14 'bakal isteri'

2.3K 142 18
                                    

TENGAH HARI itu mereka berdua akhirnya tiba di Seremban.

"Kau nak makan dulu ke nak check in dulu?"soalnya pada Raihana.

Raihana berfikir sejenak.

Kalau check in dulu kena keluar balik jumpa mamat beku ni.

"Em makan dulu laa Encik Rayyan"balasnya.

Namun,

"No need,check in dulu.Kau bagi setengah jam untuk kau bersihkan diri.Lepastu tunggu aku kat lobi hotel ni"putusnya membuatkan Raihana mati kata.

Apa ke bangang tadi tadi,bila aku bagitahu jawapan dia cakap lain.

"Hmm tapi Encik Rayyan kalau kita makan sekarang tak perlu laa nak keluar lagi kan"tak salah cuba nasib meskipun Raihana tahu bila Rayyan kata A maka A laa ia.

Rayyan diam tidak bereaksi.Pemanduannya tenang sehingga menuju ke hotel yang dia tempah untuk menginap selama beberapa hari bersama Raihana.

Sebenarnya dia taknak lepaskan peluang untuk bersama dengan gadis itu selalu.Sebab tu dia rela nak check in dulu baru keluar makan balik.Kalau fikir sekali,ya memang leceh nak keluar kembali.Namun apalah sangat korbankan kelecehan tersebut itu sedikit untuk meluangkan masanya bersama si ketot itu.

Raihana mencebik dalam diam.Dasar kepala beku,ikut kepala dia je.

"Lambat aku tinggal"ugutnya setelah berjaya mendapatkan parking.Segera membawa tubuhnya keluar dari perut kereta sebelum diambilnya beg sandang lalu disangkut ke bahu.

Raihana turut mengambil beg pakaiannya itu.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam hotel.

Selesai Rayyan check in mereka berdua menuju ke lift.

Sampai di hadapan pintu bilik,Rayyan memandang muka Raihana.

Raihana sedikit pun tak gentar kerana dia tahu Rayyan akan menempah dua buah bilik.

Rayyan simpan senyumnya.

Tangan mengimbas kad akses ke pintu tersebut automatik pintu itu terbuka kuncinya.

Rayyan menguak luas pintu lalu memandang Raihana sekilas sebelum masuk ke dalam.

Raihana terpinga pinga.

"Encik Rayyan?"panggilnya.

Rayyan angkat kening.

"Mana bilik saya?"soalnya

"Bilik apa?Kita kongsi je laa"balasnya selamba.

Raihana mengerut keningnya.

"Jangan nak main main laa Encik Rayyan.Saya penat ni"suaranya sudah berubah.

Penat asyik dikenakan oleh Rayyan mamat beku ni.

"Aku tak main main pun.Ada nampak muka aku ni macam main main ke?"soalnya serius.

Raihana mendengus.

"Bilik tinggal ni aje"kelentongnya.

Raihana mengetap kuat bibirnya.

"Kan encik Rayyan dah booking awal lagi.Macam mana full?"marahnya.

Rayyan angkat bahunya

"Kita share aje laa.Aku tidur atas katil.Kau tidur ataa sofa.Tapi kalau nak sekatil pun aku on"gatal dalam beku.

Itu yang Raihana simpulkan tentang Rayyan Hadif ini.

Nak menggatal tapi pada masa yang sama membeku ais dingin tu.

MR ICEWhere stories live. Discover now