❝ There's a human who lived amongst the sunflowers without know anything.❞
___________
"Kanak kanak manusia? Bagaimana dia boleh datang ke sini?"
Jihoon mengukir senyuman di hujung wajah. Tanpa menoleh, dia meneruskan menyiram pokok pokok bunga di situ.
"Terkadang, manusia itu tak sedar apa yang dilakukannya." ucap Hansol.
Jun dan Hoshi berpandangan sesama sendiri.
"Jangan risau, memang banyak manusia yang datang ke sini. Mereka hanya mahu membeli bunga."
Jun melirik kepada budak perempuan tadi. Dia telah beralih ke arah pasu bunga di sudut kedai.
"Ah, nama dia Hayeon. Dia memang selalu datang sini." Seokmin muncul di sebelah Jun dan berkata seolah olah mengetahui apa yang ada di benak fikiran kucing itu.
Bau wangi yang kuat.
"Hoshi nak tegur dia!" jerit Hoshi dengan girang. Mungkin teruja.
Melihat Hoshi yang sudah excited dan bunga bunga yang sibuk menyiram pokok, Jun cuma mengikut langkah kaki Hoshi dari belakang.
Dan perlahan senyuman terukir di wajahnya tanpa alasan.
Manusia? Ya, itu sesuatu yang menarik.
"Hai, Hoshi dengar nama awak Hayeon! Nama saya Hoshi, dan Hoshi adalah harimau. Ngaum!" sergah Hoshi.
Hayeon terkejut sebentar. Tapi kemudian dia tertawa kecil melihat kecomelan Hoshi.
"Hoshi adalah harimau? Aahh, Hayeon suka! Kalau macam tu Hayeon nak jadi kucing!" balasnya.
"Ehh, kucing tu Jun. Meoww."
Hayeon memandang Jun di belakang Hoshi.
"Meow?"
YOU ARE READING
The Cat, Second Life | Wen Junhui
FantasyPernah dengar tak yang kucing ni sebenarnya ada sembilan nyawa? popcorncoups©2020