[ Delima buat Qayyum ]
The right person will walk into your life when you aren't looking for them."Ya Allah cantiknya!" Afeefa menjerit dengan penuh keterujaan seraya menolak pintu gelangsar sehingga terbuka luas. Kakinya mula menapak mendekati penghadang di balkoni bilik itu. Panorama yang terhidang dipandang tidak berkelip. Rasanya sudah lama benar dia tidak menyajikan matanya dengan keindahan sebegitu. Asyik sibuk belajar saja.
Afeefa memalingkan tubuh. Niatnya ingin mengajak Delima sama-sama menikmati pemandangan yang indah seperti lukisan itu. "Del-"
Buk!
Belum sempat Afeefa menyambung kata, Delima dengan selamba terus mencampak tubuh ke atas katil yang kemas dibalut cadar putih. Bunyi yang terhasil langsung tidak dipedulikan. Apa dia hendak hiraukan, jika katil itu patah, ganti sajalah. Bukannya dia tidak berduit. Perkara yang lebih penting sekarang, tubuhnya yang penat harus direhatkan.
"Aku tahu kau kaya. Tapi, tolonglah behave sikit."
"Aku te-ngah p-penat gila," Delima berkata dengan nada yang kononnya penat sangat-sangat. Telefon didalam poket seluar dikeluarkan dan aplikasi plato dibuka.
Afeefa menggelengkan kepala sendiri. Penat macam dia pulak yang pandu kapal terbang. Sedangkan dalam perjalanan tadi pun lebih banyak tidur daripada terjaga. Dasar kurang stamina! Afeefa bermonolog sendiri.
Afeefa membuang pandang ke arah beberapa ketul manusia yang sedang berseronok di pesisiran pantai. Ada yang sedang berendam di dalam air laut, berkejaran antara satu sama lain dan juga tidak ketinggalan beberapa makhluk kesunyian yang sedang termenung memerhati kebahagiaan orang lain. "Pft loner noob."
"Delima, jom turun."
"Malaslah." Delima membetulkan pembaringannya. Sudahlah dia dipaksa datang ke sini, jangan haraplah dia ada mood untuk mengambil angin atau melakukan aktiviti apa-apa. Entah apa yang merasuki pemikiran bondanya sehingga dirinya diheret untuk ikut serta hari keluarga syarikat.
Afeefa mengeluh sebelum menuju ke arah Delima. "Jomlah, Delima. Aku tengah cantik ni."
"Kenapa pun kalau kau tengah cantik?"
"Kau ni lambat pikaplah. Sekarang ni, pantai lighting cantik. Aku pun cantik. Kalau cantik tambah cantik, jadi bidadari. Jadi, jom turun ke pantai dan bantu saya tangkap gambar. Kalau upload gambar tu dekat instagram mesti ramai yang bissmillah asalamualaikum."
Delima masih lagi dengan riak wajahnya yang acuh tidak acuh. "Kau bukannya ramai followers pun."
"Pardon?"
"Argghh sh*t! Aku dah kata aku seer pergi kill aku buat apa? Ha lantak korang lah." Jeritan tiba-tiba itu menyentakkan Afeefa. Perempuan ni main game ke main judi?
Lama Afeefa berdiam diri, cuba memikirkan cara terbaik untuk mengheret Delima ke pantai. "Kau tak nak teman ke, Delima?" Afeefa bersuara dengan mata yang terkedip-kedip.
Delima mengangkat wajah. "Muka kau bukan muka minta simpati. Tapi muka minta tapak kaki aku. Kau pergi baring kat katil sebelah sana. Semak je."
Afeefa memuncungkan bibirnya. "Sampai hati! Nuh jer lah aque." Kaki dihentak sambil berjalan ke katil sebelah. Entah kenapa tiba-tiba Afeefa merasakan ada seketul mentol keluar daripada celah kepalanya.
Idea!
Ehem ehem! Afeefa berdehem kecil. Kononnya sedang mencari suara yang sesuai untuk digunakan.
"Apalah nasib dapat kawan begini. Dulu masa dia nak ponteng sekolah, aku sanggup ikut walaupun balik teruk kena rotan dengan ayah aku. Lepastu, aku ingat lagi dia ajak aku cuba makan tanah liat masa darjah 4. Aku ni baik, ikut saja mana orang tu nak pergi, apa saja orang tu nak buat. Tup tup dah besar macam ni balasan aku dapat. Sob sob."
YOU ARE READING
Delima buat Qayyum
Random"Motor murah pun nak kecoh." "Kau cakap apa?" Siapa sangka si pondan yang asyik dikutuk itu akhirnya menjadi suami sendiri? Itulah orang tua-tua pesan, jangan benci sangat. Nanti lama-lama kahwin. "Kau ada rancangan nak ceraikan aku lepas 6 bulan...