19 bersiar

2.3K 144 11
                                    

RAIHANA mengambil tempat di atas pangkin.Pagi pagi macam ni best duduk kat luar.Udara nyaman je.Mamat ais tu ada kat dalam tengah menghadap telefon.

Tok mummy baru aje keluar.Katanya sejam dua lagi balik.Jadi Raihana ambil keputusan nak tunggu kat luar aje.

Matanya memerhati kawasan sekitar.Cantik kawasan kampung ni.Rumah tok mummy agak besar dan mewah berbanding jiran jirannya yang lain.

"Mikayla"tegur satu suara dari arah belakang membuatkan bahu Raihana sedikit terhinjut terkejut.

Lantas dia berpusing berpaling melihat si jejaka itu.Dadanya diusap perlahan.

"Encik Rayyan ni,terkejut saya laa"marahnya.Suka sangat sergah orang macam tu.

"Kau nak berjalan jalan tak?"soalnya tak berperasaan lalu duduk si sebelah Raihana sambil matanya memandang terua ke wajah itu.

Raihana mengecilkan matanya.Dia mengesot ke tepi sedikit bagi memberi ruang untuk lelaki itu duduk.

"Berjalan kat mana?"

Setakat kawasan kampung ni dia taknak sebab dah pusing pusing dah waktu mula mula sampai tu semalam.

"Bandar Melaka ni laa"balas Rayyan.

Automatik mata Raihana membulat teruja sambil mengukirkan senyuman manis.

"Nak"jawabnya teruja.

Namun seketika senyuman dan wajah teruja tadi digantikan dengan wajah muram.

"Tapi semalam encik tak nak bawa saya kan"

Rayyan simpan senyumnya.Entah kenapa rasa nak tergelak melihat wajah gadis itu.

"Tu semalam.Ni harini.Kalau nak aku bagi sepuluu minit aje.Lambat kira cancel"arahnya berbaur ugutan.

Dia tahu gadis itu sudah mandi.Jadi tak perlu laa nak mandi lagi.Hanya tukar pakaian sahaja.

"Okay.Kejap tau"lekas Raihana berlari anak ke dalam rumah.Namun seketika dia berpaling memandang Rayyan yang terus terusan melihatnya itu yang serupa kanak kanak ribena dapat berjalan dengan mak ayah aje.

"Encik tunggu kat luar.Jangan masuk"pesannya sebelum terus menghilangkan diri ke dalam rumah.

Sudut bibir Rayyan terjongket.Kalau aku masuk pun bukannya kau tahu.

Dia memandang lurus ke arah depan sambil menunggu gadis itu bersiap.

Hatinya sebenarnya dilanda sesuatu.Malam sebelum dia berangkat ke sini,mummy dan daddy ada memberinya satu cadangan yang membuatkan hatinya separuh teruja.

Flashback

"Duduk Ayyan"kata Riyaz apabila melihat Rayyan turun ke ruang tamu setelah anak perempuannya menelefon sebentar tadi.

Rayyan mengambil tempat di sofa bersebelahan dengan Raisya.Adiknya tersengih sengih memandangnya.

"Ada apa my,dy?"soalnya terus terang.

Humaira memandang Riyaz memberi isyarat agar suaminya meneruskan hajat mereka.

"Macam ni Ayyan,daddy dengan mummy dah bincang dengan uncle Fauzi nak satukan kamu dengan Raihana"kata Riyaz tenang.

Rayyan tersentak.

"What do you mean?"soalnya dingin.Hatinya berbelah bahagi.Kenapa nak satukan?

"Kitaorang nak kahwinkan kamu berdua.Memandangkan Ayyan dah 27 tahun.Adik kamu si Raisya ni nak kahwin tak lama lagi dah.Sudah sudah laa tu tutup ahti buat wanita."sampuk Humaira membuatkan Rayyan terdiam.

MR ICEWhere stories live. Discover now