10 | Satu Sifar

9 0 0
                                    

[ Delima buat Qayyum ]
The right person will walk into your life when you aren't looking for them. 

"Aku nak memberontak, Arfan. Tapi aku tak boleh." Qayyum berkata antara dengar dan tidak kerana dia sedang menekup wajahnya pada lutut. Tidak cukup sekali dirinya dipaksa berkahwin dengan Iris, kini datang lagi sekali bala.

Arfan mencampak beberapa biji makanan ikan ke dalam kolam ikan yang hampir beribu mamanya menghabiskan duit untuk membina. Dia memandang Qayyum yang berada di pondok jati. Simpati dia melihat keadaan Qayyum begitu.

Perlahan dia mendekati dan menepuk lembut bahu lelaki itu. "Nak tak nak kau kena kahwin juga, yum. Kau nak ke harta yang selama ni kau dengan keluarga kau makan jadi haram?"

Qayyum laju mengangkat wajah. Reaksi pelik dia tayangkan pada Arfan. "Macam mana kau tahu? Rasanya aku tak bagitahu lagi apa yang jadi kalau aku tak kahwin. You better explain yourself."

"Err sebenarnya aku dah tahu lama benda ni. Masa tu aku terdengar Uncle Rashid dengan Aunty Anis bincang pasal tu." Arfan berkata dengan nada penuh serba salah.

"Kenapa kau tak bagitahu aku?"

"Aku tak nak masuk campur hal keluarga orang. Mama selalu pesan jangan jaga tepi kain orang. Err kau tak marah aku kan?" Soal Arfan sambil menjenguk untuk melihat reaksi wajah Qayyum.

Qayyum melepaskan keluhan berat. Tidak guna dia marahkan Arfan. Jika dia tahu lebih awal pun, dia tetap perlu berkahwin dengan Delima. Tiada apa yang berubah. Dia memejamkan mata sebelum terus membaringkan tubuh pada lantai pondok kayu itu.

"Teruk ke aku kalau aku lari daripada Malaysia? Aku tak nak kahwin dengan Delima, Arfan. Kau tahu kan dalam hati dah ada orang lain? Aku tak nak siapa-siapa pun kecuali dia. Kenapa mama papa tak pernah cuba faham aku?"

Tanpa menjawab soalan Qayyum, Arfan mencapai gitar yang tersandar elok di penjuru. Dengan muka yang kononnya feeling, dia mula memetik gitar. "Kau follow the flow je lah, Qayyum. Mungkin memang takdir hidup kau macam ni. Kena berkorban demi orang yang kau sayang." Arfan kembali memetik gitar. Dia tahu sahabatnya itu suka akan melodi yang mendayu sebegitu.

"Berkorban untuk kebahagiaan orang lain. Kebahagiaan aku?"

"Kau yakin ke kau tak akan bahagia dengan Delima?"

"Apa jenis soalan tu?"

"Kau tak rasa ke Delima tu unik?"

Qayyum menggelengkan kepala. Dia tak unik, Arfan. Dia serupa dengan 'dia', Arfan. Qayyum berbisik sendiri.

Itulah salah satu benda yang dia takutkan. Delima terlampau serupa dengan gadis yang sudah bertahun dia menunggu. Tapi, dia masih tidak yakin benarkah Delima dan gadis itu adalah orang yang sama. Dan yang paling dia risaukan ialah dia akan jatuh suka pada Delima hanya kerana persamaan paras rupa mereka.

Sangat tidak adil untuk Delima, fikir Qayyum.

"Aku tak tahu nak cakap apa, yum. Aku tak ada dekat tempat kau, jadi aku tak rasa apa yang kau rasa. Tapi, kau jangan risau aku ni sahabat paling baik. Aku selalu ada untuk kau. Ha dengarkan lah nyanyian saya untuk menenangkan gundah hati anda," Arfan berkata panjang kononnya mukadimah kepada nyanyiannya.

So keep your head up princess
before your crown falls
Now these voices in your head
will be your downfall
I know it gets so hard but
you don't got far to go

"Kepala abah kau princess!"

Walaupun nyanyiannya menerima kritikan daripada Qayyum, Arfan tetap Arfan. Dia terus menyanyi walaupun dia tahu suaranya sumbang.

Delima buat QayyumWhere stories live. Discover now