❝ Rather you shouldn't be there.❞
✍✍
__________Harimau dan bunga itu serentak memandang Seungkwan.
Dan kemudian mereka tersedar telah mengabaikan Seungkwan yang masih lagi wujud di situ.
"Oh, maaf. Jun tu kucing. Nanti awak akan berkenalan dengan dia."
Hoshi menerangkan sedikit sebanyak tentang Jun sambil memandang tepat ke dalam anak mata Seungkwan.
Seungkwan terangguk angguk sendiri. Lalu dengan tangan yang pucat dan dipenuhi darah kering, dia mengenggam tangan.
"Oo, kucing rupanya. Tak sabar nak jumpa dia!"
________
Mata katak itu tidak lekang dari terus mencuri lihat kepada tiga makhluk di dalam bilik itu.
Disebabkan Jun tiada di sekolah, jadi dia tiada kerja lain mahu dibuat.
Maka mereka dijadikan mangsa yang diperhati.
"Nanti, secara kasar di situ ada dua orang.."
"Jadi siapa yang ketiga tu?"
Minghao bercakap seorang diri sambil leher terpanjang panjang mahu melihat dengan lebih jelas lagi.
Dia melihat sesuatu yang tak biasa dilihat oleh mata kasar.
Seorang remaja lelaki dengan baju yang dilumuri darah.
"Hm? Roh tak tenang? Apa dia buat di sini?"
Tiba tiba satu perasaan tidak enak muncul di benaknya dengan persoalan yang penuh diminda.
Putera itu terdiam seketika apabila memikirnya.
Dia mendongak ke langit. Entah kenapa dia teringatkan Jun.
"Mula mula manusia malang, sekarang roh yang tak tenang.."
YOU ARE READING
The Cat, Second Life | Wen Junhui
FantasyPernah dengar tak yang kucing ni sebenarnya ada sembilan nyawa? popcorncoups©2020