18 cadangan

2.1K 140 8
                                    

PADA sebelah malammya pula,setelah mereka selesai solat Isyak bersama,Tok mummy dan Rayyan duduk menonton televisyen bersama di ruang tamu manakala Raihana yang uzur duduk di dalam bilik sewaktu mereka solat sebentar tadi mula keluar untuk menyertai tok mummy dan Rayyan.

Tok mummy seorang yang baik hati sekaligus membuatkana Raihana menjadi tidak kekok untuk bermesra.

Raihana hanya senyum sewaktu melintasi mereka.Kelihatan seperti Rayyan sedang disakat oleh tok nummy membuatkan Rayyan tersenyum nipis.

Raihana mengatur langkah ke dapur untuk buat air.

"Eh Raihana buat apa kat sini?Ada yang Mak jah boleh bantu ke?"soal Mak Jah selaku pembantu rumah Tok mummy.Dia yang menemani tok nummy selama ini.

Raihana senyum membalas sapaan Mak Jah itu.

"Raihana nak buat air,mak Jah"jawabnya.Tangan mengambil tiga mug.Alang alang tu buat laa untuk mamat ais dengan tok mummy sekali.

"Tok mummy biasa minum apa malam macam ni,Mak Jah?"soalnya.

Si mamat beku tu pun dia tak tahu nak buat air apa.Ah lantak laa.Buat air milo sudah.

"Puan Sri tak minum air malam lepas makan malam.Kalau minum pun air suam aje.Orang dah berumur kan"balas Mak Jah sambil tergelak kecil.

Raihana turut tergelak.Tangannya mengacau dua mug milo suam.Satu gelas sederhana kecil dituang air suam untuk tok mummy.Kemudian dia meletakkan gelas gelas tersebut di atas dulang.

"Raihana ke depan dulu ya Mak Jah"pintanya setelah selesai.

Raihana segera berlalu setelah melihat anggukkan daripada Mak Jah.

"Raihana,duduk sini.Buat susah susah aje buatkan air"kata Tok mummy setelah menyambut huluran Raihana.

Raihana hanya senyum.Dia kemudian melabuhkan punggungnya di sebelah tok mummy.

"Tak susah pun tok mummy"

Matanya beralih memandang Rayyan yang sudah bertukar mood itu.

Aikk,tadi elok aje sengih sengih.Sekarang ni macam terkurung dalam bilik frozen pula.

"Ayyan,minum laa.Tok mummy tak boleh minum manis malam malam macam ni.Ayyan tahu kan"pelawanya setelah menyedari wajah Raihana berbahang apabila ditenung oleh cucu lelakinya itu.

Rayyan berdehem kecil sebelum menyambut huluran si gadis.

Tanpa ucapan terima kasih dia meneguk sedikit air itu.

Hmm sedap!Tak manis sangat.Just nice.

"Esok tok mummy kena pergi bandar.Ada hal.Sekejap aje.Nanti kamu berdua duduk sekejap ya kat runah"kata Tok mummy.

Ayyan hanya diam.Raihana pula angguk.Ya laa.Takkan nak ngada ngada pulak.Kalau tok nenek dia boleh laa.

"Raihana pertama kali ke sampai sini?"soalan yang dituju khas buat si gadis apabila melihat cucu lelakinya seperti sudah bertukar watak itu.

Sebelum Raihana datang elok aje bercakap walaupun tak banyak sangat,siap senyum lagi.Tapi bila gadis ini datang terus berubah.

"Ha ah.pertama kali datang tok mummy"mana pernah dia nak sampai Melaka sebelum ni.Kalau negeri lain tu pernah laa sampai sekali dua.

Entah laa.Tak pernah terlintas nak sampai Melaka kot.Padahal dia tahu di sini salah satu negeri yang sesuai untuk melancong sebab banyak tempat yang menarik dan bersejarah yang boleh dilawatinya.

"Kalau macam tu.Kebetulan tok mummy ada kerja esok,boleh laa Ayyan bawa Raihana pergi pusing pusing bandar tengok negeri ni.Banyak yang menarik.Rugi kalau tak explore"

Raihana senyum sahaja.Takkan nak ajak si mamat beku tu pula kan.

"Ayyan,macam mana"soalny pada Rayyan yang hanya memerhati tingkah wanita dan gadis itu.

Rayyan angkat bahunya tanda tak tahu.

"Malas laa"tu yang terpacul dari mulutnya.

"Ayyan masuk bilik dulu.Nak rehat.Sakit belakang"ucapnya lalu bangun dari duduknya untuk bergerak masuk ke dalam biliknya.

Raihana senyum nipis.Kan dah kata.Takkan dia nak bawak punya.

"Tak paa laa Raihana,nanti Tok mummy bawakan ya.Petang tu kalau tok mummy balik awal,Tok mummy teman kamu ya"pujuknya.Tahu gadis itu seakan terasa hati dengan sikap cucu lelakinya.

"Ayyan memang macam tu.Tapi dia baik."bisiknya pada telinga Raihana.

Raihana angguk.Selesai berbual ala kadar dengan Raihana,tok mummy meminta diri untuk masuk ke dalam bilik.Ya laa orang tua sepertinya mana boleh tidur lewat.

Seketika Raihana turut masuk ke dalam bilik.Biar laa Raihana,orang tak sudi.Omelnya sendirian.

Manakala tok mummy di dalam bilik sudah mencapai telefon bimbitnya sebelum nombor anak lelakinya di dail.

"Assalamualaikum Riyaz"sapanya setelah panggilan bersambut.

"Waalaikumusalam mummy.Macam mana my?"soalnya.

Tak berlengah masa,Tok mumny menceritakan hal yang jadi sebentar tadi kepada anak tunggalnya itu.

"Macam tu punya dingin anak kamu tu Riyaz.Tapi mummy tahu pandangan dia tu.Mummy dah lama hidup.Tahu apa yang anak muda rasa"katanya.

Walaupun pandangan cucunya dingin namun dari pandangan itu juga dia lihat ada sinar perasaan pada gadis itu.

"Ya my,tak pernah dia bawa anak gadis balik kampung.Tiba tiba je tu my"sambut Riyaz.Walaupun atas urusan kerja sekalipun boleh je anak lelakinya pulang dulu ke Kuala Lumpur untuk menghantar si gadis itu dulu.Namun tidak,dia terus bergerak ke Melaka.

Lagi satu Riyaz perasan,5 tahun Rayyan memegang jawatan sebagai CEO tidak pernah dia membawa mana mana PA ke luar negeri atas urusan kerja sekalipun.Kalau pergi pun pastu bertemankan orang ketiga dan kereta asing asing.Tapi tidak dengan Raihana,anak gadis si Fauzi ini.






Taknak bebel dah😜😜

MR ICEWhere stories live. Discover now