27 tunangan

2K 124 8
                                    

"TAHNIAH RAIHANA"ucap beberapa pekerja di pejabat itu sewaktu mereka berada di pantri 10 minit nak masuk waktu pejabat.

"Terima kasih korang"balas Raihana.Senyuman manis dihulurkan buat mereka semua.Sememangnya pekerja Rayyan Hadif peramah dan cepat mesra.Hari pertama Raihana masuk kerja lagi dah mesra.Jauh beza sangat dengan sikap bos mereka itu.

"Untung kau,dapat bos sebagai laki.Dah laa muda,kaya pulak tu."kata Kamal sambil sengih busuk.

"Mamat ais tu"balas Raihana sambil mencebik.

Mereka tergelK mendengar gelaran daripada tunangan bos mereka sendiri.Kalau dengar dek Rayyan pasti kena pecat ni.

"Alah,orang kata,keras keras besi lebur dek bara.Keras keras hati cair dek cinta.Ya dak?"sahut Rania.Dia mengangkat ngangkat keningnya gaya mengusik.

Yang lain setuju dengan membalas tawa.

"Lepas kahwin tu habis kau romantik guys"balas Kamal lagi.

"Masalahnya tak.Dia tu mamat ais yang beku dari kutub utara tu"kata Raihana pedas tanpa menyedari Rayyan sudah pun sampai di belakangnya.Kawan sekerjanya terdiam sambil buat isyarat untuk toleh ke belakang.Sampai termuncung muncung mulut si Rania dengan Kamal.

"Apa korang ni?Oi dengar la aku cakap ni.Adik dia sendiri bagi tahu tau.Mamat tu beku dia kalah ais.Fuh memang tak boleh nak cair dah.Kalau hantuk kat dinding bangunan ni bukan hati dia yang berkecai tapi bangunan ni yang roboh.Keras betul hati dia kan?"soalnya.Masih tidak menyedari Rayyan yang berpeluk tubuh memandang dirinya.

Wajahnya memerah menandakan dia sedang menahan larva kemarahan.Kena kutuk beb siapa tak marah?

"Ehem"

Raihana tersentak.Matanya sedikit membesar.Bibir bawah digigit halus.Habis laa!

Rayyan membuat isyarat agar beberapa orang pekerjanya beredar dari situ meninggalkan dia dan tunangnya.

Mereka yang ada di situ angguk perlahan sebelum mengatur langkah meninggalkan bahagian pantri.Nasib baik angin kus kus bos diorang tak datang.Kalau datang habis laa.

"Tak ada kerja?"soalnya dingin.Belakang tubuh gadis itu yang memakai baju kurung berwarna biru lembut itu dipandang geram.

Tak reti nak berpaling menghadap dia dah ke?

"Err.Ada bos.Cuma-"

"Tunang sendiri boleh kutuk tunang dia.Kau tak rasa ke benda tu salah?"serangnya seraya berjalan ke depan mendekati gadis itu.

Raihana mula kaku.Terasa bahang Rayyan di belakangnya.Dengan bunyi tapak kasut mahalnya itu lagi laa membuat dia buktikan bahawa lelaki itu berjalan mendekatinya.

"Hmm?"bisiknya tepat di telinga gadis itu yang baru bergelar tunangannya semalam.

"I'm asking you,Mikayla."

Raihana menghembuskan nafasnya sedikit kuat.Dia berganjak sedikit ke hadapan lalu berpusing ke belakang menghadap tunangnya yang selalu membeku aje kerjanya.

"Saya mintak maaf bos.Saya tak sengaja nak-"

"Maaf?Tch!Kau ingat dengan maaf kau tu boleh bersihkan nama aku yang kau dah jaja kat pekerja aku kat sini ke?Baru kerja tak sampai setengah tahun dah pandai menjaja baik buruk bos?Ni lagi satu.Aku baru je bertunang dengan kau semalam.Bukannya dah bertahun lama tapi dah buka cerita apa si kepochi tu bagi tahu kat kau?Kau belum lagi jadi isteri aku dah memandai nak bukak bekung aib aku.Nanti dah kahwin entah apa yang entah nak cerita,jaja dekat kawan kawan kau kan?"sinisnya.Walaupun bukan herdikan dan jerkahan namun cukup sahaja membuatkan Raihana terasa hati.Nada suaranya seperti biasa.Perlahan dan sesuai untuk berbicara.

Macam laa besar sangat salah dia sampai nak kata macam tu sekali.Ingatkan dah bertunang dah okay perangai beku dia.Rupanya tak.Makin teruk.

"Saya mintak maaf lagi sekali.Saya tahu salah saya.Saya buat kerja dulu."pamit Raihana.Suaranya sedikit berubah menahan sebak.

Jangan menangis,Raihana.Salah kau sebab kau jaja cerita bukan bukan dekat kawan kawan kerja kau.Apa yang perlu dia lakukan sekarang cuma perlu memperbetulkan hal ni nanti.Buat masa sekarang dia kena tenangkan diri dulu.Jangan melenting.

Rayyan mengeluh kasar melihat tunangnya pergi berlalu dari situ meninggalkan dia seorang diri di dalam pantri.

Rambutnya yang disisir rapi dikuak beberapa kali ke belakang.

Kesal kerana egonya mengunung memarahi Raihana padahal apa yang gadis itu katakan memang ada betulnya.Cuma dia kurang gemar Raihana berbual dengan Kamal mesra.








Akif memperbetulkan duduknya di atas bangku berhampiran pancuran air di hadapan mall itu.Jam tangan yang terlilit elok di pergelangan tangan kirinya dipenadang lagi.Tunangnya masih belum sampai.

"Hey abang..sorry sorry lambat..sorry sangat."ujar Raisya seraya melabuhkan punggungnya di tepi Akif.Akif memandang lama gadis itu.

"Kenapa rushing ni sayang?Abang tak pergi mana pun.Tak ada kerja.Dah settle.Chill laa"balas Akif.Kesian melihat tunangnya yang termengah mengah itu.Lewat lima minit aje pon tak ada masalah sangat setakat lima minit.

"Sure ke abang?Abang tak marah?"soal Raisya.Ni kalau dengan abang dia jangan harap.Seminit lambat pun berkira.Ni kan pulak lima minit macam ni.

"Pretty sure sayang.Dah jom masuk.Kata nak tengok wayang kan?"soal Akif sambil berdiri.

Dia santai memakai baju Tshirt merah bersama seluar jeans biru muda.Selalunya berada dalam uniform seragam aje kalau dating dengan tunangnya.

"Abang Rayyan dah bertunang kan semalam?"soal Akif sambil berjalan beriringan dengan Raisya.Semalam dia ke Kelantan.Pagi tadi baru sampai.Tak sempat jumpa abang Raisya lagi.

Raisya angguk.

"So,kita kahwin sekali dengan dia kan?"soal Akif lagi.Raisya angkat bahunya tanda tidak tahu.

Akif mengeluh perlahan.

"Sayang kenapa?Tak happy nak kahwin dengan abang?"soal Akif seperti berjauh hati.Raisya layan dia seperti nak tak nak aje hari ni.Kenapa?

"Tak.Raisya bukan tak happy.Cuma Raisya tak tahu"jawabnya jujur.Sememangnya dia tak tahu.Mummy dengan daddy dia pun tak ada bagitahu apa apa.

"Okay laa kalau macam tu.Jom laa masuk dalam"putus Akif.Dia malas nak bergaduh dengan tunangnya ini.Dah laa agak lama jugak mereka berdua tak keluar dating macam ni.






"Balik ni kemas barang.Esok sharp  pukul 8.00 pagi.Aku ambik kau depan rumah kau."kata Rayyan sambil menghempaskan sebuah fail berwarna hitam ke atas meja kerja Raihana.Dia memandang sahaja lagak Raihana yang sedikit terhinjut dengan sergahan tiba tiba nya.

"Nak pergi mana?"soal Raihana.Dahinya sedikit berkerut.

"Bangkok.Kau PA aku.Takkan tak tahu?"sinis soalan itu dituju buat si gadis a.k.a tunangnya.

Raihana angguk sahaja.Dia lupa agaknya.Nanti kena double check setiap jadual lelaki itu.

"Tapi saya kena ikut ke bos?"soal Raihana.

Rayyan hanya menjeling seraya berjalan meninggalkan biliknya.

Jam baru pukul 4.30 petang.Tapi dah balik.Untung laa jadi bos.

"Aku tanya bukan nak jawab.Dasar mamat ais."rungut Raihana sendirian.Outstation lagi.Bangkok pulak tu.








Dah?bye😥

MR ICEWhere stories live. Discover now