❝ I want to be someone's everything.❞
✍✍
__________[ Kelab Menari bersama Horangi room ]
Lamunan yang jauh melayang kerana dari tadi dia hanya duduk termangu di situ seorang diri.
Jari jemarinya bergerak gerak dengan riak risau di wajahnya. Dia meraup wajah sendiri dan kemudian mengeluh berat.
"Haihh.."
"Hoshi?" ada suara yang menyapa pendengaran tajamnya, Hoshi segera mengangkat wajah.
Hansol tersenyum kepadanya di depan muka pintu.
"Oh, Hansol.. Kenapa? Eh, siapa pula tu?"
Hoshi melihat susuk tubuh dibelakang Hansol dengan curiga. Dan derianya menangkap sesuatu yang ganjil.
"Ah, ni Seungkwan. Dia hantu dekat sekolah ni. Tadi saya jumpa dia dekat rooftop. Kalau boleh dia nak kawan dengan kita semua, mahkluk fantasi."
Hoshi tak mampu membalas apa apa setelah mendengar penjelasan Hansol yang panjang lebar.
"Hai." sapa Seungkwan dengan malu malu.
Hoshi melihat seluruh tubuh Seungkwan. Bajunya sedikit tercalit darah.
Ah, jangan tegur. Cuma abaikan.
Dia menarik wajah membentuk senyuman tipis.
"Hai." balasnya sepatah.
Seungkwan tersenyum gembira.
"Hoshi hyung kenapa nampak murung? Apa dah jadi?" tanya Hansol apabila menyedari kelainan perangai Hoshi.
"Ah, tak ada apa apa. Tadi Jun pengsan.. tapi sekarang mungkin dah okey." jawabnya dengan tidak berapa yakin dan cuma untuk menyedapkan hati.
Hansol terkejut.
"Ha? Ye ke?!"
Hoshi mengangguk perlahan.
Sementara Seungkwan tersekat antara percakapan mereka berdua dengan kebingungan.
"Err.. Jun tu siapa?"
YOU ARE READING
The Cat, Second Life | Wen Junhui
FantasyPernah dengar tak yang kucing ni sebenarnya ada sembilan nyawa? popcorncoups©2020