❝ Keajaiban adalah kata lain bagi takdir.❞
✍✍
_________
"Jun!"
Teriakan kuat Hoshi dari belakang kedai mengejutkan tiga beradik dan bahkan Grandma fairy yang sedang bekerja di dalam bilik.
Dek kerana risau, mereka bergegas ke sana dengan segera.
"Apa jadi–"
Lidah Seokmin yang baru sahaja ingin bertanya tiba tiba kelu.
Mereka mengerdipkan mata berkali kali kerana tidak percaya dengan apa yang dilihat.
"J-jun?" Hansol teragak agak.
"Hai." Jun tersenyum manis sambil menyapa mereka dengan gembira.
Namun tidak sempat dia berkata lagi, tubuhnya sudah dipeluk kuat oleh Hoshi.
"Aku ingat kau tak akan kembali selamanya."
Pelukan yang hangat. Jun terdiam.
Ketika dia teringatkan realiti, tiba tiba rasa hiba menyerang sehingga membuat dia kehilangan kata kata.
"Adakah kamu guna split poison itu?" pertanyaan Grandma fairy dijawab dengan anggukan perlahan.
Dia melepaskan nafas lega.
"Kami gembira kau dah kembali Jun," ucap Jihoon dengan senyuman tipis.
"Tapi.."
Ucapan dia tidak dapat disambungkan. Jihoon menarik nafas dalam.
Yelah, apa gunanya? Bahagia ini hanya sementara.
Suasana menjadi hening seketika.
"Tiga hari lagi.. bukan?" tanya Jun setelah lama terdiam.
Hoshi melepaskan pelukannya.
Perlahan dia mengangguk walaupun sebenarnya dia tidak rela.
Jun hanya mampu tersenyum untuk menyembunyikan kesedihannya. Sambil melihat mereka satu persatu dengan harapan.
"Boleh tak.. Jun nak jumpa seseorang?"
YOU ARE READING
The Cat, Second Life | Wen Junhui
FantasyPernah dengar tak yang kucing ni sebenarnya ada sembilan nyawa? popcorncoups©2020