24 bincang

2K 147 18
                                    

RAIHANA menarik nafas sebelum dihembus perlahan.Sudah sebulan dia bekerja dengan Rayyan Hadif.Setakat ni berjalan baik lagi.Rayyan layan dia pun boleh laa daripada tak ada tu.Cuma kadang kadang tu ada masa yang buatkan Raihana rasa nak cekik cekik campak sungai aje.

Lehernya diurut perlahan.Mata dan fokusnya diberikan seratus peratus pada kerja.Sudah menginjak jam 3.00 petang.Rayyan di mejanya pula fokus menaip sesuatu di komputer.Biasa laa bos kan takkan nak goyang kaki aje selalu.Lebih lebih lagi lelaki sepeti Rayyan Hadif yang memang memberi komitmen dalam kerja seratus peratus.

Pen diletak ke atas meja.Dia menyandar ke kerusi miliknya.Mata dipejam perlahan.

Sudah sebulan berlalu,namun Rayyan masih bersikap biasa dengan dia.Papa pun sama.Tak pernah bangkitkan pula pasal kahwin pada dia.Ke diorang main main?

Masa kini berlalu sangat cepat.Pejam celik pejam celik sudah sebulan lebih dia mengenali lelaki itu dan bekerja di bawah lelaki dingin itu sebagai PAnya.

Raihana mengeluh kecil.Bukan laa bermakna dia gatal sangat nak kahwin sampai nak gedik gedik dengan Rayyan.Takkan laa pula dia nak tanya papa pasal tu?Tapi kalau taknak teruskan idea menyatukan dia dengan mamat beku tu bagus laa jugak kan?

"Mikayla"seru Rayyan membuatkan Raihana mencelikkan kembali matanya.

"Ya bos?"malu pun ada juga bila tertangkap tengah termenung macam tu.

"Aku ada hal kejap.Nak keluar dan mungkin aku tak balik office dah nanti"jam dikerling sekilas sebelum Rayyan memandang Raihana kembali.

Raihana angguk faham.

"Baik bos"

Rayyan terus melangkah keluar dari bilik itu.

Raihana menyambung kembali kerjanya.Malas nak melayan perasaan.Ada dua jam lagi nak balik rumah.








"Raihana,tak siap lagi?"soal papanya apabila melihat anak gadisnya sedang bersenang lenang di depan televisyen.

Raihana berkerut.

"Siap?Nak pergi mana pulak ni pa?"

Dato Fauzi siap berbaju batik bagai.Nasib baik tak pakai baju melayu aje.Mana tahu cari mama baru untuk dia ke.Hahaha

"Laa budak ni.Rayyan tak bagitahu ke?Atau kamu yang lupa?"soalnya pula.

Anak Riyaz ni biar betul?Tadi dia tanya Rayyan,budak bertuah tu cakap biar dia sendiri bagitahu Raihana.

"Bagitahu apa ni papa?Jangan buat suspen boleh tak?"rungutnya.

"Papa tahu kan?Raihana Mikayla sememangnya seorang yang tak sukakan kejutan.Sebab dengan kejutan boleh membuatkan hati Raihana bagai mahu tercabut keluar bergolek bergelimpangan di atas jalan raya highway Karak dan-"

"Kita nak dinner kan dengan keluarga uncle Riyaz kamu.Sekaligus nak bincang pasal kamu dengan Rayyan"balas Dato Fauzi laju.Merepek aje kerja anak dara dia ni.Kepala digeleng perlahan membuatkan Raihana sengih tak bersalah.

Sah anak lelaki kawan baiknya tak bagitahu apa apa pada Raihana yang mula merapu entah apa apa ni.

Jam sudah melepasi pukul 8.00 malam.

"Dah jangan nak merapu.Cepat bersiap.Tak baik buat orang tertunggu tunggu sayang"tegur Dato Fauzi sambil menepuk lengan gadis itu.

Raihana mencebik.

"Kalau Raihana tak nak pergi tak apa kan papa?"matanya dikerdip beberapa lali.Minta simpati.

"No,pergi bersiap sekarang"arahnya tanpa mempedulikan anaknya yang mula ingin membuat perangai itu.

Raihana mendengus perlahan.Dengan malas dia bangun juga untuk bersiap nak berjumpa dengan keluarga mamat beku tu.Tapi pelik juga bos dia tu tak ada bagitahu apa apa pun tadi pasal ni.Takkan lupa kot?






Dari tadi Lana sibuk mencuri perhatian daripada Rayyan yang kekal menunjukkan wajah beku itu.

Lana tak putus asa.Dia cuba bertanya soalan meskipun lelaki itu menjawab ala kadar sahaja.

"Abang Rayyan tak nak ke bercuti di Amsterdam?"soalnya.Entah berapa puluh soalan dah keliar dari mulutnya.

"Haa sampai pun"kata Riyaz smabil berjabat tangan dengan Dato Fauzi sekaligus membuatkan mereka yang ada disitu memandang kearah Dato Fauzi dan anak gadisnya.

Taufiq sudah menutup mukanya menggunakan telefon bimbit.Mampus.Tak sangka pulak si Raihana ni anak kawan uncle Riyaz nya.

Raihana melemparkan senyuman buat mata yang memandangnya.Ramai pula kali ni.

"Ni haa anak aku ni.Lambat betul bersiapnya"balas Dato Fauzi.

Riyaz angguk.

"Duduk duduk.Kita makan sekali.Ni Raihana kamu duduk sebelah Rayyan"ujar Riyaz penuh kuasa vetonya sebagai ketua keluarga dan tuan rumah.

Ruang kosong di sebelah kiri Rayyan masih kosong.Sebelah kanan pula sudah diisi oleh Raisya yang menjadi penyelamat daripada Lana.

Pada mulanya Lana nak duduk di sebelah kiri namun ditegah Raisya.Dia suruh Lana duduk di sebelahnya katanya mahu berbual dengan Lana.

Raihana akur.Kerusi disebelah Rayyan diduduknya.Lelaki itu hanya memandangnya dingin.

"Haa ni uncle Joe dan isteri dia,aunty Luna"ujar Riyaz sambil menunjuk ke arah Joe dan Luna.Mereka berdua tersenyum memandang Raihana.Raihana tirit membalas senyuman itu.

Joe sudah mengenali Dato Fauzi sejak dulu lagi.Begitu juga Luna.Cuma anak gadis lelaki itu sahaja belum bersua muka.

"Ni anak anak uncle.Tu kembar Lara Jasmin dan tu pula Lana Jasmina"ujar Joe mengambil tugas memperkenalkan anak anaknya.

"Dan tu pula Taufiq.Anak bongsu uncle dengan aunty"sambung Joe lagi sekaligus membuatkan mata Raihana membulat.

"Taufiq?"

Taufiq sengih janggal.Kepalanya digaru kekok.

"Hai"kata Taufiq menutup rasa janggalnya.

Mereka yang ada di situ mula memandang pelik.Lebih lebih lagi Rayyan yang berada di sisi Raihana.Geram rasanya.

"Kenal ke?"soal Luna.

Raihana pantas angguk.Taufiq sengih tak bersalah.

"Kawan kolej laa ibu"kata Taufiq membuatkan mereka yang tertanya tanya angguk tanda faham.

Namun tidak pada Rayyan.Hatinya dicuit rasa.

"Ni pula Raihana Mikayla,bakal menantu aku"ujar Riyaz sekaligus memecahkan kesunyian yang berlaku selama beberapa saat itu.

Sudu yang dipegang Lana terpelanting jatuh.Rayyan melorek satu senyuman sinis dalam diam.Manakala Taufiq pula bagai tergandah.Jantung Raihana bagai mahu melompat keluar saat itu.










DONE!

LEPAS NI XLEH UPDATE SELALU DAH..NK FOKUS KAT STUDY LAK.

OKAY BYE

MR ICEWhere stories live. Discover now