7 ketot

2.4K 168 17
                                    

SELESAI makan malam tersebut,mereka beralih tempat ke ruang tamu untuk berbual.

Di dapur Humaira bersama Raisya menyediakan minuman dan sedikit puding kastard buah untuk tetamu mereka.

Raihana dari tadi memang tidak senang duduk.Lagikan pula sekarang ni dia duduk bertentangan dengan mamat kerek itu.

Papanya asyik benar berbual dengan uncle Riyaz di sebelah.

Entah apa yang dibualkan dia pun tak tahu laa.

Mata Rayyan melekat aje tingkah tak senang duduk gadis itu.Sesekali sahaja dia menyampuk perbualan dua orang lelaki berusia itu.

Raihana ingin sahaja menjerit kepada papanya nak balik masa tu juga.Tapi memikirkan air muka papanya dia menahan diri.

"Daddy,uncle.Kalau tak keberatan boleh Rayyan nak keluar kat gazebo tak dengan anak uncle"kata Rayyan sekaligus membuatkan mereka berdua terkejut.Namun yang paling terkejut pastilaa cik gelisah itu.

"Boleh.Janji jangan bawak lari"jawab Dato Fauzi.

Raihana menjengilkan matanya pada papanya.Senang senang bagi mamat kerek ni kebenaran.

Riyaz sudah senyum penuh makna.

"Jom cik"kata Rayyan seraya bangun.Raihana mengetap kuat bibirnya.Namun dia bangun juga melihat pandangan lelaki dingin itu.

Humaira datang membawa sedulang mangkuk yang diisi puding kastard buah itu manakala Raisya pula membawa air teh sambil tersenyum manis.

Humaira memandang pelik anak lelakinya.

Nak kemana?

"Ayyan?Nak kemana?"

"Luar jap mummy,nak kenal dia"tunjuknya pada Raihana.

Humaira senyum.

Dia memandang suaminya yang sudah kembali berbual dengan Dato Fauzi itu.

Raisya menarik sengih dengan lebih lebar lagi.Matanya dikenyitkan sebelah kepada abangnya namun Rayyan buat bodoh terus tinggalkan mereka.

Raihana pula makin gelisah.Apa hubungan mereka sebenarnya?

Tadi Uncle Riyaz hanga kenalkan nama je.Tak bagitahu pun hubungan apa.

Anak diorang juga ke?



Raihana membiarkan Rayyan sampai terlebih dahulu.Apabila dia sampai di gazebo itu kelihatan Rayyan sudah duduk diatas gazebo itu sambil kakinya terjuntai elok kebawah.Santai.

Raihana tidak duduk.Hanya berdiri sahaja.

Rayyan mendongak.

"Duduk"arahnya.

Raihana menggeleng.

"Aku nak cakap sesuatu dengan kau"matanya mengarahkan agar Raihana duduk.

Raihana mengeluh kecil sebelum duduk jauh sedikit dari Rayyan.

Lama berdiam diri akhirnya Raihana membuka mulut.

"Apa yang encik nak cakap?"

Rayyan diam.Dia mendecit sebelum memandang kearah Raihana.

"Kau kerja apa?"soalnya.

Raihana mengecilkan matanya.Banyak banyak soalan,soalan tu yang dia tanya.

"Kenapa nak tahu?"soalnya malas.

"Aku tanya,jawab aje laa"tegasnya.

Raihana mencebik.

MR ICEWhere stories live. Discover now