❝ I'll be spring in your smile.❞
✍✍
_________Keluarga harimau terduduk di ruangan menunggu hospital yang kosong itu.
Tanpa satu pun penjelasan dari Guardian Angels mahupun sesiapa, mereka berada di sini dengan perasaan bercampur baur.
Hoshi menekup wajahnya. Bagai tidak mahu dibuka.
Mimpi?
Kedengaran daun pintu dibuka.
"Keluarga mangsa?"
Hosho dan Hosha mengangguk. Sementara Hoshi tidak bersedia untuk mendengar apa apa.
"Maaf, tapi dia tak dapat diselamatkan.."
"Apa?"
Mereka bertiga berpaling.
_______
3 bulan kemudian..
Minghao membelek belek hadiah pedang miliknya di atas pokok.
"Dah lama hilang, rupanya Guardian Angels yang curi. Huh!"
Tiba tiba suara yang dikenali lalu dibawahnya. Minghao menjegukkan kepala ke bawah.
Oh, harimau dan kawan bunga dia..
"Woi!" tegurnya dari atas.
Mereka berhenti dan melihat Minghao di atas.
"Siapa dia?" soal Hoshi pelik.
"Entah." jawab Jihoon dan mereka teruskan berjalan seperti tiada apa apa.
Minghao tersenyum senget.
"Guardian Angels sangat kejam.."
"Terlalu banyak perkara yang tak sepatutnya terjadi." ucap Jeonghan.
Lidah yang sepatutnya memberontak, menjadi kelu. Minghao menjeling.
"Kami terpaksa pulihkan salah faham dengan cara ini agar tidak menganggu kehidupan manusia."
Manusia, haiwan, pari pari mahupun mahkluk ghaib peringkat rendah seperti mereka. Semuanya akan terkena biasan kuasa Guardian Angels.
Tiada kucing jadian pernah wujud. Tiada perjanjian takdir yang dibuat. Semuanya hilang seperti tiada apa yang terjadi.
Kucing jadian bernama Wen Junhui, tidak akan diingati dalam ingatan sesiapa pun.
Kecuali mahkluk yang setara dengan Guardian Angels seperti dirinya dan Grandma fairy.
Minghao tersenyum melihat langit.
"Cantik.."
YOU ARE READING
The Cat, Second Life | Wen Junhui
FantasiPernah dengar tak yang kucing ni sebenarnya ada sembilan nyawa? popcorncoups©2020