❝ Round and round like a rolling snow.❞
✍✍
_________"Jihoonie!"
Kepala Jihoon ditonyoh oleh Hoshi.
"Ah! Kenapa?!" marah Jihoon yang terbantut kerjanya untuk menyiram pokok bunga dengan split poison.
"Kau bagi tak Jun makan ni? Macam kurus je."
Jihoon mencebik dengar jawapan Hoshi.
"Kurus kepala harimau kau! Setiap hari aku bagi Jun makan kimchi dalam peti sejuk tau tak?"
Jihoon kesal sendiri sambil menggeleng kepala. Remaja itu meneruskan kerja jambunya iaitu menyiram bunga.
"Tak lah aku cuma risau kau bagi Jun makan roti.. Kucing kan suka makan roti.."
"Ish, kau ni aku baling karang split poison ni!"
Hoshi memuncungkan bibir dengan muka tidak bersalah. Kemudian dia terfikir sesuatu.
"Agak agak kalau kau sembur split poison ni dekat Jun, dia boleh bertukar tak?"
Automatik tangan Jihoon berhenti bekerja. Dia memandang Hoshi dengan sambil bercekak pinggang.
"Apa kau merepek ni? Ingat tak dulu dulu si Hayeon tu sembur benda ni dekat Jun? Mana jadi apa apa.."
Dia membuka langkah dan menjauhi Hoshi.
Hoshi mengeluh kecil. Anak matanya melirik kepada bekas split poison yang berbentuk seperti racun magik di atas meja.
Dia tersenyum sinis.
"Nasib baiklah dia tinggalkan benda ni.."
Bekas itu laju diambil lalu dia menuju ke arah Jun.
"Jun, pejam mata sekejap!"
Serentak dengan itu, split poison disembur.
YOU ARE READING
The Cat, Second Life | Wen Junhui
FantasyPernah dengar tak yang kucing ni sebenarnya ada sembilan nyawa? popcorncoups©2020