1 | Satu

36 2 0
                                    

[ Delima buat Qayyum ]
The right person will walk into your life when you aren't looking for them.

Isi kotak yang terhidang dihadapan mata dipandang dengan mata yang sayu. Menyesal. Satu perkataan yang sudah sebati dengan dirinya. Setiap hari perkataan itu meniti dihujung bibir. Tapi, tiada apa yang berubah. Dia tetap memegang gelaran perempuan kotor.

Mata difokuskan kembali kepada bayi yang baru tujuh hari keluar dari rahimnya. Ya, isi kotak yang tekun diperhati daripada tadi ialah bayi. Anak yang dikandung sembilan bulan, menahan hinaan masyarakat sekeliling hanya kerana mengandung tidak bersuami. Tidak cukup itu, segala aib silam diri habis semuanya dibuka.

Marah?

Untuk apa dia hamburkan segala kemarahan jika apa yang diperkatakan itu semuanya benar belaka? Silap diri sendiri yang tidak pandai menjaga maruah. Sanggup menurut segala kata si lelaki hanya kerana cinta. Dan sekali lagi dia tewas apabila disuruh untuk membuang anak kecil itu. Dia tidak mampu melawan lelaki kacukan inggeris itu. Benarlah, dia sudah benar-benar dibutakan.

"Maafkan diri ini, sayang. Mungkin emak bukan ibu yang terbaik, tapi emak tetap sayangkan Delima. Emak sayang Delima. Sayang sangat," rintihnya sambil melutut ditepi kotak.

Bayi perempuan yang tidak faham apa yang sedang berlaku hanya tersenyum. Senyuman yang mampu mendamaikan jiwa yang kucar-kacir. Senyuman semanis kurma daripada bibir semerah delima. Berkocak hebat hati si gadis melihat senyuman itu. Mahu sahaja didakap anak kecil yang diberi nama Delima itu. Tetapi dia tidak mampu.

Cintanya pada si lelaki terlampau tinggi. Jika dia memilih untuk membela anak kecil itu, hubungannya dengan si kekasih akan putus di pertengahan jalan. Siapa yang mahu bermenantukan gadis yang sudah berzina? Dia tiada pilihan selain daripada membuang Delima jauh daripada hidupnya.

"Jaga diri, sayangku Delima. Jangan biarkan lelaki sewenangnya menyentuh mu kelak. Tinggikan harga diri. Jangan contohi emak yang sudah tidak punya apa untuk dibanggakan." Pesannya bersama juraian air mata. Kucupan lembut diberikan kepada dahi Delima.

"Selamat tinggal, Delima."

•••

12 tahun kemudian

Bingkai gambar yang sedikit retak itu diusap bersama jernih air mata yang mengalir di pipi. Mengapa kebahagiaan yang dirasai didalam gambar itu tidak berkekalan? Mengapa sekejap benar kebahagiaan memiliki keluarga harmoni dipijamkan kepadanya? Mengapa segalanya perlu berubah?

Bertalu-talu soalan diujarkan didalam fikiran. Delima masih menangis, mengenang nasib yang menimpa diri. Suatu ketika dahulu, rumah banglo yang didiaminya itu dipenuhi dengan gelak tawa, kasih sayang dan pelbagai memori manis. Tapi kini rumah besar itu suram tanpa sentuhan bahagia dan digantikan pula dengan perbalahan antara orang tuanya. Setiap hari ada saja benda yang tidak kena.

"Kenapa papa asyik cari gaduh dengan mama? Kenapa papa dah berubah? Papa dah tak sayang mama ke? Papa dah tak sayang keluarga kita ke? Kenapa papa dah jarang balik rumah? Delima rindu. Delima rindu nak makan malam sama-sama, main layang-layang, tengok wayang dengan papa." Penuh sayu suara gadis kecil itu merintih. Bertanya dan mengharapkan mendapat balasan.

Dia masih keliru dengan apa yang sedang berlaku. Tiga bulan yang lepas merupakan titik hitam ke dalam hidup gadis yang dulunya dihiasi dengan taman bunga dan pelangi. Papanya mula berubah sedikit demi sedikit. Sudah tiada suara lembut, tiada lagi perbualan mesra mereka bertiga, sudah tiada masa keluarga. Lelaki itu nampak sibuk benar dengan hal luar.

Delima buat QayyumWhere stories live. Discover now