26 tempoh

2K 139 21
                                    

"BOS BIAR BETUL?"soal Raihana kurang percaya.

"Ada nampak aku tak betul?"soal Rayyan kembali.Dia menjongketkan keningnya berulang kali.Raihana mengecilkan matanya.

"Siapa bagitahu bos?"Raihana mula berpeluh dingin sekali lagi.

Ya ya je mamat beku ni.

"Daddy"jawabnya sepatah.

Raihana mengeluh kecil.

"3 bulan?Bos tak rasa ke terlalu singkat tempoh tu?"

Rayyan menggeleng tanda tidak setuju.

"Tapi bagi saya terlalu singkat bos.Saya tak kenal lagi bos tu macam mana"keluhnya perlahan.

"Apa yang kau tengok pada aku.Tu laa aku"sahut Rayyan.

Raihana pantas mencebik bibirnya.

"Kalau apa yang saya tengok memang seratus peratus saya anggap bos ni mamat ais tau"sindirnya.

Rayyan senyum sinis.

"Then,betul laa tu heh."dia berdecit halus.

"Bos,saya tak bersedia nak kahwin awal"kata Raihana perlahan namun cukup didengari oleh Rayyan.

"Then,kenapa kau setuju nak kahwin dengan aku?"soal Rayyan kembali.Keningnya dijongket sebelah.

"Papa yang suruh.Saya ikutkan aje laa"

Rayyan berdecit kasar.

"Kalau papa kau suruh kau terjun lombong,kau pun ikut laa?"sindir Rayyan bersama senyuman sinis.

"Bos ni.Tak ada laa sampai macam tu sekali saya ikut cakap papa saya."balas Raihana bernada geram.Terkepal kepal tangannya menahan geram.Jika ikutkan hatinya,mahu ditumbuk aje wajah kacak Rayyan itu.

"There's no point,Mikayla.Lambat atau cepat kita kahwin jugak"kata Rayyan.Matanya menikam dalam ke dalam anak mata gadis yang baru bergelar tunang itu beberapa jam yang lalu.

Raihana terdiam.Memang betul diorang akan kahwin cuma takkan laa nak cepat sangat.

"Tapi saya tak rasa kita sempat nak plan wedding ni kalau tempoh singkat macam ni."ulas Raihana lagi.

Dahi Rayyan berkerut mendengar tuturan gadis itu.

"3 bulan,Mikayla.Bukannya 3 hari."

Raihana mendengus.

"Memang laa bukan 3 hari tapi masalahnya.Saya ni perempuan.Banyak pihak pengantin perempuan nak sediakan.Walaupun kita kahwin bukan atas dasar cinta sekalipun.Saya tak nak kahwin dua tiga kali.Cukup sekali aje.Lagi pun saya ada angan angan dan impian saya nak pelamin dan majlis yang macam mana.Lain laa lelaki.Diorang serahkan seratus peratus hal perlahwinan,majlis,barang hantaran,katering,itu,ini.Semuanya pihak perempuan kena selesaikan.Kalau ditanya pasti dijawab saya okay aje.Ikut awak.Tapi saya perempuan bos.Lain dan ada impian nak buat majlis dan tema ke apa ke ikut citarasa sendiri.Pergi kedai pilih barang.Tengok tu cantik ke tak.Apa ke muat ke tak.Sesuai ke tak.Tu perempuan bos.Bukan macam bos yang lelaki ini.Lebih lebih lagi yang mamat beku macam bos ni,mana nak ambil tahu tentang majlis perkahwinan,kan?"panjang lebar Raihana berbicara membuatkan Rayyan simpan senyum.

Namun,ayat yang paling akhir itu membuatkan mukanya berubah sedikit kelat.Dia panggil aku mamat ais?

"Whatever"jawab Rayyan dingin lalu bangun dari kerusi pelamin menuju ke meja makan meninggalkan Raihana yang terpinga pinga sendirian.

Nasib baik tak terjatuh rahang Raihana dengan tingkah jejaka ais itu.

Dia cakap bukan main panjang.Whatever aje yang dia balas?Betul betul mencabar perasaan laa mamat ais ni.








Raisya mengambil tempat di birai katil bersebelahan Raihana.Dia tersenyum manis memandang bakal kakak iparnya.

"Ehem.Boleh kan Raisya tidur sini malam ni?"terlanjur gatal.Padahal rumahnya tak jauh pun.Tapi nak berborak dengan Raihana sebab tu dia sanggup tidur sini.

Raihana angguk.

"Boleh aje."senyuman manis diukirkan buat bakal adik iparnya.

"Hmm..terima kasih tau sebab sudi terima abang Raisya."tangan Raihana yang menggenggam di atas riba di ambil lalu dipegang erat.

Raihana angguk.Padanya,mungkin biasa.

"Sama sama"

Mereka berjeda buat beberapa saat.

"Abang tak pernah dengan mana mana perempuan lain sebelum ni.Dia tak bercakap banyak tau dengan kaum kita.Dengan mummy dan Raisya pun sikit aje suara dia keluar."adu Raisya kepada Raihana membuatkan Raihana tergelak kecil.

"Dengan akak lain.Raisya tengok dia bercakap tu fuh bukan main panjang lebar.Eh tak laa lebar sangat tapi banyak laa jugak kan."Raisya tersengih seperti kerang busuk.

Raihana hanya mamlu tergelak pada malam itu saat terdengar celoteh dari bakal adik iparnya.Macam macam cerita pasal mamat beku tu dia bongkarkan.Gambar gambar Rayyan juga turut ditunjukkan pada Raihana.Siap dikutuk kutuk lagi lelaki itu sewaktu kecil sebab gemuk.

Raisya bagitahu daddynya menggelarkan abang dia si cenonet membuatkan mereka berdua bantai gelak.Dan banyak lagi benda yang lawak lawak keluar dari mulut ramah milik Raisya bercerita itu dan ini tentang abangnya.Memang betul betul menjadi sesi perkenalan antara Raihana Mikayla dengan Raisya Hazirah pada malam itu.Dato Fauzi yang sedang berada di tingkat dua pun tersenyum sambil menggeleng mendengar dua orang anak dara itu sakan bergelak ketawa.Entah apa yang lawak sangat pun tak tahu laa dia.









Rayyan berbaring menelentang di atas katil itu.Iphonenya dicapai sebelum jemari kasarnya lincah bermain di permukaan skrin.

Notifikasi daripada si kepochi di tekannya.Siapa lagi kalau bukan si adiknya,Raisya itu.Berpuluh puluh keping gadis itu menghantar gambar pertunangannya tadi.Memang laju betul adiknya buat kerja.

Gambar gambar yang djambil oleh Raisya dibelek satu persatu.Tiba pada gambar dia dan Raihana di atas pelamin berdua membuatkan sudut bibirnya sedikit ternaik menyungging satu senyuman.Bukan senyuman sinis.Tapi mungkin kebahagian.

Hatinya turut berasa berbunga saat melihat gadis itu marah manja saat dia mengacah acah ingin memeluk bahunya.Laju sahaja jarinya menekan skrin menetapkan gambar itu pada wallpaper homeskrin telefonnya.Tahu bahawa tiada sesiapa yang berani membuka hak barang peribadinya meskipun Raisya sendiri.

Kepochi macam mana pun Raisya,dia tidak pernah menceroboh barang peribadi abangnya.

Rayyan senyum lagi.3 bulan lagi bilik dia akan dikongsikan dengan gadis itu.Dan katilnya juga bakal menampung berat dua orang manusia.Segalanya bakal dikongsikan bersama apabila tiba saat itu.







Terpaksa tukar umur Raisya ya.kena buat dia muda dari Raihana laa..Boleh kan?😂😂😂

Rayyan 27
Raihana 22
Raisya 20

Nti ak betol2 log out ak bagitahu erk😂😂😂

MR ICEWhere stories live. Discover now