➶| 17

774 198 59
                                    

❝ Guardian Angels itu hanya mampu menjadi penjaga untuk manusia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ Guardian Angels itu hanya mampu menjadi penjaga untuk manusia. Jadi mereka berikan aku untuk kau.❞

✍✍
___________






Pagi itu, kelas bising seperti biasa.

Jun melentokkan kepala di atas meja namun sesekali tidak dapat melelapkan mata sebelum pembelajaran bermula.

Di sebelahnya, Jihoon kelihatan sudah lena dalam mimpi.

Dengar cerita, selepas Hoshi tubuhkan kelab menari dia semalam, ramai ahli kelab vocal yang nak berhenti menjadi ahli.

Kesian Jihoon, encik presiden kelab vocal tu.

Jun turut bersimpati. Dia mengeluh kecil.

"Boleh tak Jun nak hidup macam manusia biasa?"

Permintaan sederhana itu membuat mereka berpandangan.

"Lagipun tinggal lima tahun lagi.." bisiknya sendiri.

Keluarga harimau itu kehilangan kata kata.

"Jun.." ucap Hosha lembut.

"Tolonglah, omma. Jun tak nak bazirkan masa lagi."

"Senyap senyap! Cikgu datang!"

Lamunannya terhenti.

Memang saat saat seperti inilah fikirannya selalu diganggu.

Cikgu Choi masuk ke kelas bersama seorang pelajar.

Pelajar baru?

Selepas memberi salam hormat kepada cikgu, Jun menyambung untuk melelapkan mata.

"Baiklah, semua. Hari ini kita ada pelajar baru. Sila perkenalkan diri."

Suara itu cuma terdengar seperti bicara kosong.

Semua classmate lain teruja dengan murid baru itu sementara Jun boleh sempat lagi menguap di belakang.

"Hai, apa khabar semua. Nama saya Na Hayeon."

Seraya itu semua pelajar bertepuk tangan.

Jun melihat ke depan dan mata mereka bertemu.

"Sila beri tunjuk ajar!"

"Sila beri tunjuk ajar!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Cat, Second Life | Wen JunhuiWhere stories live. Discover now