[ Delima buat Qayyum ]
The right person will walk into your life when you aren't looking for them.Delima merenung lelaki di hadapannya dengan 1001 persoalan yang bersarat di pemikiran. Dia terikat antara perasaan kecewa dan rasa percaya kepada lelaki itu. Rezza Aqasyah, lelaki yang dia kenal sejak melangkah masuk ke dalam keluarga Anis Dalili ditangkap basah dengan Iris Arissa? Susah untuk dipercayai.
Dia kecewa kerana lelaki itu sanggup melakukan perkara sebegitu hanya untuk memiliki wanita yang sudah lama diidamkan. Tapi, Delima berbelah bahagi. Tidak mungkin Rezza sanggup buat sebegitu. Rezza lelaki yang baik.
"Apabila cinta sudah menguasai, nafsu yang memakan diri direlakan begitu sahaja."
Secebis ayat arwah mamanya suatu masa dahulu bergema di dalam kotak pemikiran Delima membuatkan dirinya terdiam. Tidak mustahil bukan Rezza melakukan perkara sebegitu? Daripada penat menanti bintang gugur, lebih baik terbang dan cuba gapai. Delima meraup mukanya dengan kasar.
"Perlu ke kau buat sampai macam ni? Kau kata cukup asalkan dia bahagia. Rasanya tak sampai 24 jam pun kau cakap benda tu. Kenapa, Rezza?"
Rezza masih berdiam sambil memeluk tubuh. Air matanya gugur lagi. Dia bahagia akhirnya Iris Arissa, wanita yang merajai takhta hati akan dimiliki. Tapi, bukan dengan cara begini yang dia mahukan.
"Baguslah. Membisulah sampai kiamat!" Delima jadi panas melihat Rezza yang langsung tidak cuba menjelaskan perkara sebenar ataupun membela diri.
"Delima, sudahlah," Anis mencelah. Mereka masih lagi terkejut dengan berita yang diterima. Masing-masing sedang berbincang antara satu sama lain. Pukul tiga pagi berkumpul di tempat parkir balai polis, pernah buat?
Qayyum memandang dada langit yang nampak berseri dihiasi bintang pagi itu. Dia tidak tahu sama ada harus berterima kasih dengan situasi yang sedang berlaku ataupun mengamuk kerana Iris terang-terangan sudah curang padanya. Dia bingung.
"Jadi, Iris kena kahwin dengan Rezza?"
Soalan daripada Iris itu menarik semua mata yang berada di situ. "Dahtu kau fikir aku nak terima kau lepas kau dah sedap dengan jantan lain?" Qayyum terus berkata dengan penuh sinis.
"Qayyum Arryan." Rashid menegur anaknya dengan nada yang tegas. Bahu Qayyum ditepuk-tepuk untuk menenangkan lelaki itu. Anaknya itu memang nampak tenang di luar, tapi apabila sudah dikuasai perasaan marah semua benda boleh jadi.
"Qayyum, pleaselah. I tak buat benda terkutuk tu. Tolonglah percaya. Lelaki ni yang perangkap I. I khayal, Qayyum." Iris menarik tangan Qayyum ke dalam pegangannya. Entah bagaimana lagi dia harus terangkan perkara yang sebenarnya untuk membuat lelaki itu percaya.
Tapi, lelaki itu lebih pantas menepis. Dia melepaskan nafas berat sebelum menyambung kata. "Kalau bukan sebab malam ni pun, aku memang nak putuskan lah hubungan bodoh ni. Kau jangan nak berlakon macam lelaki ni lelaki pertama yang sentuh kau. Aku dah muak dengan lakonan kau."
"Ayum apa ni?" Safiyya laju mencelah apabila merasakan anaknya itu semakin jauh membawa topik perbincangan mereka.
"Mama tahu tak perempuan yang mama fikir baik ni, dah tipu kita sekeluarga. Mama fikir dia ikhlas berubah? Dia pakai tudung depan kita je lah. Belakang kita, tudung dia hilang. Masuk hotel dengan lelaki lain. Kelab malam tu dah macam tempat wajib dia pergi setiap malam. Papa tahu? Mama tahu? Perempuan plastik macam ni nak jadi isteri Ayum?"
Iris memejamkan matanya. Tidak sangka lelaki itu sanggup membuka aibnya sebegitu dihadapan khalayak ramai. Dia segera menundukkan kepala. Kalau boleh hendak lenyap waktu itu juga. Terima kasih, Qayyum.
YOU ARE READING
Delima buat Qayyum
Random"Motor murah pun nak kecoh." "Kau cakap apa?" Siapa sangka si pondan yang asyik dikutuk itu akhirnya menjadi suami sendiri? Itulah orang tua-tua pesan, jangan benci sangat. Nanti lama-lama kahwin. "Kau ada rancangan nak ceraikan aku lepas 6 bulan...