itu.

Dicempung dengan penuh berhati hati sebelum diletakkan ke atas katil.Mata biru yang sentiasa memberi pandangan membunuh itu berubah redup pada malam tersebut saat terlihat wajah polos si gadis yang sedikit sembab itu lena.

"Kenapa aku perlu ada rasa ni sejak kau muncul dalam hidup aku,Raihana Mikayla?"gumamnya perlahan.

Lama merenung wajah si gadis,bibirnya melabuh di atas dahi si gadis tanpa sedar.

Namun seketika Rayyan tersentak.Mereka bukannya muhrim.

Tak.Sumpah dia tak ambil kesempatan dalam kesempitan.Dia cuma nak tenangkan si gadis.

Risau akan keadaan Raihana,Rayyan membuat keputusan untuk tidur di dalam bilik itu sahaja.Tapi dia memilih untuk tidur di atas sofa.Tidak mahu menimbulkan sangsi terhadap gadis itu.

Sejam berlalu namun hujan masih tidak reda malah makin lebat.Rayyan tidak dapat melelapkan matanya.Sebentar dibalikkan badannya ke sebelah kiri.Sebentar ke sebelah kanan.
Pertama kali tidur di atas sofa.

Tubuh Raihana yang diselimutkan gebar putih itu dipandang lama.Mukanya seolah olah sedang berkerut sambil bibirnya terbuka kemudian tertutup kembali.

Rayyan bingkas bangun dari tidurnya menuju ke katil.Makin dekat dengan keberadaan Raihana makin jelas gadis itu meracau.

"Mama..jangan tinggalkan..Raihana Ma..jangan mama"makin jelas di pendengaran Rayyan.

Segera dilabuhkan punggungnya di birai katil bersebelahan dengan Raihana.

"Mama...jangan tinggalkan Raihana Maa"racaunya.

Kelopak mata yang terpejam rapat itu mengalirkan air mata.Dahinya mula berpeluh.

"Heyy,wake up."Rayyan menepuk perlahan pipi si gadis berharap agar Raihana akan tersedar.

Namun makin jelas dia meracau,dengan Rayyan yang sedang cuba mengejutkannya itu Raihana memeluknya erat.Jelas mengigil badan kecil itu.Seklaigus membuatkan badan tegap milik Rayyan turut sama mengigil.

Rayyan buntu.Akhirnya ditepuk sedikit kuat pipi gadis itu sehingga Raihana tersedar dari igauan ngerinya.

Terpisat pisat gadis itu berada dalam pelukan si dingin.

Dia cuba mencerna keadaan.Tersedar sesuatu,segera ditolak jauh tubuh Rayyan darinya membuatkan Rayyan berdecit halus.

"Kau mimpi apa?"soalnya apabila melihat nafas Raihana turun naik dengan laju.

Tangannya pula sibuk mengesat kesan air mata dan peluh yang membasahi seluruh wajahnya.

Raihana mendongak memandang Rayyan.

"Awak buat apa kat sini?"soalan yang terbit dari bibirnya membuatkan Rayyan tersenyum sinis.

"Kau lupa?"soalnya kembali.Kedua belah tangan dimasukkan kedalam poket seluar miliknya.Matanya pula tunak menikam anak mata Raihana yang lembab itu.

Raihana diam.Angguk tidak geleng pun tidak.

Sekali lagi Rayyan berdecit.Tapi kali ni lebih kasar.

"Kau mengigau tadi.Meracau dalam tidur.Kau mimpi apa?"

Raihana diam lagi.Dia menunduk memandang ribanya.

Melihatkan si gadis membisu,Rayyan mengambil keputusan untuk keluar.Sudah lewat.Dia nak tidur,esok nak memandu ke Melaka lagi.

"Kau tidur laa.Aku balik bilik aku dulu"

Raihana segera menggeleng laju.

"Jangan"

Rayyan menjongketkan keningnya sebelah.Dia berpaling semula menghadap Raihana yang kelihatan serba salah di atas katil itu.

"Saya takut.Kilat ada lagi"ujarnya serak sambil mengetap kuat bibirnya.

Sungguh bukan pilihan yang baik jika dia terusan berada dengan seorang jejaka bukan muhrim dalam satu kamar.Namun apakan daya,tiada orang lain yang mampu menenangkan dirinya.

Rayyan berfikiran sejenak.

"Tidur"tu saja yang keluar dari mulutnya sebelum kakinya diatur langkah kearah berlainan dari pintu bilik iaitu sofa.

Badan direbahkan semula keatas sofa itu sambil sebelah tangan kanan diletakkan ke atas dahi.Matanya dipejam rapat.

Walaupun sofa ni empuk tapi tak sama dengan katil.

Apakan daya.Demi meredai si gadis,dia rela bermalam di atas sofa itu.










ESOK SAHUR TAKDA UPDATE NYA..HAHAHAHA.

SIS haizirah15 sila pm number phone terus kepada sy..sy xdpt reply.Tq.

MR ICEWhere stories live. Discover now