➶| 40

685 155 81
                                    

❝ A cat has nine lives

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ A cat has nine lives. For three he plays, for three he strays, and for three last three he stays.❞

✍✍
_________










Bau kucing itu hilang lagi.

"The Great Stone Frog."

Minghao menoleh ke belakang.

Siapa pula yang menyerunya?

Seorang remaja yang agak familiar. Ah, dia ini Lee Chan.

Terkenal kerana membantu Guardian Angels. Penduduk langit mengenalinya sebagai aegi Jeonghan.

Nak tahu satu rahsia? Dia sebenarnya hanya manusia biasa. Tapi sengaja dipalsukan identiti sebagai salah satu makhluk fantasi supaya tiada siapa curiga. Kononnya, seekor makhluk purba yang pernah hidup pada zaman dahulu.

Hakikatnya, dia ialah manusia yang boleh menembus alam lain.

"Kau nak apa?" soal Minghao tanpa menghiraukannya.

Lee Chan sentiasa positif sambil tersenyum.

Putera yang satu ini, perangainya tidak ubah seperti manusia dan syaitan.

Langsung tiada sifat profesional.

Huh, tidak mengapalah. Tiada bangsa yang dapat menandingi malaikat dan dirinya.

Biarlah, asalkan mereka sentiasa di atas.

"Terima kasih kerana menjalankan tugas." Lee Chan mula membuka bicara dengan sopan.

"Tugas anda telah pun tamat."

Minghao menjelingnya.

"Ini hadiahnya."

Satu bekas kuno dikeluarkan. Minghao mencebik sambil tersenyum sinis.

"Betul ke?" sedikit terkejut dengan hadiahnya. Dia tertarik.

"Ya, terimalah dari kami." Lee Chan menghulurkan bekas kuno.

Dia mahu mengambil itu sepantas mungkin.

"Dan kucing itu sudah mati."

Tangannya terhenti. Anak matanya tajam melirik kepada remaja itu.

Lee Chan tersenyum.

"Apa..?" Minghao berkata tidak percaya.

Mustahil! Bukankah ada tiga hari lagi?

"Kita lupa sesuatu, takdir itu boleh diubah."

Minghao merengus kasar dan terus bangkit dengan tergesa gesa. Hadiah tadi dilupakan.

"Aku kena selamatkan dia!"

"Aku kena selamatkan dia!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Cat, Second Life | Wen JunhuiWhere stories live. Discover now