22 permintaan

2K 143 7
                                    

"EXCUSE ME"satu suara yang menyapa pada gegendang telinga Raihana membuatkan gadis yang sedang tekun melakukan kerjanya itu mendongak memandangnya.

"Yes?May I help you,miss?"soal Raihana bersama satu senyuman manis di pinggir bibirnya.

Lana mengangkat bahunya sebelah.

"I nak jumpa tunang I"jawabnya sambil melirik ke dalam pejabat Rayyan.

Raihana angguk.Interkom ditekannya.

"Boss,tunang boss nak jumpa"bagitahunya tenang biarpun hatinya mula memaikan detak kurang enak.Tunang?

"Who?"terjengul wajah kacak Rayyan Hadif dari dalam biliknya.Bila masa dia menapak pun Raihana tak tahu.Raihana bangun apabila melihat Rayyan tercegat di muka pintu itu.

"Abang Rayyan"panggil Lana sambil mendekati lelaki itu.Lengan kekar berlapik kemeja kelabu itu di pautnya sambil senyum teruja.

Rayyan menepisnya ke tepi.Wajah Raihana yang sudah agak berubah itu dipandangnya sekilas.

"Come in"arahnya lalu menapak masuk kembali ke dalam bilik pejabatnya.Diikuti oleh Lana yang sudah tersengih sengih seperti kerang busuk itu.

Raihana mengeluh kecil.Dia duduk kembali di tempatnya lalu menyambung kerjanya yang makin bertimbun itu.


Lana melangkah keluar dari bilik Rayyan Hadif dengan wajah masam mencuka.Dia memegang erat tali sling bagnya.Wajah PA Rayyan Hadif langsung tidak dipandangnya lalu terus menonong keluar dari pejabat itu.

Raihana hanya memandang tingkah pelik 'tunang' mamat beku itu.Malas masuk campur.Biasalaa Rayyan kan beku macam tu.Ada laa tu yang tak kena.





"WHAT?"suaranya melantun tinggi  di ruang tamu rumah agam Dato Fauzi.

"Papa serius,Raihana.Papa dengan uncle Riyaz dah bincang nak satukan kamu berdua"balas Dato Fauzi.Dia mengeluh halus mendengar tolakan anaknya.Walaupun tak terus Raihana menolak namun Dato Fauzi agak dia tak terima.Tengok laa reaksi wajahnya cemberut semacam.

"Tapi pa,Raihana taknak jadi orang ketiga."keluhnya sambil memicit perlahan pelipisnya.Rayyan Hadif sudah bertunang.Takkan uncle Riyaz dengan Aunty Humaira setuju?

"Orang ketiga apa pulak ni?"soal papanya pelik.Setahunya Riyaz tak ada beritahu apa apa pun bahawa anak lelakinya sudah berpunya.Yang dia tahu pun bekas kekasih sahaja.Tu pun dah lama tak berhubung.

"Encik Rayyan tu dah ada tunang laa pa.Takkan Raihana nak rosakkan hubungan diorang pulak"balas Raihana.

"Tunang?"bertaut kening orang tua itu.

Sejak bila anak lelaki Riyaz dah bertunang?

"Mana kamu tahu?"

Raihana menarik nafas panjang sebelum dihembus tenang.

"Tadi,ada seorang perempuan datang mengaku tunang Encik Rayyan"sahutnya malas.

Dato Fauzi menggeleng perlahan.

"Habistu kamu percaya bulat bulat?"soal Dato Fauzi bersama keluhan kecil.

Raihana angkat bahu.Malas nak bahaskan hal sebegini.

"Uncle Riyaz tak pernah bagitahu Rayyan dah bertunang.Mungkin tu perempuan yang selalu kejarkan si Rayyan tu"kata Dato Fauzi.

"Raihana tak tahu.Tapi Raihana tak nak kahwin dengan mamat beku tu pa"

"Raihana,sekeras keras besi,lebur dek bara.Sekeras keras hati cair dek cinta."kata Dato Fauzi.

Malah Raihana hanya diam.

"Papa nak kamu kahwin dengan Rayyan.Ni permintaan papa.Tapi kalau kamu tak nak.Tak ala laa.Papa tak nak paksa anak papa ni."ujar Dato Fauzi seraya bangun meninggalkan anak tunggalnya sendirian di ruang tamu itu.

Raihana memejam matanya seketika.Nafas dihembus perlahan.Kahwin dengan mamat beku tu?







"So?"soal Rayyan pada daddynya yang asyik benar menekun telefon bimbit itu.Apa yang ada dalam telefon tu dia tak tahu laa.Dah malam malam ni pun masih nak tilik benda alah tu.

"So what?"soal Riyaz kembali.Fokusnya masih pada telefon pintarnya.

Rayyan merengus.

"Daddy,you know what I mean"

Riyaz mengeluh sebelum meletakkan telefonnya ke tepi.Pandangan tajamnya beralih pada anak lelakinya.

"Daddy tak tahu lagi.Uncle Fauzi cuba pujuk Raihana dulu.Tak bermakna dia setuju dan tak bermakna dia tolak.Daddy tak dapat bagi apa apa jaminan pada kamu"balas Riyaz.

Rayyan diam.Dari cara gadis itu dia tahu Raihana Mikayla tak suka bangkitkan akan perkahwinan lebih lebih lagi dengannya.

"Did you love her?"soal Riyaz apabila mereka masing masing berdiam diri.

Rayyan tidak membalas.Dia sendiri tak pasti dengan dirinya.Apakah dia mencintai gadis yang bernama Raihana Mikayla itu atau sebaliknya.Tapi apa yang dia tahu dia cuma mahu gadis itu  sentiasa berada dekat dengan dirinya.

"Tak ada jawapan?"tebak Riyaz.

Anak mata biru milik anak lelakinya ditatap jauh.

"Kenapa kamu setuju bila daddy dengan mummy cakap nak jodohkan dengan Raihana kalau kamu tak ada sebarang perasaan dengan dia?"bidas Riyaz lagi.

Malah Rayyan tetap Rayyan.Diam seribu bahasa.Mungkin juga dia tiada jawapan nak balas segala soalan dan bidasan daddynya terhadap diri dia.

Riyaz menggeleng.

"Daddy masuk dulu.Kamu bermalam aje dekat sini.Tak payah balik kondo"pamit Riyaz.

"Jangan nak ego sangat.Ya sebagai lelaki kita perlu ada ego.Tapi jangan setinggi langit.Nanti melepas"sempat lagi dia menitipkan pesanan buat Rayyan Hadif agar anak lelakinya dapat berfikiran lebih jauh dan terbuka.









Kemalasan melanda diri author.😥😥😥😥

MR ICEWhere stories live. Discover now