❝ For you 10 years in the future.❞
✍✍
___________Jun pov
Nafas ini sangat susah dilepaskan. Dada aku terasa sempit dan lemas.
Aku hanya mampu bertahan sambil mendengar perbualan mereka yang sayup sayup kedengaran di telingaku.
"Dia stres. Sifat dia sama macam kucing. Tubuh dia akan beri tindak balas buruk kalau kondisi emosinya tak menentu."
Aku menelan air liur dengan berat ketika mendengar kata kata malaikat itu.
Mereka terdiam untuk seketika.
"Hidup dia sebagai manusia cuma 10 tahun. Dan sekarang hanya berbaki lima tahun."
Perasaan aku bercelaru. Aku cuba menoleh kepada mereka.
Omma dan appa menekup wajah mereka kerana terkejut dengan kenyataan malaikat itu.
A-apa..?
"Dia dah mula bazirkan waktu yang diberikan.."
Pandangan mata aku dan Guardian Angel itu bertemu. Senyuman sinis terukir di wajah tampannya bersama tatapan yang redup.
"Fikirkan lah.." ucap Jeonghan perlahan lalu mendekati aku.
Adakah kau mahu hidup dengan menanti manusia yang tidak tetap hatinya..
Atau kau mahu lebih menghargai hidup kau sebagai manusia?
Bisikkan itu menyapa telingaku. Bisikkan yang hanya aku boleh mendengarnya. Aku melihat mereka dengan mata yang bergetar.
Dua malaikat itu masih tersenyum padaku sambil menunggu jawapan yang tidak pasti.
Aku tidak tahu, adakah itu seperti senyuman sinis?
"Wahai kucing, kau cuma ada satu pilihan.."
YOU ARE READING
The Cat, Second Life | Wen Junhui
FantasíaPernah dengar tak yang kucing ni sebenarnya ada sembilan nyawa? popcorncoups©2020